You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan

Kanak-kanak berkeperluan khas mengalami masalah dalam 6 domain iaitu bahasa,


kognitif, sosio-emosi, tingkah laku, psikomotor halus dan kasar. Perkembangan 6 domain
utama bagi kanak-kanak berkeperluan khas tidak sama seperti kanak-kanak tipikal.
Kecelaruan dalam keenam-enam domain menyebabkan kanak-kanak ini tidak dapat hidup
berkualiti seperti kanak-kanak lain. Kecelaruan tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak ini
menghadkan interaksi sosial mereka dengan orang lain. Maka, pengurusan tingkah laku
bagi kanak-kanak berkeperluan khas perlu dijalankan supaya meningkatkan peluangnya
untuk berinteraksi sosial dengan orang lain.

2.0 Definisi tingkah laku manusia

Pelbagai kajian telah dilakukan tentang pemahaman tingkah laku dan pelbagai
pandangan telah dilontarkan oleh mereka untuk tumpuan orang ramai. Terdapat pelbagai
definisi tingkah laku yang diketengahkan oleh para psikologi. Miltenberger (2012)
mendefinisikan tingkah laku manusia sebagai apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh
seseorang. Beliau berpendapat bahawa cara seseorang berkelakuan pada sesuatu situasi
adalah tingkah laku. Menurut beliau, terdapat 6 ciri yang menakrifkan tingkah laku manusia.
Antara ciri tingkah laku ialah ia melibatkan tindakan seseorang (perbuatan atau percakapan
seseorang). Tindakan ini dapat diterangkan dengan penggunaan kata kerja (action verb).
Tingkah laku ini merupakan sesuatu yang dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan.
Selain itu, tingkah laku mempunyai satu atau lebih dimensi yang boleh dapat diukur.
Contohnya, kita dapat ukur kekerapan tingkah laku yang berlaku dalam kalangan murid.
Seterusnya, tingkah laku boleh diperhatikan dan direkodkan oleh seseorang. Contohnya,
tingkah laku menghantuk kepala yang dialami oleh kanak-kanak autisme boleh diperhatikan
dan kekerapannya boleh diukur serta direkodkan dalam buku. Tingkah laku yang ditunjukkan
oleh seseorang memberi kesan kepada persekitaran iaitu kepada diri atau orang lain. Di
samping itu, tingkah laku merupakan sesuatu yang berkesan kerana kejadian tingkah laku
saling berpengaruh dengan persekitaran. Tingkah laku dibahagi kepada dua iaitu tingkah
laku overt ataupun covert. Tingkah laku overt adalah tingkah laku yang boleh diperhati dan
dicatat oleh seseorang manakala tingkah laku covert pula merupakan peristiwa peribadi
yang tidak dapat diperhatikan oleh orang lain. Contohnya, tingkah laku mengigit tangan
merupakan tingkah laku overt manakala berfikir merupakan tingkah laku covert.

1
Menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003) yang dipetik dari buku keceleraun
tingkah laku, tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan
reaksi dari segi teknik serta aktiviti yang melibatkan otot-otot, kelenjar (gland) dan aktiviti
elektrik oleh setiap organ. Definisi beliau berbentuk saintifik kerana beliau menerangkan
tingkah laku dari sudut biologi. Beliau membuka mata kita tentang perubahan dalaman yang
melibatkan organ dalam badan kita.

Tingkah laku merujuk kepada segala tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur
dan dinilai (Kazdin, 2001). Menurut beliau, tingkah laku ini apa yang kita perhatikan serta
mengukur kekerapan sesuatu tingkah laku hadir dan penilaian terhadap tingkah laku
tersebut. Kita boleh mengukur kekerapan sesuatu tingkah laku dan boleh dinilai sama ada
tersebut tingkah laku positif atau negatif.

Secara keseluruhannya, tingkah laku manusia merupakan cara manusia bertindak


pada sesuatu. Situasi sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Jika persekitaran yang kita
tempui adalah positif, maka seseorang itu akan berkelakuan positif dan sebaliknya
persekitaran yang kita bergaul adalah negatif, maka perlakuan kita juga akan menjadi
negatif dalam pandangan orang lain. Maka, persekitaran memainkan peranan yang penting
dalam membentuk tingkah laku seseorang manusia dalam kehidupannya.

3.0 Definisi pengurusan tingkah laku

Pengurusan tingkah laku ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan


tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik yang
sesuai (Kazdin, 2001). Menurut beliau, tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas yang
bermasalah perlu diurus dengan kaedah yang tertentu supaya mencapai tingkah laku yang
diharapkan. Kaedah yang diimplimentasikan perlu bersesuaian dengan tahap murid.

Selain itu, pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana
pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa proses
pengurusan tingkah laku (Zirpoli dan Melloy, 1993). Daripada definisi tersebut, kita dapati
bahawa pengurusan tingkah laku merupakan intervensi aktif yang melibatkan murid. Guru
perlu menjalankan beberapa langkah semasa dan sebelum intervensi Kedua-dua tokoh
mencadangkan langkah yang perlu laksanakan semasa intervensi. Antaranya ialah guru
perlu memerhati, mengukur serta menilai tingkah laku murid sebelum dan semasa
intervensi. Tidak ketinggalan, guru perlu merekodkan data berkenaan supaya dapat
membandingkan kecekapan intervensi. Guru juga perlu mengenal pasti antecedent dan
consequences dalam persekitaran bagi memudahkan intervensi. Seterusnya, guru perlu

2
menentukan objektif tingkah laku baharu supaya membantu guru mengikut hala yang betul.
Hal ini membantu guru untuk membentuk pembelajaran tingkah laku.

Di samping itu, pengurusan tingkah laku didefinisikan sebagai program tingkah laku
yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah
laku sosial yang positif bagi seorang individu (Richard, 2009). Daripada definisi beliau,
didapati bahawa guru perlu membuat analisis terhadap murid untuk melaksanakan
intervensi.

Secara keseluruhannya, pengurusan tingkah laku merupakan segala perbuatan yang


dilakukan oleh guru untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Tingkah laku yang positif
boleh dibentuk jika pengurusan tingkah laku yang baik dan betuls erta tepat dilaksanakan
oleh guru untuk murid-murid tersebut. Maka guru haruslah sentiasa mempunyai pelbagai
kaedah yang berefektif untuk mencapai matlamat mereka.

4.0 Definisi modifikasi tingkah laku

Modifikasi tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi yang berlandaskan


prinsip-prinsip pelaziman Operan yang menggantikan tingkah laku yang tidak diingini
dengan tingkah laku yang lebih wajar melalui pengukuhan positif atau negatif (Azizi Yahaya,
Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmand & Sharifuddin Ismail, 2005). Daripada definisi ini,
didapati bahawa modifikasi tingkah laku menggunakan peneguhan untuk menggalak murid
untuk berkelakuan baik. Peneguhan positif diberi untuk meningkatkan tingkah laku yang
diingini manakala peneguhan negatif pula digunakan untuk mengurangkan tingkah laku
yang tidak diingini.

Miltenberger (2012) mendefinisikan modifikasi tingkah laku sebagai bidang psikologi


yang menekankan penganalisisan dan pengubahsuaian tingkah laku. Analisis merupakan
cara mengenal pasti hubungan antara persekitaran dengan tingkah laku bagi mengetahui
mengapa seseorang berkelakuan sebegitu. Setelah mengetahui faktor sesuatu tingkah laku,
pengubahsuaian merupakan langkah yang perlu diambil supaya mengubah tingkah laku
berkenaan. Ia digunakan untuk mengubah perisitiwa persekitaran yang mempengaruhi
tingkah laku seseorang.

Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang teratur dan sistematik yang perlu
diambil bagi perubahan tingkah laku yang tidak diingini (Richard, 2009). Langkah-langkah
perlulah disusun secara sistematik dan hendak dilaksanakan secara teratur. Jika langkah
dilakukan dengan betul, maka tingkah laku negatif akan berubah ke arah positif.

3
Secara keseluruhannya, modifikasi tingkah laku merupakan langkah-langkah
berkesan yang dilaksanakan untuk mengubah tingkah laku seseorang. Hal ini untuk
mengurangkan tingkah laku negatif dalam kehidupan mereka dan membentuk tingkah laku
positif yang menjadi matlamat guru melalui proses ini.

5.0 Perkembangan sejarah

Semenjak pertengahan tahun 1800-an, kajian-kajian yang berkaitan dengan tingkah


laku telah dijalankan. Hasil kajian mereka masih digunakan sehingga ke hari ini dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan.

Ivan Petrovich Pavlov merupakan seorang ahli fisiologi, psikologi dan perubatan
yang berasal dari Rusia. Sumbangan beliau dalam bidang psikologi adalah pelaziman klasik,
iaitu teori tentang tingkah laku. Pada tahun 1902, Pavlov telah menjalankan satu eksperimen
yang mengkaji tentang rangsangan dan gerak balas terlazim dengan seekor anjing dan
loceng (McLeod, 2007). Daripada eksperimen ini, proses perkaitan antara dua rangsangan
iaitu rangsangan semula jadi (makanan) dan rangsangan terlazim (loceng) telah berlaku.
Maka, beliau berpendapat bahawa setiap rangsangan menimbulkan gerak balas daripada
seorang individu.

Selain itu, Thorndike berpendapat bahawa hubungan antara rangsangan dan gerak
balas memberi kesan terhadap tingkah laku. Thorndike banyak membuat kajian tentang
tingkah laku haiwan. Beliau telah mengurungkan kucing dan memerhatikan cara kucing itu
keluar dari kurungan. Daripada eksperimen ini, beliau mengemukakan satu hukum iaitu
hukum kesan (law of effect). Hukum kesan mengatakan bahawa tingkah laku yang memberi
kesan yang diingini akan berlaku kerap pada masa hadapan (McLeod, 2007). Hukum ini
menyatakan bahawa tingkah laku yang diikuti dengan kesan yang positif berlaku secara
kerap dan sebaliknya.

Watson merupakan seorang psikologi yang melanjutkan penyelidikan Pavlov dengan


menguji teori pelaziman dengan manusia. Beliau melakukan eksperimennya terhadap 'Little
Albert' yang berumur 11 bulan dan tikus putih. Pada mulanya, Albert tidak takut terhadap
tikus putih dan bunyi yang kuat. Setelah perbuatan tersebut diulangi beberapa kali, dia
menangis. Albert telah mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang kuat tersebut. Selepas
pelaziman, Albert juga berasa takut terhadap semua haiwan yang berbulu putih. Daripada
eksperimen ini, Watson mengatakan bahawa manusia saling mengaitkan rangsangan
terlazim dengan rangsangan lain.

4
Seterusnya, Skinner mengembangkan idea yang disampaikan oleh Pavlov dan
Thorndike. Beliau mengkaji pendapat kedua-dua tokoh ini dan mendapati bahawa tingkah
laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa-apa yang berlaku sebaik sahaja sesuatu tingkah
laku ditunjukkan (McLeod, 2007). Hal ini menekankan hasil kesan-akibat yang membawa
kepada perubahan tingkah laku. Kesan akibat ini boleh berlaku dalam bentuk ganjaran
ataupun hukuman. Pelaksanaan kesan-akibat ini membawa kesan yang tertentu kepada
tingkah laku (Charles Catania, 2003).

A= Peristiwa awal (Antecedent )

B= Tingkah laku (Behaviour)

C - Kesan akibat (Consequent)

A B C

Perkembangan teori pada zaman dulu sangat membantu dalam perkembangan


pendidikan mahupun psikologi pada masa kini. Hal ini kerana mereka telah melakukan satu
kajian yang sangat teliti pada masa tersebut dan kajian mereka telah dibuktikan bahawa
dapatan kajian mereka masih boleh digunakan dalam peredaran dunia ini. Dalam semua
teori tersebut, mereka menggunakan rangsangan dan juga pengalaman untuk melakukan
kajian.

6.0 Kepentingan tingkah laku

Terdapat beberapa kepentingan memodifikasikan tingkah laku dalam


kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Antaranya ialah, kanak-kanak berkeperluan khas
dapat berhidup kualiti sama seperti kanak-kanak lain. Kecelaruan dalam tingkah lakunya
menyebabkan orang lain tidak bersosialisasi dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Kanak-kanak selalu dipandang rendah oleh sesetengah orang disebabkan
ketidakupayaannya. Kecelaruan dalam tingkah laku kanak-kanak ini menyebabkan kanak-
kanak ini diasingkan dalam kalangan masyarakat. Tingkah laku yang tidak diingini seperti
mengantuk kepala, mengigit tangan menyebabkan orang lain tidak bergaul dengan mereka.
Contohnya, di majlis rasmi, seorang murid austime telah menjadi tantrum lalu menjerit
dalam majlis tersebut. Keadaan majlis menjadi huru-hara. Setelah murid tersebut berbuat
demikian, kanak-kanak yang lain takut untuk bergaul sapa dengan murid ini. Oleh itu,
modifikasi tingkah laku penting bagi mengalakkan kanak-kanak berkeperluan khas ini
berkelakuan baik dan dapat berhidup secara kualiti.

5
Modifikasi tingkah laku penting bagi kanak-kanak berkeperluan khas supaya
melatih mereka untuk hidup secara berdikari. Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai
hak yang sama seperti kanak-kanak tipikal. Tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas
perlu diubahsuai kerana mereka selalu bergantung kepada orang lain. Contohnya, tingkah
laku kanak-kanak yang memakai dryper perlu memberi intervensi untuk mengurangkan
tingkah laku ini. Daripada ini, kanak-kanak akan mengetahui bahawa beristinyak perlu
dilakukan di tandas. Maka, dengan pengubahsuaian tingkah, kanak-kanak berkeperluan
khas akan diberi intervensi mengikut masalahnya supaya dapat berhidup secara berdikari.

Pengubahsuaian tingkah laku penting bagi memperkembangkan gaya hidup sihat


dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas. Ada sesetengah murid berkeperluan khas
mengamalkan tingkah laku yang tidak baik seperti merokok, berminum arak dan
sebagainya. Tingkah laku sebegini perlu dijalankan intervensi dan diubahsuai supaya ia
tidak mendatangkan kesan buruk bagi kanak-kanak ini. Daripada intervensi ini, kanak-kanak
akan lebih prihatin terhadap kesihatan mereka. Contohnya, kanak-kanak yang obese
diintervensikan supaya murid ini mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman.

Di samping itu, pengubahsuaian tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas


penting dalam bidang pendidikan. Tingkah laku bermasalah yang ada dalam kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas ini memberi kesan negatif dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Contohnya, berbuat bising di kelas, tidak membuat kerja rumah, bermain di
kelas dan sebagainya. Tingkah laku sebegini mengancam kelancaran proses pengajaran
dan pembelajaran. Dengan adanya, pengubahsuaian tingkah laku, tingkah laku bermasalah
ini boleh dikawal.

Pengurusan tingkah laku penting untuk kanak-kanak berkeperluan khas bagi


keselamatan. Kanak-kanak berkeperluan khas sering diselaputi oleh bahaya berbanding
dengan kanak-kanak tipikal. Kecelaruan dalam tingkah laku ini membahayakan lagi
kehidupan mereka. Contohnya, kanak-kanak ADHD selalu aktif dan suka berlari. Semasa
melintas jalan raya, kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan untuk melintas jalan dengan
sendiri. Tingkah laku yang ada kanak-kanak ini perlu diubahsuai tujuan keselamatannya.

6
7.0 Kesimpulan

Perbuatan manusia melambangkan tingkah lakunya. Tingkah laku yang tidak diingini
dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas perlu diubahsuai bagi membentuk insann
yang kamil. Tingkah laku yang diingini pula perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak ini
supaya mereka berhidup kualiti seperti kanak-kanak tipikal yang lain. Kecelaruan dalam
tingkah laku ini memberikan impak yang negatif kepada kanak-kanak ini. Maka, guru dan ibu
bapa perlu berganding bahu bagi mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan
kanak-kanak berkeperluan khas.

7
Rujukan

Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmand & Sharifuddin Ismail (2005).
Kecelaruan Tingkah Laku. Kuala Lumpur. PTS Professional Sdn.Bhd.

Charles Catania (2003, November 13) . Journal of the Experimental Analysis of Behavior:
B.F. Skinner's Science And Human Behavior Its Antecedents And Its Consequences
3. Article 1. Muat turun pada Februari 15 2017 dari
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1284963/pdf/14964711.pdf

Kazdin, A.E. (2001). Behavior Modification In applied settings. (6th ed). USA: Wadsworth

Malott,R.W (2009). Principles of Behavior (6th ed). New Jersey: Prentice Hall.

Martin, G. & Pear, J. (2003). Behaviour Modification - what it is and how to do it. New
Jersey: Prentice Hall.

McLeod, S.A. (2007). Edward Thorndike. Muat turun pada Februari 15, 2017 dari
www.simplypsychology.org/edward-thorndike.html

McLeod, S. A. (2013). Pavlov's Dogs. Muat turun pada Februari 15, 2017 dari
www.simplypsychology.org/pavlov.html

McLeod, S. A. (2015). Skinner - Operant Conditioning. Muat turun pada Februari 15, 2017
dari www.simplypsychology.org/operant-conditioning.html

Miltenberger (2012). Behavior Modification Principle and Procedures (5th ed). USA:
Wadsworth

Zipoli T.J. & Melloy, KJ. (2001). Behavior Management: Applications for teachers. (6th ed).
New Jersey. Prentice Hall.

You might also like