You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Pendidikan adalah antara faktor yang dominan untuk memajukan negara


Malaysia. Sebelum kemerdekaan, pendidikan sudah mula ditawarkan kepada
rakyat dengan secara tidak formal. Setelah keusahaan pelbagai pihak dan
tokoh, perkembangan sisitem pendidikan telah menjadi pesat dan maju.
Selepas kemerdekaan, pendidikan secara formal telah dibuka kepada setiap
kanak warganegara untuk menerima pendidikan. Sistem pendidikan negara kita
telah diubahsuaikan dengan trend semasa. Sistem pendidikan di Malaysia pada
masa kini telah bertambahbaik jika berbanding dengan dahulu. Pada hari ini,
sistem pendidikan di Malaysia menekankan melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual. Oleh
itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah diutamakan dan dijadi pegangan
kepada perkembangan pendidikan negara. Falsafah ini digubal berdasarkan
beberapa laporan pendidikan seperti Penyata Razak 1956, Laporan Rahman
Talib 1960, Akta Pelajaran, dan sebagainya serta Rukun Negara, prinsip
pendidikan, matlamat pendidikan Malaysia dan juga Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Manakala sebagai seorang guru, selain daripada memegang
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru juga harus berpegang kepada
Falsafah Pendidikan Guru. Falsafah ini digubal bertujuan menjadi panduan bagi
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru adalah pegangan terhadap semua
guru pada bila-bila masa. Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pula
dijadikan pengetahuan yang harus dikuasai dan dihayati oleh setiap yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung.

You might also like