You are on page 1of 6

1.

KEPENTINGAN NILAI MURNI


Masyarakat yang berperibadi mulia dan berdisiplin dapat memberi sumbangan
yang lebih bermakna dalam usaha memajukan negara agar mencapai kemakmuran
dan kemajuan yang pesat
Individu dan masyarakat yang mempunyai nilai murni akan mempunyai budi pekerti
yang mulia dan akan dihormati oleh orang lain.
Pelbagai gejala sosial yang kurang baik dapat dibanteras dan masyarakat hidup
dalam keadaan aman dan harmonis.
Imej negara di kaca mata dunia akan tinggi dan rakyat negara ini dikagumi oleh
pelancong asing/ masyarakat dunia.
Individu yang mempunyai nilai murni akan dapat membuat pertimbangan secara
rasional dalam menyelesaikan masalah

2. USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Memperkenalkan teknik penanaman moden dan teknologi yang baru dalam industri
buah-buahan.
Menggiatkan kempen menggalakkan masyarakat makan buah-buahan tempatan.
Mempelbagai dan memperluas pasaran buah-buahan tempatan di luar negara.
Memperluas kawasan penanaman buah-buahan tempatan sebagai tanaman
keempat terpenting selepas getah, kelapa sawit dan koko.
Memperkenalkan skim galakan dan memberi khidmat nasihat kepada pengusaha
yang mengusahakan penanaman buah-buahan tempatan .

3. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PERTANIAN TRADISIONAL


Kebaikan
Mengekalkan tradisi bergotong-royong yang diwarisi sejak turun-temurun
(menanam, membersihkan sawah lading, menuai, dll).
Tidak memerlukan kos dan modal yang tinggi proses penanaman dan tuaian
secara manual.
Mewujudkan suasana mesra dalam kalangan pengusaha.
Hasil pertanian tidak dicemari bahan kimia seperti racun serangga.
Menghasilkan pelbagai hasil pertanian seperti pisang, ubi kayu, ubi keledek , dll
mengikut keperluan pengusahanya.
Keburukan
Memberi kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (terutama pertanian pindah)
kerana menyebabkan penerokaan hutan dan menyebabkan kehilangan kayu balak
yang berharga.
Menyebabkan kawasan tanah terdedah dan penimbulkan masalah hakisan tanah.
Memerlukan masa yang lama untuk mengusahakan sesuatu kawasan kerana
menggunakan peralatan lama/tradisional.
Tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan kerana pengeluaran hasil yang
terhad.
Mewujudkan golongan petani yang kurang kreatif dan sukar untuk menerima
perubahan.
4. KEBURUKAN PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL
Kawasan hutan yang menjadi khazanah negara ( tempat pelbagai spesies
tumbuhan dan habitat haiwan) musnah.
Spesies haiwan dan tumbuhan pupus.
Pembalakan menyebabkan kawasan tadahan air negara terjejas.
Pembalakan menyebabkan masalah tanah runtuh dan banjir kilat. Cth :
pembalakan di Hulu Kelang menyebabkan tanah runtuh tragedi Highland Towers).
Pembalakan yang tidak terkawal menjejaskan ekonomi negara. (bekalan kayu
balak terhad)
Pembalakan yang berleluasa menyebabkan peningkatan suhu / udara semakin
panas kerana kekurangan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan.
Potensi sektor pelancongan melalui hutan dan kawasan rekreasi seperti air terjun
terjejas.

5. PERANAN LEBUH RAYA


Lebuh raya dapat memendekkan masa perjalanan. (perjalanan tidak terganggu
oleh lampu isyarat)
Lebuh raya dapat mengurangkan kos penggunaan petrol
Lebuh raya menyediakan perjalanan yang selesa kepada pengguna jalan sehala,
tempat rehat dan solat serta lain-lain.
Lebuh raya memudahkan perjalanan dari satu destinasi ke satu destinasi susur
keluar disediakan untuk ke setiap bandar di setiap negeri).
Lebuh raya memperkembang ekonomi menyingkatkan masa pengangkutan
untuk pemasaran barang-barang perkilangan ke bandar-bandar utama. Cth : dari
Bayan Lepas ke Kuala Lumpur.
Pembinaan lebuh raya juga membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas
Potensi sektor pelancongan kawasan rekreasi seperti air terjun ditingkatkan
dengan adanya kemudahan perhubungan.
6. TABIAT PENGGUNA DI MALAYSIA
Hampir 70% bahan makanan dibeli secara mendadak atau tanpa sebarang
perancangan.
Hampir 60% membeli-belah di sebuah pasar raya sahaja, 30% lebih daripada dua
pasar raya dan bakinya mempunyai fikiran terbuka tentang kekerapan untuk ke
kedai.
Hampir 40% pengguna membeli-belah hanya sekali seminggu, 20% dua kali
seminggu, dan bakinya paling kurang, tiga kali seminggu mereka membeli-belah.
Hampir 95% pengguna Malaysia terlibat dalam belian mendesak. Kurang daripada
20% pengguna menggunakan dan menyediakan senarai belian sebelum membeli.
Terdapat perkembangan pengguna suka mengunjungi gedung membeli-belah
daripada kedai runcit.
Pengguna selalunya berbelanja dalam minggu pertama selepas menerima gaji.
Pengguna biasanya membayar bil-bil yang diterima terlebih dahulu sebelum pergi
membeli-belah.
Pengguna yang mempunyai kad kredit didapati berbelanja tiga kali ganda lebih
banyak daripada mereka yang tidak memilikinya.
Pengguna lebih cenderung membeli melalui bayaran mudah atau ansuran
daripada tunai. Dan, mereka jarang mempertimbangkan kos membeli dengan cara
seperti ini.
Tidak ramai pengguna yang membaca label barangan yang hendak dibeli terlebih
dahulu sebelum membelinya

7. POTENSI MALAYSIA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN


Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi seperti hotel bertaraf lima bintang
padang golf, pusat membeli-belah dan penukar wang asing.
Ketersampaian iaitu kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya, keretapi,
jalan laut,, lapangan terbang dan pelabuhan
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi seperti Tourism Malaysia/ Perbadanan Kemajuan Pelancongan
Negeri
Peranan kerajaan seperti memperkenalkan iinsentif cukai dan mengadakan
persidangan antarabangsa
Kerjasama serantau seperti Tahun Melawat ASEAN
Tahun Melawat Malaysia 2007 / Zoom Malaysia
Kedudukan yang strategik dilaluan perdagangan timur-barat
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet oleh pelabur tempatan dan pelabur
asing
Kebudayaan tempatan yang kaya dengan seni dan pelbagai perayaan termasuk
Citrawarna.
Harga barangan yang murah dan dikecualikan cukai untuk menarik pelancong
Keselamatan terjamin lantas pelancong berasa selamat.

8. CIRI-CIRI SEKOLAH YANG


BERJAYA
Kepemimpinan pengetua dan jawatankuasa pengurusan yang dinamis dan
berkesan
Guru dan kakitangan amanah,ikhlas, memiliki sifat kecindan dan tidak
mementingkan diri sendiri.
Keadaan fizikal dan mental yang sihat ahli-ahli dalam komuniti sekolah
Kemahiran berkomunikasi oleh semua warga sekolah
Kebolehan pengurusan sekolah menganalisis masalah
Kebolehan pengurusan sekolah membuat keputusan
Keterampilan pemimpin pelajar
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sistematik
Pengurusan aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang tersusun
Visi dan misi yang dinyatakan kepada semua warga sekolah dengan jelas
Keceriaan sekolah diberi keutamaan
Fokus ke arah pembinaan sahsiah dan peribadi pelajar

9. KEPENTINGAN SEKTOR PERTANIAN


Menjanjikan pulangan lumayan kepada petani
Menjadi wahana dalam usaha merapatkan jurang pendapatan antara penduduk
desa dan bandar.
Mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada negara asing untuk
mendapatkan bekalan makanan
Meningkatkan eksport barangan makanan
Sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara
Menyediakan banyak peluang pekerjaan yang berkaitan dengan sektor ini
Meningkatkan dan meluaskan penggunaan bioteknologi
Menjadikan pengurusan persatuan-persatuan nelayan kawasan (PNK) dan
pertubuhan peladang kawasan (PPK) ditadbir secara lebih sistematik
Menggalakkan petani dan penternak mempraktikkan amalan pertanian yang baik
Meningkatkan aplikasi teknologi moden
Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D)

10. PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA


Satu program pembinaan sahsiah diri bermatlamat untuk membina dan
mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda
Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
Membentuk perwatakan positif (character building) menerusi nilai-nilai murni
Menanam rasa percaya dan yakin kepada diri sendiri para remaja
Menjadikan remaja lebih memahami nilai-nilai budaya pelbagai kaum
Program ini bukanlah bersifat kerahan tenaga
Tidak mengikut mana-mana model dari luar
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Akta Latihan Khidmat Negara
pada 25 Jun 2003 manakala Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang ini
pada 7 Julai 2003
Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
Pelaksanaan sejak tahun 2004.
Dilaksanakan ala-Malaysia berteraskan tiga modul utama.
Modul Fizikal ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina kemahiran
dan ketahanan mental, emosi, spiritual dan fizikal bagi menjadikan peserta Program
Latihan Khidmat Negara sebagai warganegara yang berkesan
Latihan-latihan yang dilalui dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan
peserta, mempertingkatkan ketabahan mental bagi tujuan hidup (survival), daya
kepimpinan, disiplin dalaman, keyakinan diri, kemahiran bekerja sebagai ahli satu
pasukan, kemahiran menyelesai masalah, membuat keputusan secara individu dan
dalam kumpulan
Modul Kenegaraan ialah sebuah modul yang diaplikasikan untuk memperluas
pengetahuan tentang kenegaraan (nation-building) dan meningkatkan perasaan cinta
serta pengorbanan para peserta program terhadap negara
Modul Pembinaan Karektor ialah sebuah modul yang dilaksanakan untuk membina
karektor yang berkesan bagi para peserta yang merangkumi diri, keluarga, komuniti
dan negara.

11. PEMBANGUNAN MESRA ALAM


Pembangunan yang seimbang antara pelaksanaan teknologi pembinaan dan alam
semula jadi yang membolehkan kesesuaian habitat-habitat lain untuk hidup.
(pengekalan ekosistem)
Mengekalkan kualiti air mengikut piawaian yang ditetapkan
Mengawal selia semua pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan swasta
Pelan kerja tanah dan saliran, serta pelan bangunan dengan mempraktikkan
MSMA (Manual Saliran Mesra Alam) yang diluluskan dan dilaksanakan oleh
kerajaan- kerajaan negeri mulai 1 April 2001.
Melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir
Projek Penghijauan dan pengindahan sepanjang rizab sungai
Penyelenggaraan secara berterusan dengan membersihkan sampah sarap dan
mengelakkan bahan cemaran toksid
Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat untuk menghargai sungai.
Pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam
sekitar dan persekitarannya di samping berusaha untuk terus maju.
Menyediakan tapak perindustrian dengan kemudahan loji rawatan bahan cemar
udara, air sisa industri dan sisa toksik mengikut peruntukan undang-undang.

You might also like