You are on page 1of 1

Pengenalan

Perkhidmatan Bimbiangan dan Kaunseling merupakan perkhidmatan yang amat penting dan
tidak asing lagi di sekolah rendah mahupun institut-institut Pengajian Tinggi. Ianya bukan
sahaja dapat menyelesaikan masalah disiplin di sekolah, malah, ia juga dapat menolong
pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kebanyakkan guru-guru kaunseling di
sekolah ini menggunakan buku panduan yang disediakan dengan sepenuhnya dan aktiviti-
aktiviti yang dijalankan juga mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran. Matlamat utama
bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut :

1. Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai perkhidmatan dan aktiviti bimbingan dan
kaunseling ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri
murid dengan menyediakan peluang, kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan
kemampuan dan potensi murid.
3. Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan murid daripada terlibat dalam
perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin, penggunaan dadah, merokok,
laku musnah, peras ugut, menyertai pertubuhan haram dan perbuatan anti sosial yang
lain.
4. Memberi khidmat bersifat pemulihan dengan tujuan mengorientasikan semula murid yang
bermasalah supaya mereka mampu manghadapi dan mengatasi masalah sendiri.
5. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid yang memerlukan.
6. Memberikan perkhidmatan kea rah membangun dan memajukan sekolah dari segi
akademik, sahsiah dan kokurikulum.
7. Menyediakan perkhidmatan dari segi akademik, psikososial dan kesejahteraan mental,
kerjaya, keibubapaan dan pembangunan murid kepada semua murid.

You might also like