You are on page 1of 3

CHEESE TART BUNCIT

Resepi Oleh : Azalifah Zakiah

Shell Tart
125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati


Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan
tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C
api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.
Cheese
500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais
15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A
( kocok perlahan
dahulu )
20 gm non
dairy Whipping
Cream ~
( optional)
Sedikit
esen
vanilla

Satukan

cheese, butter
dan gula icing dan
putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu
( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non
dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul
dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )

Susun shell tart dalam tray


Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh

Kalau ada nozel yang besar macam ni pun boleh di gunakan.

Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini
: SINI
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan

tart yang telah siap di bakar boleh di hias dengan Nutella. masukkan nutella
dalam piping bag dan paipkan atas cheese tart .. wow! yummy

You might also like