Professional Documents
Culture Documents
New Microsoft Word Document
New Microsoft Word Document
1) Hak milik
Prinsip ini meletakkan Allah s.w.t sebagai pemilik mutlak ke atas
seseuatu kerana Allah s.w.t ialah Pencipta dan Penguasa ke atas segala
makhluk ciptaan-Nya. Seperti firman Allah :
Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu
dan langit sebagai atap, dan Dia munurunkan air (hujan) dari
langit,lalu Dia menghasilakn dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai
rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-
sekutu bagi Allah, pada hal kamu mengetahui.
( al Baqarah : 22 )
Oleh itu, manusia hanya sebagai pemilik sementara atau pemegang
amanah terhadap harta kekayaaan yang dimiliki dibenarkan untuk menikmati
dan membangunkannya untuk tujuan kebaikan seperti untuk memenuhi
keperluan peribadi dan keperluan.
2) Keadilan Sosial
Ekonomi merangkumi semua aspek seperti dalam bidang
pengeluaran yang mestilah berasaskan pengeluaran yang halal dan
menjauhi jalan-jalan yang haram.
Contohnya, ketidakadilan dalam ekonomi berlaku apabila golangan
kaya menggunakan cara cara yang tidak adil untuk memperoleh kekayaan
dan menindas golongan orang yang miskin dan lemah. Begitu juga dalam
aspek penggunaan umat Islam diingatkan menjauhi daripada sifat bakhil atau
membazir yang dianggap seperti suatu penderhakaan terhadap Allah. Seperti
firman Allah ;
Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara
syaitan dansyaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannaya,
( al Isra : 27 )
ASAS BAITULMAL
1) Zakat Fitrah : Dikenali sebagai sadaqah al-fitr,diwajibkan setahun sekali ke atas
orang Islam yang hidup sepanjang bulan Ramadhan sehingga hari pertama syawal.
Ia bertujuan untuk menyucikan diri dan hati, dan mengembirakan hati fakir miskin
pada Hari Raya. Zakat ini dikeluarkan sebanyak segantang daripada barang-barang
yang mengeyangkan seperti gandum dan beras
2) Zakat Harta : Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang penting dalam
berbagai-bagai sektor ekonomi seperti tanaman , emas dan perak, perniagaan,
pendapatan, simpanan dan saham.
3) Fai dan Ghanimah : Fai adalah harta yang diperoleh kerajaan Islam daripada
orang bukan Islam dengan jalan damai. Manakala ghanimah pula merujuk harta
yang diperoleh daripada orang bukan Islam daripada hasil rampasan perang.
4)
SISTEM EKONOMI ISLAM MALAYSIA
Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, perkembangan ekonomi umat Islamnya
boleh dibahagi kepada tiga fasa (Zin Mahmud 1999). Pertama, daripada tahun-tahun 60-an
dan 70-an. Kedua, daripada tahun-tahun 80-an hingga hujung alaf lama. Fasa ketiga dan
terbaru ialah pada alaf baru ini. Fasa ini paling menarik kerana sistem ekonomi atau lebih
tepat sistem kewangan kapitalis dunia terpaksa dinilai semula akibat dari krisis ekonomi Asia
pada tahun 1997. Ini memberi peluang untuk model kewangan menurut amalan Islam
sebenar diketengahkan tanpa perlu kepada islamisasi sistem riba kapitalis lagi.
A) Umat Islam di Malaysia mula mencari langkah mengisi dan mencari erti
kemerdekaan terutamanya dari segi ekonomi dan politik apabila merdeka pada tahun
1957.Aktiviti ekonomi tahun-tahun 60-an dan 70-an berkisar kepada soal membangunkan
umat Islam dalam bidang ekonomi. Ketika itu, umat Islam di seluruh dunia masih teramat
mundur dalam bidang ekonomi.
B) Seperti di kebanyakan negara, untuk menentukan bahawa ekonomi negara
bergerak ke arah kemakmuran dan kemudiannya Bank Negara ditubuhkan. Di Malaysia,
Bank Negara Malaysia telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959. Antara lain Bank Negara
Malaysia memainkan peranan dalam memandu ekonomi negara ke arah pertumbuhan,
tahap pengangguran yang rendah, kestabilan harga, imbangan dalam pembayaran
peringkat antarabangsa yang baik, menghapuskan kemiskinan dan menstrukturkan
masyarakat (Bank Negara 2002). Dalam melaksanakan tanggung jawab Bank Negara itu,
perkara utama yang mesti dibuat ialah membekalkan matawang dan menjaga nilainya.
C) Ekonomi di Malaysia amat ketara dikuasai oleh orang bukan Islam. Kebanyakan
negara-negara umat Islam lain juga baru mencapai kemerdekaan dan cuba berusaha
membangunkan negara masing-masing tanpa perlu memikirkan tentang label-label Islam
dalam segala usaha ekonomi. Ini mungkin kerana tiada apa yang dimiliki untuk 'diislamkan'
atau diberi identiti Islam.
D) Umat Islam memandang bidang ekonomi dunia dikuasai oleh bukan Islam.
Masalah yang paling besar adalah riba. Akan tetapi umat Islam tidak dapat lari daripada riba
kerana sistem ekonomi dunia dikuasai orang bukan Islam. Maka fatwa yang dipakai ketika
itu adalah bahawa kedudukan ekonomi umat Islam berada dalam darurat. Oleh itu riba yang
asalnya dikenali sebagai bunga ditukar istilah menjadi faedah, dan ia pula dianggap
dibolehkan. Walaupun terdapat tentangan daripada segolongan ulama, tetapi pemahaman
mengenainya adalah begitu (Zin Mahmud 1999). Walau bagaimanapun masalah riba pada
peringkat ini masih lebih bersifat masalah individu seperti sama ada menerima atau tidak
bunga yang diberi oleh bank-bank yang semuanya milik bukan Islam.
Usaha ekonomi Malaysia Islam tertumpu kepada pembangunan dana dan perbankan
bumiputera umpamanya Tabung Haji, Bank Bumiputra, Bank Kerjasama Rakyat dan
Amanah Saham Mara dan seterusnya membawa kepada institusi-institusi seperti Bank
Islam, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) dan Takaful. Dua institusi diberi di sini
sebagai contoh iaitu Tabung Haji dan Bank Islam.