You are on page 1of 13

Kegemilangan Melaka.

Kebijaksanaan Sultan Melaka bermula dari pengasasnya sendiri iaitu Parameswara


yang telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur iaitu melantik pembesar
bertanggungjawab hal ehwal balairung seri, 40 orang bentara yang menjalankan
perintah raja dan melantik biduanda kecil. Kemudian untuk melicinkan urusan
negara Sultan Melaka melantik Pembesar Empat Lipatan yang dikenali sebagai
Pembesar Berempat yang kemudian dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar
Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua yang menjalankan tanggungjawab
dengan bijak dan jujur. Mereka ini diberi kuasa mentadbir wilayah, sungai atau
pulau yang dikenali sebagai Kawasan pegangan. Di samping itu, mereka diberikan
amanah untuk memungut cukai.

Dengan cara ini mereka memberikan sokongan padu dan taat setia kepada sultan
yang akhirnya menjadikan negara kuat dan maju. Kesannya apabila pentadbiran
berjalan dengan baik Melaka menjadi sebuah negara yang aman, penduduknya
bersatu-padu, kuat dan agak sukar untuk pihak musuh menguasai Melaka. Sultan
Melaka juga bijak menyelesaikan perbalahan rakyatnya, menjaga keamanan dan
keselamatan negeri. Tokoh pembesar yang berwibawa seperti Bendahara Tun Perak
yang berjaya mengalahkan serangan Siam, bijak membantu dan menasihati sultan
menjadikan Melaka kuat dan berjaya meluaskan pengaruh dan wilayahnya di Asia
Tenggara. Apabila rakyat sesebuah negara taat kepada pemimpin, bersatu-padu,
melaksanakan tanggungjawab dengan setia dan jujur, bekerjasama membangunkan
ekonomi, sanggup mempertahankan negara maka sesebuah negara akan aman,
maju dan kuat.

2.1.2 HUBUNGAN DENGAN KERAJAAN CHINA

Dalam aspek keselamatan, Melaka bernasib baik kerana telah mendapat


perlindungan daripada negeri China. Keadaan ini wujud berikutan daripada
kerajaan Melaka yang terpaksa mempersembahkan 40 tahil emas kepada Siam, jika
tidak keselamatan Melaka akan terancam. Pada masa itu, kerajaan Melaka belum
lagi mempunyai kekuatan yang setaraf dengan Siam. Tindakan Siam tersebut juga
adalah berikutan pembunuhan Temagi iaitu wakil pemerintah Siam di Singapura
yang mana beliau telah dibunuh oleh Parameswara. Berita mengenai
perkembangan pelabuhan Melaka tersebut akhirnya sampai juga ke negara China.
Oleh yang demikian, Maharaja Yung-Lo yang merupakan Maharaja China pada
ketika itu telah menitahkan Laksamana Yin Cheng pergi ke Melaka. Pada tahun
1405, utusan dari China iaitu Laksamana Yin Cheng telah datang ke Melaka dan ini
memberi peluang kepada Parameswara untuk menangani masalah dengan Siam.
Melaka melalui Parameswara berharap dapat menfaatkan pengaruh China yang
merupakan negara terkuat di Asia pada masa itu untuk membela kedaulatannya.

Melaka juga memiliki hubungan yang dekat dengan Dinasti Ming di negara China,
armada Ming berperan mengamankan jalur pelayaran Selat Melaka yang
sebelumnya sering diganggu oleh kumpulan perompak dan bajak laut. Di bawah
perlindungan Ming, Melaka berkembang menjadi pelabuhan penting di pesisir barat
Semenanjung Malaya yang tidak dapat disentuh oleh Majapahit dan Ayutthiya.

Perhubungan di antara Melaka dan China semakin utuh pada tahun 1405 iaitu
selepas utusan rombongan kerajaan Melaka tiba di ibu Negara China, di mana
Maharaja Ming telah memberi pengiktirafan kepada Parameswara sebagai raja
Melaka dan juga dianugerahi Cap Kempal, sepasang kain sutera berkerajaan dan
payung berkerajaan. Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki
takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah
pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan
diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri
Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk
menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih
dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba
di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

2.1.2 SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN

Melaka telah dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran
yang paling tersusun. Secara keseluruhannya sultan melantik para pembesar yang
berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi
perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang
hubungan diplomatik dan melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.(Hasnah
Hussin dan Mardiana Nordin, 2007).

Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan satu sistem yang sistematik dan
berwibawa. Sistem pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem Jemaah
Menteri sekarang. Hal ini membolehkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
dapat dipertahankan. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk
melicinkan pentadbiran. Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan
lemah. Bendahara berperanan sebagai menteri utama. Bendahara merupakan
penasihat utama sultan dalam pentadbiran. Selain itu, bendahara juga berperanan
sebagai ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar dan juga ketua istiadat.
Bendahara juga adalah ketua turus angkatan perang dan sekaligus pemangku
sultan ketika gering atau ke luar negara..

Peranan Temenggung juga mempengaruhi kegemilangan Kesultanan Melayu


Melaka. Temenggung berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dalam
negeri. Tanpa temenggung maka ketenteraman dan keamanan Melaka terancam.
Temenggung merupakan penguasa bandar dan kota Melaka. Temenggung
mengawasi pedagang asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang
adalah betul. Selain itu, temenggung merupakan protokol istana dan juga sebagai
hakim di darat.

Laksamana pula berperanan sebagai ketua angkatan laut. Hal ini demikian kerana,
laksamana ditugaskan menjaga ketenteraman laut. Selain itu, laksamana juga turut
mengawal keselamatan sultan atau dikenali sebagai pengawal peribadi sultan.
Laksamana turut mengetuai utusan diraja ke seberang laut. Laksamana juga
merupakan seorang ketua duta.dan ketua angkatan tentera sekiranya ketiadaan
bendahara. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Peranan Syahbandar adalah untuk melicinkan aktiviti perdagangan di pelabuhan


Melaka. Syahbandar antara jawatan terpenting bagi menguruskan pentadbiran di
pelabuhan dengan cekap dan bijak. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah
menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan
gudang, menguruskan pasar,menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan
pedagang dan menjadi hakim di pelabuhan.
Hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal
sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan
hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak
pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan
ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai
membekalkan lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan
makanan dan rempah serta Kampar dan Siak-membekalkan emas

Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424)
mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di
Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini
bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama
Islam. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan
huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua
kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong
menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam
digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar
Melaka telah mendapat bekalan seperti beras, makanan dan rempah dari Jawa dan
ada hitam, beras dan emas dari Pasai.

Hubungan Melaka dengan Kampar dan Siak pula terjalin melalui penaklukan.
Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran
emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal
eksport lada hitam dan emas. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan
terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan
sembah. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak
lebih rendah taraf berbanding dengan Melaka. Ufti dalam bentuk wang atau
barangan perlu dihantar ke Melaka. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat
dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja
dari Palembang, Jambi dan Lingga

Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin. Mereka telah menjalinkan hubungan
perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an
hingga 1480-an. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah.
Dalam kandungan surat tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu
mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka
semasa berdagang di Melaka. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan
bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka. Hal ini
terbukti bahawa, Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka.

Melaka pada awalnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan sahaja tetapi telah
berubah menjadi sebuah pusat perdagangan entrepot yang terkenal di gugusan
Kepulauan Melayu. Kegiatan perdagangan bukanlah perkara baru bagi penduduk
Melayu di Melaka. Kegiatan perdagangan merupakan warisan dan penerusan tradisi
kegiatan ekonomi orang peribumi yang telah berjalan sejak dari zaman awal
Kerajaan Melayu Langkasuka dan Sriwijaya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 lagi.
(Muhammad Yusoff Hashim, 1990)

Keagungan kerajaan Melaka pada abad ke-15 dan awal abad ke-16 adalah
disebabkan oleh kegiatan perdagangannya. Melaka terkenal sebagai pusat
perdagangan kerana mempunyai kelebihan dan keistimewaan dari segi kedudukan
geografi yang strategik. Kedudukan Selat Melaka sebagai kawasan lalulintas antara
Timur dan Barat. Selat Melaka amat penting kerana selat ini merupakan sebahagian
daripada ikatan hubungan maritime antarabangsa yang menghubungkan dunia
Timur dan Barat. Kepentingannya sebagai jalan air dan laluan perdagangan di
antara China dan India serta wilayah sekitarnya memang telah diakui sejak zaman
berzaman lagi. (Nordin Husin, 2008)

Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ia menjadi tumpuan pedagang dari


kawasan Asia Tenggara dan Barat. Menurut Andaya dan Andaya dalam Sejarah
Malaysia, kedudukan Melaka yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah jalan
perdagangan antara India dan China. Sementara itu pelabuhannya terlindung
daripada angin, kedudukan yang dalam dan jauh daripada paya bakau. Pelabuhan
Melaka ini akhirnya berkembang sebagai pusat perdagangan. Ramai pedagang
yang singgah asalnya untuk mencari makanan dan air telah menjadikan Melaka
sebagai pusat pengumpulan dan pertukaran barangan dagangan.

Melaka juga terlindung daripada tiupan angin monsun Timur Laut oleh Banjaran
Titiwangsa, dan daripada angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Oleh itu
persekitarannya aman dan lautnya tenang kerana tiada gangguan ombak besar.
Lautnya yang dalam membolehkan kapal dagang berlabuh dengan selamat.
Perairan Selat Melaka yang sempit juga memudahkan kerajaan Melaka mengawal
kapal yang lalu di sekitarnya.

Melaka juga mengenakan cukai ke atas barang dagangan dan juga harta yang
dijual. Barang dagangan yang dibawa masuk melalui pelabuhan Melaka dikenakan
kadar bayaran cukai yang tertentu. Kapal dagangan yang datang dari Barat
dikehendaki membayar cukai sebanyak yang telah ditetapkan daripada jumlah nilai
barang dagangan mereka. Contohnya, kapal dagang dari Barat seperti Tanah Arab
dan India dikehendaki membayar cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah
nilai barang dagangan mereka. Pedagang dari Timur seperti China, tidaklah perlu
membayar cukai ke atas barang dagangan mereka tetapi mereka perlu memberikan
persembahan kepada sultan. Nilai persembahan itu adalah bergantung kepada
tafsiran yang dilakukan oleh pegawai ke atas barang dagangan mereka. Manakala
pedagang yang tinggal tetap di Melaka juga dikenakan cukai iaitu sebanyak tiga
peratus sahaja.

Cukai juga dikenakan ke atas harta yang dijual. Contohnya seseorang yang
menjualkan tanah miliknya hendaklah membayar sedikit cukai kepada pihak
kerajaan. Hasil kutipan cukai digunakan untuk menampung kos pembiayaan untuk
aktiviti pertahan empayar Melaka. Selain itu, hasil kutipan cukai yang dianggap
menjadi pendapatan kepada kerajaan Melaka yang akan digunakan untuk
meluaskan dan memajukan kegiatan ekonomi kerajaan.

Cukai Perdagangan yang merupakan sumber ekonomi Melaka menyebabkan Melaka


menjadi pelabuhan yang maju dan terkenal sekaligus kegemilangannya
dipertahankan. Melaka mempunyai cukai pelabuhan yang teratur dan berpatutan.
Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan dalam urusan perniagaan iaitu cukai rasmi
(duti import) atau panduan dan cukai tak rasmi iaitu dalam bentuk hadiah kepada
sultan dan pembesar. Selain itu, cukai juga dikenakan ke atas keluar masuk
barangan makanan di Melaka kerana hasil pertanian Melaka tidak mencukupi untuk
keperluan sendiri. Pedagang juga perlu membuat bayaran untuk mendapat Surat
Kebenaran Berniaga untuk urusan jual beli. Surat ini merupakan lesen untuk
berniaga Surat Kebenaran Berniaga dikeluarkan bertujuan untuk memastikan
urusan perdagangan adalah lancar dan sumber pendapatan kerajaan. Sistem
pungutan cukai yang dikenakan oleh kerajaan Melaka ialah Sistem Cukai
Berkeutamaan. Cukai yang dikenakan ialah mengikut kawasan dan hubungan
dengan Melaka

"Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke
Melaka; terlalu ramai bandar Melaka ketika itu". Teks dalam Sulalatus Salatin ini
menggambarkan kemajuan perdagangan di Pelabuhan Melaka.

Pada mulanya Melaka hanya menjadi pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang
berulang alik melalui Selat Melaka. Namun begitu, lama kelamaan Melaka telah
menjadi pusat perdagangan entrepot apabila kegiatan perdagangan semakin
berkembang dan dalam masa yang sama turut menjadi tempat pengumpulan,
penyaluran dan pertukaran barang-barang dagangan antara pedagang-pedagang
yang datang berdagang atau pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa
melalui Selat Melaka.

Fungsi Melaka sebagai sebuah pelabuhan enterport (pusat pengumpulan


barang-barang dagangan dan menguruskan penyebaran bahan-bahan ke pelbagai
tempat dan dijadikan sebagai perantaraan pedagang dari Timur dan Barat) telah
menjadikan Melaka sangat terkenal. Peranan Melaka sebagai pelabuhan entreport
ini juga telah merangsang pemerintah Melaka untuk menyediakan kemudahan-
kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan

Pelbagai kemudahan dan kelengkapan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan


Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing singgah di pelabuhan Melaka.
Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan ialah kemudahan membaiki kapal,
menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang, bekalan
air bersih dan makanan serta wujud sistem sukatan dan timbangan yang adil.
Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air sebelum memulakan
pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Terdapat pelbagai
kemudahan seperti tempat penginapan, tempat perniagaan, gudang, sistem
sukatan dan timbangan dan kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan
kedatangan pedagang ke Melaka. Gudang bawah tanah dibina untuk membolehkan
para saudagar menyimpan barang dagangan mereka dengan jaminan perlindungan
daripada api, kerosakan dan kecurian. Gudang-gudang dikelilingi oleh pagar kayu
dan mempunyai pintu berkunci serta dikawal oleh penjaga.

Terdapat segolongan rakyat Melaka yang digelar orang Kiwi. Mereka adalah
golongan rakyat yang gemar dan giat menjalankan aktiviti perniagaan dan
perdagangan yang bukan hanya tertumpu di sekitar Melaka sahaja, malah mereka
telah pergi membawa barang dagangan hingga ke India , China dan negeri-negeri di
kepulauan Melayu yang lain. Mereka mempunyai kapal untuk membawa banyak
barang dagangan keluar berdagang ke negeri lain. Terdapat juga antara mereka
yang menyewa kapal untuk pergi berdagang kerana tidak mempunyai kapal sendiri.
Orang Kiwi dilihat golongan rakyat yang telah berkembang dari segi kemahiran dan
ilmu pengetahuan berkenaan perniagaan dan perdagangan. Oleh itu tidak dapat
dinafikan Orang Kiwi sememangnya banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan dan kemajuan kerajaan Melaka terutamanya dalam sektor ekonomi.
(Zainal Abidin bin Abdul Wahid et.al, 1992)

Sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di perairan Selat Melaka di mana kawasan
tersebut terdapat banyak kegiatan perlanunan, adalah penting bagi kerajaan
Melaka untuk menjaga keselamatan para pedagang. Oleh yang demikian, bagi
menjaga keselamatan para pedagang luar di Selat Melaka Orang Laut telah direkrut
untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kawasan perairan untuk
membanteras kegiatan perlanunan. Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya
selamat daripada ancaman dan serangan lanun. Kedudukan Selat Melaka yang
strategik memudahkan usaha untuk menjaga perairan di Selat Melaka. Orang Laut
sentiasa memberikan taat setia dan sokongan ketenteraan kepada pemerintah
Melaka. Kerjasama yang erat di antara pihak pemerintah Melaka dan Orang Laut
telah berjaya mengatasi kegiatan lanun yang mengganas di sepanjang perairan
Selat Melaka. Apabila keselamatan terjamin, para pedagang bebas melakukan
aktiviti perdagangan dengan Melaka. Parameswara menjadikan Orang Laut sebagai
sebahagian daripada institusi dan sistem kerajaan Melaka. Orang Laut mengakui
kedaulatan Parameswara dan akan melindungi keselamatannya. Manakala,
Parameswara pula melindungi kehormatan dan kebajikan mereka. Orang Laut
dijadikan sebagai sebahagian besar daripada angkatan Laut Melaka dan merupakan
sumber tenaga yang paling penting untuk menjaga keamanan di samping
menggalakkan pedagang-pedagang asing ke pelabuhannya.
2.3 FAKTOR SOSIAL

Masyarakat Melaka merupakan masyarakat yang terdiri daripada beberapa


golongan dan dikelaskan mengikut keturunan masing-masing. Susun lapis ini
menggambarkan status sosial dan latar belakang orang tersebut. Status sosial
masyarakat boleh berubah melalui ekonomi, perkahwinan dan menjelaskan hutang.
Perkembangan sosial dalam masyarakat di zaman Kesultanan Melayu Melaka dapat
dilihat melalui struktur berbentuk piramid yang berpuncakkan kuasa pada sultan.

Terdapat empat susun lapis masyarakat di Melaka iaitu golongan pertama ialah
golongan yang tertinggi sekali iaitu golongan raja yang terdiri daripada raja dan
kerabat baginda. Kedua ialah golongan bangsawan yang dikenali sebagai orang
kaya-kaya. Ketiga pula ialah golongan orang kebanyakkan atau orang-orang awam
dan keempat ialah golongan paling bawah ialah golongan hamba abdi. (Zainal
Abidin bin Abdul Wahid et.al, 1992)

2.3.1 PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Tinjauan jelas menunjukkan bahawa kedatangan Islam ke Melaka telah


membawa pengaruh dan sumbangan yang meluas dalam perkembangan
Kesultanan Melayu Melaka, meliputi setiap aspek budaya masyarakatnya. Justeru,
perkembangan agama Islam di Melaka telah mempengaruhi sistem pentadbiran,
perundangan, ekonomi, bahasa dan kesusasteraan, pendidikan dan lain-lain lagi.

Hukum Islam juga terpancar melalui sistem perundangan Melaka. Undang-


undang Melaka atau Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka banyak
berlandaskan undang-undang IslamSelepas pemerintahan Sultan Megat Iskandar
Syah, proses rasionalisasi telah berlaku terhadap undang-undang tradisi
menyebabkan perhukuman Islam menjadi sebahagian besar intipati Undang-undang
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Malah, peranan kadi dalam sejarah
perundangan Melaka juga amat dipentingkan, yakni dalam memelihara undang-
undang tersebut. Raja atau sultan bertindak sebagai penaung undang-undang.

Sesungguhnya agama Islam telah menjadi suatu tenaga yang kuat yang
mendorong kemunculan serta perkembangan Melaka sebagai sebuah empayar
kelautan yang agung. Dalam melaksanakan urusan perniagaan, undang-undang
berjual beli yang diamalkan di Melaka adalah juga berlandaskan undang-undang
Islam. Umpamanya, Islam melarang amalan riba atau keuntungan berlipat kali
ganda daripada pusingan modal yang sebenarnya. Hukum ini adalah untuk
membataskan sifat tamak atau kecenderungan mengambil keuntungan berlebihan
dan pembeli pula dapat dilindungi. Muamalat Islam berhubung dengan soal
tersebut ada terkandung dalam Fasal 30 Hukum Kanun Melaka. Seterusnya, hukum
Islam ada mensyaratkan supaya semua maklumat atau butir hutang dicatatkan
dengan disaksikan oleh dua orang lelaki. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesulitan
dan perbalahan pada masa depan. Barang-barang yang diperniagakan mestilah
barang-barang yang suci, berguna dan bukan barangan haram. Fasal 30 Hukum
Kanun Melaka ada menentukan barang-barang yang boleh diperniagakan serta
yang dilarang oleh Islam seperti arak, babi, anjing dan tuak. Amalan membayar
zakat turut diperkenalkan di Melaka. Amalan ini mewujudkan hubungan yang erat
sesama umat Islam dalam kalangan rakyat. Semua ciri tersebut merupakan ciri-ciri
ekonomi Islam seperti yang disarankan dalam al-Quran.

2.3.2 MELAKA SEBAGAI PUSAT KEGIATAN ILMU

Kejayaan Melaka dalam bidang ilmu pengetahuan telah menyebabkan Melaka terus
maju dan berkembang. Melaka berjaya mengeluarkan cerdik pandai serta ulama
yang berpengetahuan tinggi. Dengan terkenalnya Melaka sebagai pusat ilmu
pengetahuan maka ramai cendikiawan datang ke Melaka dan menjadikan Melaka
sebagai pusat rujukan dan keilmuan.

Islam mula berkembang di Melaka melalui mubaligh Arab yang bernama Syeikh
Abdul Aziz dari Makkah. Setelah Pameswara memeluk Islam, Islam berkembang
dengan giatnya. Pedagang Islam dari Arab dan India mula memainkan peranan
dalam pengembangan Islam sambil berdagang. Ada juga yang mengahwini
penduduk Melaka. Melaka akhirnya menjadi pusat penyebaran Islam di rantau ini.
Institusi keagaman seperti masjid, surau, madrasah-madrasah dan sekolah-sekolah
pondok mula tertubuh. Dengan sokongan Sultan Melaka, istana dijadikan sebagai
pusat kegiatan intelektual, Di situlah berkumpulnya golongan cerdik pandai,
jurutulis, pengarang dan ulama tersohor.Melaka terus berkembang sebagai pusat
ilmu pengetahuan. Pengenalan sistem tulisan jawi juga turut membantu
pengembangan ilmu di Melaka.Banyak hasil penulisan dilakukan termasuk dua buah
buku undang-undang Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut
Melaka.Buku yang diterjemahkan juga turut dilakukan seperti buku-buku sastera
hikayat dan saduran. seperti Hikayat Amir Hamzah , Hikayat Bualn Belah dan
Hikayat Nabi Bercukur.

Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka
telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara
karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialah Hikayat
Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat dan
Hikayat Nabi Yusof. Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat
Melayu juga telahdihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan
Budiman.

Kedatangan agama Islam telah memperkenalkan abjad Arab (tulisan Jawi)


sebagai bahasa persuratan di Melaka. Di samping digunakan dalam penulisan kitab
agama, seperti kitab Duril-Mazlum, tulisan Jawi juga digunakan bagi penulisan yang
lain, seperti surat menyurat diraja, watikah, hukum kanun, surat peribadi dan karya
sastera. Malah boleh dikatakan bahawa semua penulisan yang dilakukan dalam
kerajaan Melaka adalah dalam tulisan Jawi.

2.3.3 BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA

Bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa pengantar dalam bidang


kesusasteraan tetapi juga dalam bidang perbincangan falsafah. Tegasnya, bahasa
Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi yang dibawa oleh Islam telah menjadi
bahasa ilmu di kalangan orang Melayu. Justeru itu, jelas agama Islam telah
memperkukuhkan kedudukan bahasa Melayu sebagai wadah perkembangan ilmu di
Melaka. Sejajar pengangkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu,
kedatangan agama Islam turut memperkenalkan banyak istilah baharu yang diambil
daripada bahasa Arab atau Parsi bagi memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa
Melayu. Bahasa Melayu banyak meminjam daripada perkataan Arab, misalnya,
pondok, maaf, batin, nafas, syukur, zalim, nikmat, salam dan kafir. Pemerintah
Melaka selepas kedatangan agama Islam mula memakai gelaran yang
melambangkan ciri-ciri Islam sama ada daripada pengaruh budaya Parsi, Mesir atau
Arab. Gelaran Syah yang dipakai oleh raja-raja Melaka bermakna Raja dalam
bahasa Parsi, manakala istilah Sultan adalah daripada bahasa Arab. Aspek
perkembangan ini juga dapat dilihat secara jelas apabila merujuk kitab serta karya
sastera zaman Melaka, iaitu Sejarah Melayu yang mempunyai tajuk asalnya dalam
bahasa Arab, iaitu Sulalatus Salatin. Begitulah juga buku-buku seperti Bustanul
Salatin, Tajus Salatin dan Tuhfat-an-Nafis.

Kedatangan agama Islam ke Melaka sedikit sebanyak telah mendorong


bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa persuratan dan bahasa
perantaraan dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua
Franca kerana digunakan oleh masyarakat sekitar rumpun ini dan sekali gus
digunakan secara meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka kerana bahasa
Melayu mampu bersaing dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Pedagang-pedagang
asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana
mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di
negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka.
Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran,
ekonomi, agama dan pendidikan.

2.3.3 TRANSFORMASI AMALAN DAN ADAT

Kedatangan agama Islam ke Melaka telah membawa perubahan dalam kepercayaan


masyarakat di Melaka. Begitu juga dengan pemikiran, pentadbiran, perundangan
dan nilai hidup masyarakat sedikit sebanyak telah berubah dan berlandaskan
agama Islam. Sebagai contoh, konsep dewa raja telah diganti dengan konsep
sultan. Rakyat biasa menghormati sultan sebagai pemerintah dan mereka amat
mentaati setiap perintah sultan. Budaya saling taat-mentaati sultan ini diperkuatkan
lagi dengan kepercayaan kepada konsep daulat dan tulah. Berdasarkan konsep ini,
raja dikatakan berdaulat dan sesiapa yang ingkar serta tidak menghormati sultan
akan menerima tulah iaitu balasan kerana menderhaka kepada sultan. Secara
keseluruhannya, agama Islam menjadi asas kepada kehidupan masyarakat Melaka.

Adat Temenggung juga menjadi amalan rakyat Melaka pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Adat Temenggung ini meliputi hal-hal jenayah, awam, kekeluargaan,
hukum pelabuhan dan undang-undang laut. Mengikut Adat Temenggung, sultan
berkuasa penuh dalam pentadbiran.

Selain itu, adat resam yang dilakukan sedikit sebanyak telah menerima pengaruh
dari agama Islam iaitu terdapat beberapa adat yang dirasakan perlu disesuaikan
dengan agama Islam agar cara hidup masyarakatnya tidak terpesong dari landasan
ajaran Islam. Contohnya dari segi berpakaian di mana masyarakat Melaka pada
ketika ini masih berpakaian seperti biasa namun telah menitikberatkan pemakaian
yang menutup aurat sesuai dengan ajaran Islam.

You might also like