You are on page 1of 2

NO.

TELEFON :04-7403000
NO.FAX HEM : 04-7403148
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR WEB
E-MAIL
:http://www.ppdks.net
:ppdkotasetar@gmail.com
LEBUHRAYA
SULTANAHBAHIYAH05350
ALORSETAR
KEDAH DARULAMAN

KEDAH MUAFAKAT

Rujk. Kami : PPDKS 800/13/6 ( 19 )


Tarikh : 11 Januari 2017

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kota Setar

Tuan,

MAKLUMAT KEJOHANAN BADMINTON MSSD KOTA SETAR 2017

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa SMK St. Michael dan SJKC Keat Hwa K telah
dipertanggungjawabkan sebagai pengelola Kejohanan Badminton MSSD Kota Setar bagi peringkat
umur bawah 12 tahun, 15 tahun dan 18 Tahun (lelaki dan perempuan) pada:

Tarikh : 10 hingga 12 Februari 2017


Tempat : Dewan Dato Syed Omar, Jalan Langgar, Alor Setar.

3. Sehubungan itu sekolah tuan dijemput mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Setiap
sekolah dibenarkan menghantar maksimum 4 orang pemain perseorangan dan 2 bergu bagi
setiap peringkat umur.

4. Sekolah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini dikehendaki menyediakan bulu
tangkis YONEX (Gred 2) atau jenama lain Gred Kejohanan (Gred 77).

5. Sekolah yang mengambil bahagian diwajibkan menghantar seorang guru sebagai


pengadil selain daripada guru pengiring pasukan sekolah dan hakim garis dikalangan pemain
sekolah berkenaan.

6. Bayaran akan dikenakan untuk menyertai kejohanan ini. Setiap peserta perseorangan
dikenakan bayaran RM20.00, manakala bergu pula RM40.00 serta yuran pengadil RM10.00.
Bayaran ini (jika cek, atas nama Pengetua SMK St.Michael) perlu dijelaskan semasa menghantar
kembali borang penyertaan.

7. Bersama-sama ini disertakan borang penyertaan dan peraturan kejohanan untuk


perhatian dan tindakan tuan. Salinan fotostat borang penyertaan boleh digunakan jika borang
tidak mencukupi. Sila penuhkan borang tersebut dan kembalikan sebelum atau pada 18 Januari
2017 kepada:
Pengerusi Pengelola Kejohanan Badminton MSSD Kota Setar 2017
SMK St. Michael, Lorong Merpati,
05200 Alor Setar, Kedah
Tel: 04-7322497 atau Fax: 04 7311062

8. Pengurus pasukan atau wakil sekolah yang akan menyertai kejohanan tersebut dijemput
menghadiri mesyuarat pengurus pasukan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 18 Januari 2017


Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Media SMK St. Michael

Kerjasama daripada pihak tuan untuk menjayakan kejohanan ini amat diharapkan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Saya yang menurut perintah,

(BADRUNSHAM BIN DAHALAN @ OMAR)


Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar

You might also like