You are on page 1of 4

Maksud Reka Cipta

Penghasilan produk baru (kerativiti) atau pengubahsuaian produk (inovasi) untuk memenuhi
kehendak pengguna.

Proses Reka Cipta

1. Pengenalpastian masalah
2. Pemilihan idea
3. Perekaan projek
4. Pemilihan reka bentuk projek
5. Perancangan projek dan pembinaan projek
6. Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek
7. Pendokumentasian

Pengenalpastian masalah

1. Pengenalpastian masalah merupakan langkah asas dalam proses reka cipta.

2. Untuk menyelesaikan masalah, proses-proses berikut perlu dilakukan:


a) Mengenal pasti masalah
b) Mengumpul maklumat dan data
c) Menganalisis maklumat
d) Menyenarai pelbagai idea penyelesaian masalah

Pemilihan idea

1. Pemilihan idea ialah memilih satu daripada pilihan-pilihan idea yang ada dengan
mengambil kira kelebihan dan kelemahan setiap idea, serta dapat menarik minat pengguna.

2. Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea :


a) Keupayaan kendiri
b) Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
c) Bahan dan komponen
d) Cara pembuatan
e) Kepentingan produk
f) Mesra alam

Perekaan Projek

1. Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang hendak
dihasilkan.

2. Lakaran projek boleh dibuat dalam tiga atau dua dimensi dan ianya menggambarkan
bentuk dan saiz projek.
Pemilihan Reka Bentuk

1. Pemilihan reka bentuk perlu berpandukan kepada kriteria reka bentuk yang dilakarkan.

2. Penilaian reka bentuk berpandukan kepada faktor berikut:


a) Fungsi
b) Rupa bentuk
c) Kesesuaian bahan
d) Kaedah binaan
e) Ketahanan
f) Kos
g) Kemasan
h) Keselamatan
i) Nilai komersial

3. Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik


a) Pelan
b) Pandangan hadapan
c) Pandangan sisi

Perancangan Pembinaan Projek

1. Bahan dan kesesuaiannya: Bahan yang dipilih perlu sesuai dengan ketahanan projek dan
ada nilai komersial.
a) Papan lapis
b) Kayu
c) Kepingan logam
d) PVC
e) Perspek
f) Mounting board
g) Pelekat
h) Medium Density Fibreboard (MDF)

2. Pemilihan alatan

Proses Alatan tangan yang digunakan


Mengukur& menanda Pensel, pembaris keluli, pita pengukur,
sesiku L, tolok serong
Memotong Gergaji puting, gergaji tangan, gergaji
lengkung halus
Membentuk Kikir parit, pahat tepi serong
Mencantum Tukul warrington, tukul kuku kambing,
gandin kayu.
Kemasan Berus cat, berus syelek, pengikis,
penyembur cat

3. Menyediakan jadual kerja


Aktiviti / Minggu 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Mengenalpasti masalah
Mengumpul maklumat dan
data
Menjana idea, melakar, dan
memilih objek
Perancangan dan pembinaan
objek
Pemasangan, pengujian dan
pengubahsuaian
Dokumentasi
Persembahan

Pengiraan Kos

1. Kos projek melibatkan kos bahan, kos upah dan kos overhead.
2. Kos bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membeli bahan-bahan untuk
membuat projek reka cipta.
3. Kos upah ialah gaji atau upah pekerja bagi menghasilkan projek reka cipta.
4. Kos overhead ialah perbelanjaan lain yang terlibat semasa proses penghasilan projek reka
cipta.

Contoh pengiraan: (kos projek untuk 50 unit projek)

Kos bahan projek = RM 240.00


Kos upah (5 orang x 10 jam x RM3.00) = RM 150.00
Kos overhead (elektrik, air, telefon) = RM 35.00

Kos Pengeluaran = Kos Bahan+Kos Upah+Kos Overhead


= RM 240.00 + RM 150.00 + RM 35.00
= RM 425.00

Kos Pengeluaran Seunit = Kos Pengeluaran


Jumlah Unit
= RM 425.00
50 unit
= RM 8.50

Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek

1. Mengukur, Menanda dan Memotong.


2. Membina dan Mencantum bahagian Projek
3. Memeriksa dan Menguji Sambungan & Pemasangan
4. Menguji dan Menilai Projek
5. Membuat Kemasan
Pendokumentasian

1. Mengumpul dan Merekodkan Maklumat.

Perkara yang diperlukan dalam pendokumentasian:


Bil Perkara
1 Tajuk projek Rak serbaguna
2 Latar belakang i. Pernyataan masalah
ii. Produk sedia ada
iii. Cadangan projek
3 Objektif dan fungsi produk Menyimpan alat-alat tulis
4 Deskripsi produk i. Bahan dan komponen
ii. Jadual kerja
iii. Lukisan kerja
iv. Pembinaan
5 Rujukan atau bibliografi Menyenaraikan semua bahan
rujukan
6 Lampiran Katalog, model, lakaran reka
bentuk.

2. Membuat Persembahan Projek

i. Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek.
ii. Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaan projej,
kemasan dan pengiraan kos.
iii. Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan projek
iv. Memberi maklumat tepat dan jelas
v. Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus disediakan
seperti gambar dan carta.
vi. Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru.
vii. Memperbaiki kualiti produk.

You might also like