You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PAYA

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 1 / TAHUN 2017

Tarikh : 27 Disember 2016

Masa : 9.00 - 11.30 pagi

Tempat : Pejabat Guru

Pengerusi : Cik Kamaliah Binti Abdul Kadir

Kehadiran(Bilangan) : 3 / 3

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ummul kitab dan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran dan tahniah kepada guru BI di atas
usaha melaksanakan program tahun 2016.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS.


2.1 Dibentangkan oleh Pn Toiyibah Binti Abu Bakar
2.2 Dicadang untuk di sahkan oleh Pn Norbaiti Bt Sarpin
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh Cik Kamaliah Binti Abdul Kadir.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit dalam mesyuarat ini

4. PERKARA SEMASA
4.1 Pengerusi membentangkan ahli jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris untuk sesi
2017.
Penasihat : En Mohd Dali Bin Abdullah
Pengerusi : Cik Kamaliah Binti Abdul Kadir
Setiausaha : Pn Toiyibah Binti Abu Bakar
Bendahari : Pn Norbaiti Binti Sarpin
Ahli Jawatankuasa : semua guru BI

4.2 Program Panitia Bahasa Inggeris tahun 2017


4.2.1 Pengerusi membentangkan program-program yang akan dilaksanakan pada
tahun 2017.

Program Pelaksanaan
Good Morning Grammar Februari - Ogos
Lets Read English Januari November
English Corner Januari Oktober
English Month 24-29 Julai
English Workshop April Jun
Learn 5 Words A Week Januari - November

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.2.2 Pengerusi meminta semua guru untuk bersama-sama menjayakan program tahun
2017.

Tindakan :Semua guru BI


4.3 Penentuan Format Rancangan Pelajaran Harian
4.3.1 Cik Kamaliah Binti Abdul Kadir mencadangkan semua guru untuk menulis
rancangan mengajar mengikut format penulisan yang terkini.
4.3.2 Pengerusi meminta Pn Norbaiti Sarpin untuk memasukkan softcopy
contoh format rancangan pengajaran fail ke dalam komputer sekolah.

Tindakan : Pn Norbaiti Bt Sarpin

4.4 Penentuan Jumlah Buku Latihan dan Bilangan Latihan Seminggu.


4.4.1 Pengerusi mencadangkan agar penggunaan tiga buku latihan biasa untuk
Tahap 2 dan dua buah buku untuk Tahap 1 dikekalkan untuk tahun 2017.
4.4.2 Pengerusi meminta untuk Program EW20 digunakan buku sedia ada.
4.4.3 Pengerusi mencadangkan jumlah latihan mengikut ketetapan yang
berikut:
Tahap 1 Jumlah latihan
Writing, Vocabulary 1
Reading, Grammar 1
Tahap 2
Writing / Composition 1
Reading, Comprehension 1
Grammar, Vocabulary 1

Makluman : Guru-guru BI

4.5 Program Linus


4.5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris perlu
menyediakan satu program khusus untuk peningkatan LINUS.
4.5.2 Pn Toiyibah Binti Abu Bakar mencadangkan Program Linus Bersama Ibu
Bapa dimana lembaran untuk aktiviti murid LINUS danlakukan bersama
ibu bapa murid.
4.5.4 Pn Faridah membentangkan guru-guru LINUS BI 2017:
Tahun 1 : Pn Toiyibah Bt Abu Bakar
Tahun 2 : Pn Norbaiti Bt Sarpin
Tahun 3 : Cik Kamaliah Bt Abdul Kadir
Tahun 4 : Cik Kamaliah Bt Abdul Kadir
4.5.5 Pengerusi meminta semua guru melaksanakan LINUS dengan baik. Guru
perlu mencatatkan aktiviti yang dijalankan untuk pelajar LINUS di dalam
RPH. Pengerusi meminta guru-guru menggunakan modul LINUS yang
dibekalkan dengan baik.
Tindakan : Guru BI SK Seri Paya

5.0 Hal-hal lain


5.1 Pengerusi meminta guru-guru untuk mengemaskini fail-fail PBS dan
SBOA . Guru perlu menyediakan rekod transit sebelum memasukkan data
ke dalam sistem. Rekod transit perlu disimpan oleh guru untuk tujuan
pemantauan.
5.2 Pengerusi mengingatkan dan meminta guru-guru menyediakan
Rancangan Pengajaran Tahunan untuk simpanan Panitia.
Tindakan : Guru-guru BI
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

5.3 Pengerusi berharap agar program Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan


dengan cemerlang pada tahun 2017.
Tindakan dan Makluman : Pengerusi Panitia
Guru BI SK Seri Paya

PENUTUP

a) Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.


B) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................... ........................................
( Toiyibah Abu Bakar ) ( Kamaliah Abdul Kadir )

Setiausaha Pengerusi
Tarikh: 29 Disember 2016 Tarikh: 29 Disember 2016

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


| 1 Mac 2011 - Keluaran 02 | Pindaan 00

You might also like