You are on page 1of 2

PENULISAN JURNAL: MINGGU KEDUA

TARIKH: 12 FEBRUARI - 16 FEBRUARI 2017

MASALAH / PERISTIWA :

ANALISIS

Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah tingkah laku.

Masih tidak ramai yang tahu bahawa masalah ADHD adalah satu masalah yang boleh
mengganggu hidup penghidapnya jika mereka tidak dibantu seawal yang mungkin. Bagi
individu yang tidak sedar tentang kewujudan ADHD sebagai satu masalah semulajadi
yang tidak semua orang menghidapinya, mereka akan cenderung untuk mengatakan
individu ADHD sebagai malas, nakal dan jahat serta menyusahkan orang lain.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat selama satu minggu, saya dapati subjek kajian
saya mempunyai masalah ketiga iaitu ADHD gabungan yang mana murid ini tidak boleh
memberi tumpuan dan hiperaktif sekaligus. Subjek memahami apa yang diperkatakan
oleh orang lain tetapi tidak akan memberi respons dan akan meneruskan aktivitinya
sendiri sahaja. Subjek juga perlu dijaga rapi oleh pembantu pengurusan murid kerana
jika dibiarkan sendiri,subjek akan tidak belajar.

Subjek tidak dapat memegang satu benda dengan betul.Menurut guru setiap kali
di akan membunyi dan membuat pergerakan aneh.

CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN

Murid bermasalah ADHD (masalah tumpuan dan hiperaktif)

Guru-guru pendidikan khas yang telah lama berkhidmat adalah merupakan sumber
terbaik di sekolah bagi mendapatkan panduan bagaimana untuk mengatasi masalah
murid-murid istimewa ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pengalaman
bersama murid-murid ini.

Oleh itu, saya akan banyak belajar dan merujuk kepada guru-guru di sekolah ini bagi
mendapatkan panduan bagi menguba tingkah laku subjek yang telah dipilih. Saya telah
meminta kebenaran penyelaras Pendidikan Khas, Puan Norzila bt Ihsan untuk cuba
melatih subjek mempertingkatkan psikomotor halus.
Pada minggu ini saya telah melatih untuk membuat abjad dengan menngunakan tanah
liat.Dengan ini,Tanu mempertingkat psikomotor tangannya walaupun hanya membuat
abjad A dan B.

KESIMPULAN

Sebagai guru pelatih yang sedang bertatih untuk menjadi guru sebenar pada
masa akan datang, saya perlu berusaha keras untuk membantu setiap murid yang
diajar kerana mereka adalah tanggungjawab yang tidak boleh disia-siakan.
Berdasarkan keseluruhan penulisan jurnal ini, saya merumuskan bahawa setiap tingkah
laku sama ada yang bermasalah mahupun yang kurang memuaskan boleh ditingkatkan
dengan adanya usaha dan bantuan yang tepat. Saya juga akan mula melaksanakan
pengubahsuaian tingkah laku subjek ini bermula pada minggu kedua praktikum.

You might also like