You are on page 1of 2

1.

1 Latar Belakang Kajian

Rukun Tetangga (RT) merupakan sebuah organisasi sosial yang sangat


penting dalam membantu kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat
berbilang kaum di negara ini. Oleh itu, satu tinjau telah dilakukan ke salah
satu perkampungan di Batu Pahat untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai Skim Rukun Tetangga di kawasan tersebut. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui peranan komuniti Rukun Tetangga dalam
hubungan etnik. Perkampunan yang telah dipilih adalah Kampung Istana
yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Rukun Tetangga di kampung
tersebut telah diasaskan oleh Encik Syukor bin Abdul Manan dan ditubuhkan
pada tahun 2005. Rukun Tetangga di Kampung Istana masih bergiat aktif
sehingga kini. Terdapat lebih daripada 700 orang penduduk di kawasan
tersebut yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India dan
lain-lain.

1.2 Objektif Kajian

Antara objektif kajian adalah :-

i. Memahami peranan dan fungsi Skim Rukun Tetangga di kawasan


perkampungan
ii. Mengenalpasti peranan komuniti Rukun Tetangga dalam mengukuhkan
hubungan di antara semua etnik di kawasan perkampungan.
iii. Mengetahui usaha-usaha Rukun Tetangga untuk mengeratkan
perpaduan di kawasan perkampungan.

1.3 Metod Kajian

Pelbagai kaedah untuk mengumpulkan maklumat agar dapat menghasilkan


satu laporan kajian yang lengkap. Antara kaedah-kaedah kajian yang telah
gunakan untuk menjalankan laporan kajian ini adalah :-

i. Internet
Kami telah menggunakan perkhidmatan internet untuk memperolehi
maklumat kajian ini. Kaedah ini merupakan kaedah utama yang
menyumbangkan maklumat tentang kajian ini. Kaedah ini telah
mendatangkan banyak hasil untuk membantu kami menyempurnakan

5
laporan ini. Melalui informasi dan maklumat ini, kami dapat
menganalisa kajian kami dengan mendalam dan memperkukuh tajuk
kajian kami iaitu peranan komuniti Rukun Tetangga dalam hubungan
etnik.
ii. Soal Selidik
Soal selidik juga merupakan salah satu kaedah yang kami gunakan
semasa kami menjalankan kajian ini. Borang soal selidik yang
mengenai peranan dan fungsi Rukun Tetangga.
iii. Pemerhatian
Kami juga telah meninjau lokasi perkampungan untuk mengetahui
kemudahan-kemudahan yang disediakan di kawasan tersebut serta
kawasan Rukun Tetangga.
iv. Tunjuk ajar daripada penyelia.
Kami mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah kami,Encik Zulkifli Bin
Senin agar kerja projek ini dapat disiapkan dengan lancar. Beliau
memberi nasihat kepada kami mengenai sebarang kekurangan dan
kesilapan di dalam kajian kami supaya kami boleh belajar dari
kesilapan serta menghasilkan laporan projek yang terbaik.

You might also like