You are on page 1of 2

Memo No.

PPNBD/IC/ (CIR1) 17 Date: 08 January 2017

SURAT MAKLUMAN PERKHEMAHAN


(PESERTA LUAR NEGERI)

PERKHEMAHAN PENGAKAP KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM


KE 22 TAHUN 2017

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam akan menganjurkan


Perkhemahan Pengakap Kebangsaan Brunei Darussalam (22nd Brunei
Darussalam National Scout Camp 2017) mulai 19hb hingga 23hb Mac 2017
bertempat di Pusat Latihan dan Kegiatan Pengakap PPNBD Gadong Brunei
Darussalam.

Perkhemahan Pengakap Kebangsaan ini terbuka kepada semua Pemimpin


Dewasa dan Pengakap dari semua peringkat umur berserta pengakap
jemputan dari Pertubuhan Pengakap Negara jiran (Persekutuan Pengakap
Malaysia (PPM) cawangan Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan)
yang dijangka akan menyertai kegiatan ini. Ahli-Ahli Pengakap yang berminat
bolehlah memohon kepada Ibu Pejabat Pengakap PPNBD Gadong sebelum 28
Februari 2017.

Borang-Borang penyertaan disertakan bersama untuk rujukan Awda.

Berikut adalah informasi asas mengenai kegiatan :

Tarikh : 19 Mac hingga 23 Mac 2017


Peserta dikehendaki memulakan khemah pada atau
sebelum 19 Mac dan boleh berangkat meninggalkan
khemah pada 23 Mac 2017

Tempat : Pusat Latihan dan Kegiatan PPNBD Gadong

Penyertaan : Pemimpin Dewasa dan ahli Pengakap, Lelaki dan


Perempuan (semua peringkat umur)

Yuran Penyertaan : BND 100 (penyertaan pengakap Luar Negara)


Bayaran Yuran Penyertaan akan meliputi
menyediakan :
Makanan Masak
Aktibiti khemah
Program Lawatan
Cenderamata perkhemahan dan lencana
Pengangkutan pergi-balik Lapangan Terbang
Antarabangsa dan Pos Kawalan Sempadan

Makan : Bagi peserta Luar Negara/Antarabangsa, makanan


akan disediakan mulai pagi 19 Mac hingga Tengahari
23 Mac 2017.

Khemah : Pihak Penganjur akan menyediakan satu khemah


utama sahaja kepada Peserta Luar Negara

Barang perlu : Kontingen dikehendaki membawa 2 helai bendera


negara (dan cawangan # NSO Flag jika ada) ; pakaian
tradisi atau seumpamanya untuk persembahan
budaya ;

Peserta individu juga dinasihatkan untuk membawa


pakaian seragam pengakap (Scouts Uniform) ;
peralatan tidur dan mandi ; ubat-ubatan persendirian ;
lampu (torch flashlight), dan beberapa helai pakaian
serta peralatan persendirian lain yang perlu

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Haji Mohd Zali bin Haji Arshad Abdul Manan Latip


Chief Executive Officer (CEO) International Commissioner
PPNBD Scout National Headquarters Scout National Headquarters
4th Floor Scout Complex 4th Floor Scout Complex Gadong
Gadong, Brunei Darussalam Negara Brunei Darussalam

Email : info@bruneiscouts.org email : amal6336@gmail.com


Fax : +673-2420901 Fax : +673-2420901
Tel : +673-2425312 Tel : +673-7112884

(ABDUL MANAN LATIP)


International Commissioner
PPNBD

You might also like