You are on page 1of 1

Kerajaan telah melaksanakan perubahan dalam sistem kurikulum pendidikan di negara

kita pada tahun 2011 iaitu daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kepada

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah memberikan impak yang besar

di kalangan guru-guru. Begitu juga dengan proses perkembangan dan pencapaian

murid di sekolah kini berubah daripada sistem penilaian berasaskan peperiksaan

kepada sistem PBS. Justeru itu, daripada perubahan ini terdapat pelbagai penyebaran

maklumat yang berbeza-beza dalam melaksanakan PBS di sekolah. Tambahan pula,

maklumat yang tidak jelas dan selaras yang disampaikan melalui kursus dalam

peringkat sekolah tanpa dipantau oleh pihak pegawai Jabatan Pelajaran Negeri masing-

masing menyebabkan kecairan maklumat pelaksanaan PBS. Ini jelas terbukti apabila

pengendalian sistem PBS di sekolah berbeza antara satu sama lain. Daripada ini,

kajian yang dijalankan ini dapat membantu pihak sekolah menilai kemahiran guru

terhadap melaksanakan PBS di sekolah.

Sebilangan guru berpendapat bahawa sistem ini akan menjadikan pertambahan beban

tugas guru setelah menghadiri kursus atau taklimat berkaitan PBS. Guru yang

ditugaskan untuk mengajar mengikut sukatan kurikulum yang baharu juga merasa

terbeban dengan silibus yang lebih menekankan pencapaian murid. Secara menyeluruh

guru perlu bersedia untuk mengikut standard yang telah ditetapkan dalam pelaksanaan

PBS. Keadaan ini menyebabkan guru-guru memberikan persepsi yang negatif terhadap

sistem penilaian untuk melihat perkembangan dan pencapaian pelajar. Kajian ini juga

boleh membantu pihak sekolah untuk mengenalpasti kesediaan guru untuk

melaksanakan sistem PBS di sekolah.

You might also like