You are on page 1of 1

Minggu 14 : Bagaimana mewujudkan dunia yang aman

bahawa perpaduan antara rakyat merupakan kunci keamanan sesebuah negara


terutamanya di negara yang berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia. Menurut
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Datuk Seri Mustapa
Mohamed, agenda perpaduan sentiasa dititikberatkan kerana dengan bersatu hati kita
dapat membina sebuah negara yang aman damai, sejahtera dan rakyatnya sentiasa
mementingkan perpaduan dan negara aman, politiknya tidak huru-hara, serta ekonomi
yang baik dan dapat menarik minat pelabur asing.

keamanan sejagat juga mampu diwujudkan dengan cara menjalin hubungan kerjasama
antara negara serantau.

keamanan negara mahupun antarabangsa boleh dikekalkan jika layanan yang adil dan
saksama diberikan kepada semua pihak. Tamsilannya, di Malaysia, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan untuk memastikan setiap
kaum mendapat hak yang adil dan saksama untuk menikmati kemakmuran negara.
Begitulah yang seharusnya berlaku di peringkat antarabangsa. Kuasa-kuasa besar
dunia sewajarnya memberikan layanan yang adil kepada semua negara tanpa
melabelkan negara-negara yang tertentu sebagai sekutu ataupun seteru. Buktinya,
peristiwa 11 September 2001 dikatakan berpunca daripada kebencian puak militan
terhadap Amerika Syarikat yang bersikap pilih kasih dalam isu-isu antarabangsa yang
memberikan keuntungan kepada rakan sekutunya, khususnya Israel. Kempen
memerangi keganasan tajaan Amerika Syarikat juga ternyata telah gagal untuk
mengekalkan keamanan dunia malah negara Uncle Sam itu ibarat tikus membaiki labu
apabila keamanan dunia bertambah buruk lantaran polisi pilih bulu pemimpin negara
berkenaan. Rumusannya, keadilan dan kesaksamaan layanan antara semua pihak
merupakan kunci keamanan sesebuah negara dan buana.

You might also like