You are on page 1of 19

DEFINISI DAN SEJARAH LONTAR PELURU

Lontar peluru adalah salah satu acara olahraga, iaitu acara padang
yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola
logam besi berat sejauh yang boleh.

Sejarah :

Acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika


dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera.
Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan
bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap
sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan
pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Walau
bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai
acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah


mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah
negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat
telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya
menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.

Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika
ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan
yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya
kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7
kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara
lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan
Olimpik moden tahun 1896.
Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan
Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah
ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian
hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan
penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai
sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik
melontar peluru.

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlit lontar peluru telah


menonjol dalam acara ini. Beliau ialah Perry O`Brien dari Amerika Syarikat.
Beliau telah mencipta teknik lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik
lontaran yang diterima dan kekal sehingga ke hari ini.

Atlit lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi


teknik dan gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah
yang bersistematik bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang
dan terbaik. Namun begitu, acara lontar peluru ini dapat menyebabkan
bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum, semasa, dan selepas melakukan
aktiviti.

Persediaan seseorang atlit dari segi kekuatan tubuh badan dan


anggota lain terutamanya tangan, pinggang, dan kaki memainkan peranan
utama. Hal ini bermakna persediaan fizikal dan mental adalah menjadi
agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlit itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar,


iaitu sebelum, semasa, dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan
koordinasi pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan
banyak membantu atau mencipta sesuatu kejayaan.

Antara tokoh atlit lontar peluru ialah Yanina


Korolcik dari Belarus yang telah memenangi pingat emas selepas
melakukan lontaran 20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan
Olimpik Sydney tahun 2000. Malang sekali bagi beliau apabila pada bulan
Jun 2003 dalam suatu pertandingan di Jerman, beliau didapati positif
dengan dadah jenis clenbuterol, dan akibatnya telah digantung selama dua
tahun. Oleh kerana itu, beliau terlepas Sukan Olimpik pada tahun 2004.

PERALATAN

1. Peluru

Peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan lain


yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelonsong
diperbuat daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan
plumbum atau bahan lain.
Ia hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin.
Ia hendaklah mematuhi spesifikasi-spesifikasi berikut :

Peluru Wanita Lelaki Lelaki Lelaki


Remaja/Junior/Senio Remaja Junior Senior
r
Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan dan penerimaan mencipta
rekod
4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg
Maklumat
pengeluar :
Beraneka 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg
jenis alat 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg
yang
dikeluarkan
untuk
pertandinga
n
Garis pusat 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm
minimum
Garis pusat 110 mm 120 mm 120 mm 130 mm
maksimum

Berat peluru :

1. DEWASA 7. 265 kg

2. WANITA 4. 005 kg

3. REMAJA 4. 000 kg

Contoh peluru :

Cara memegang peluru :


1. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran.
Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan
cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali.

2. Untuk membuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan
tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibujari dan jari
kelengkeng atau menggunakan lima jari bertindak sebagai penyokong.

3.Tangan kanan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau


pun ditekapkan di rusuk leher.Tangan bebasnya pula akan diangkat ke atas
melebihi paras kepalanya.Kepalanya tegak memandang ke depan.

4. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelengkeng boleh


dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini
kedudukan peluru sudah bersedia untuk dilontarkan.

2. Papan penahan

Papan tersebut hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada kayu


atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah
dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan.
Ia diletakkan di tengah di tengah-tengah antara kedua-dua garisan
sektor dan dibuat supaya terletak dengan kukuh.

Ukuran :

Ukuran papan tersebut ialah 11.2sm hingga 30 sm lebar, 1.15 (+- 1sm)
panjang, dan 10 sm (+-2mm ) tinggi daripada paras dalam bulatan.
SEKTOR LONTAR PELURU
Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau
bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat.
Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, kearah lontaran bagi kawasan mendarat
adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda
dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan
bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40.

Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk meneada lontaran terbaik bagi
peserta an ini akan diletakkan disepanjang dan diluar garisan sektor. Bendera atau
piring penanda istimewa digunakan untuk menenda jarak rekod.

Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga
kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapu, bacaan jarak hanya dikira setakat
bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling
jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.

Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru


menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan
hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga
dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula
mengganggunya ketika melakukan lontaran.

Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13 m ( 5mm). Gelong besi
bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6 mm tebal dan dicat putih.

Satu garisan lurus selebar 50 mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di
0.75 m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau
diperbuat katu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir
belakang garisan putih ini betul-betul nelintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat
dengan garisan tengah kawasan lontaran.

Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau
bahan-bahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya
sesuai dengan bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini
diletakkan ditengah-tengah diantara dua garisan lontaran.

Ukuran papan penahan ini adalah diantara 112 mm dan 300 mm lebar, 1.21 m
sehingga 1.23 m panjang disebelah dalamnya dan 98 mm sehingga 102 mm tinggi
berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan.

UKURAN

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini
melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh
garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternnya yang
diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan
bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau
melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.

TEKNIK DALAM ACARA LONTAR PELURU


1. Teknik berdiri

Untuk mendapatkan pergerakan tangan dan bahu yang betul, bolehlah melakukan
teknik berdiri sebagai satu latihan. Caranya adalah seperti berikut :

1. Berdiri dengan mengangkang kedua-dua belah kaki seluas lebih kurang 30 cm,
tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan
tengkuk. Diku tangan yang memegang peluru haruslah keluar dan mendatar.
2. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.
3. Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakal kaki diluruskan
dan peluru ditolak keluar.
4. Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru, manakla tangan kiri membantu
mengimbang tangan.
2. Teknik Lontaran sisi

1. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah


bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kemudian kaki
kiri diangkat.
2. Letakkan kaki kiri pada tanah dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.
3. Luruskan kaki kiri dan bersedialah untuk membuat lontaran.
4. Pusingkan tapak kaki kanan dan angkatlah tumit dan tolakkan peluru keluar.
3. Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik ini merupakan peringkat yang lebih maju. Walaupun atlit yang baru terlibat dalam
acara ini tidak digalakkan menggunakan teknik ini, namun ia menjadi suatu kelebihan
jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :

1. Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran. Bengkokkan badan dan


lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.
2. Angkat kaki kiri sedikit.
3. Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.
4. Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.
5. Tolak peluru keluar sekuat mungkin.
4. Teknik Pemindahan (0Brien)

Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh pelontar-pelontar peluru peringkat
tinggi yang mempunyai kemahiran tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik
ini adalah seperti berikut:

1. Peserta hendaklah berdiri dengan memblekangi arah lontaran dan kaki kanan
bersentuh dengan garisan belakang.
2. Bongkokkan badan dan angkat kaki serta rapatkan dengan kaki kanan.
3. Mulakan langkah dengan kaki kanan.
4. Bengkokkan lutut kaki kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.
5. Pusingkan bahu dan pinggang, dan tolak serta lepaskan peluru sekuat yang
boleh.
6. Lakukan lajakan ayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan
diimbangi dengan tangan kiri.

Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru mengikut gaya Parry OBrien,
iaitu :

1. Fasa persediaan
2. Fasa gelungsuran
3. Fasa lontaran
4. Fasa pemulihan

1) Fasa persediaan

Ambil tempat dalam bulatan hampir-hampir di sebelah belakangnya dan berdiri


membelakang ke kawasan membaling.

Berdiri sisi dan kepala memandang sudut 45 dan buka kaki seluas bahu.

Tangan yang memegang peluru ditempatkan di bawah dagu atau pun ditekapkan
di rusuk leher.

Tangan yang bebas pula akan diangkat ke atas melebihi paras kepalanya.

Kepalanya tegak memandang ke depan.


Bahu menghadap arah lontaran.

Gerakkan kaki ke kayu penghadang.

Bengkokkan badan serendah mungkin.

Kaki di hadapan diluruskan manakaka kaki belakang dibengkokkan.

2) Fasa Gelungsuran

Gelungsurkan kaki kiri cepat ke belakang ke arah lontaran, serentak


gelongsorkan kaki ke kanan ketengah bulatan.

Letakkan kaki kiri dekat kayu penghadang dengan tidak mengubah bahagian
atas badan.

Luruskan dengan cepat serta badan diangkat dan diputarkan sedikit.

Kaki kanan mengerakkan pinggul ke atas dan ke hadapan.

Bahu menghadap arah lontaran.

3) Fasa Lontaran

Ayun lengan kiri ke balakang semasa memutar pinggang dan bahu ke hadapan.

Luruskan siku serta tangan di angkat tinggi ke atas.

Kaki kiri masih menyentuh bulatan.

Peluru dilepaskan.

4) Fasa Pemulihan

Lompat dan mendarat dengan kaki kanan.

Pindah berat badan daripada kaki kiri ke kaki kanan.

Ikut lajak. (bengkokkan badan atau duduk untuk merendahkan titik graviti)

PERKARA BATAL
Pelontar dikira batal apabila menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak
bahagian atas kayu penghadang berukuran 10cm tinggi itu semasa dan selepas
peluru dilepaskan.
Melontar di luar bulatan.
Pelontar keluar dari bahagian depan bulatan lontaran selepas peluru mendarat.
Semasa melontar,peluru dipegang jauh dari tempat yang sepatutnya.

UNDANG-UNDANG DALAM ACARA LONTAR PELURU

Lontaran dibuat dalam bulatan bergaris pusat 2.13m.


Pelontar masuk dan keluar dari bahagian belakang bulatan.
Peluru mesti mendarat dalam sector 40.
Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan sebelah tangan sahaja.
Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan lontaran,
peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan pula tidak
boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar.
Peluru tidak boleh dibawa ke belakang garisan bahu.
KESALAHAN-KESALAHAN TEKNIK PADA SETIAP FASA

1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang


biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam
keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang
biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri
dada dan ini akan meletakan peluru keparas yang rendah. Kesalahan ini akan
mernbawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya.

2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku


tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak
keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan
akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan

3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya


lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan
dan seterusnya menendang kebelakang untuk membuat gelungsuran.
Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat
gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan
gelungsuran.

4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa


gelungsuran pinggang rnestilah di buka dan diangkat kearah lontaran untuk
mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku
pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal
dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak
dapat dialihkan ketangan.

5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan


peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan kearah lontaran
dan kesalahan yang biasa berlaku ialahover pulled atau Thnder
pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. Over
pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang
tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran.

6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar


pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak
terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi
pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran
mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah
dilojakkan ke belakang.

7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 450 Biasanya peluru yang


menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 450 Ianya
bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan berpunca dan kesalahan
melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu
tinggi atau terlalu rendah.
TEKNIK MENGUKUR JARAK

Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada


tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru ke bahagian dalam relung
bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan.

Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik
selepas sesuatu lontaran, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian
tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian
dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
RUJUKAN

British Athletic Federation. (1994). Olahraga Padang. London : Penerbitan Pan


Earth Sdn. Bhd.

Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Dril
Acara Padang. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd

Teng Boon Tong. (1989). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor : Longman


Malaysia Sdn. Bhd.

Teng Boon Tong. (2001). Panduan Pengajaran Olahraga. Selangor Darul


Ehsan : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Yanina_Korolcik

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar_peluru

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lontar-peluru.html

You might also like