You are on page 1of 5

Resepi Lidah Kucing Rainbow

250 gm butter
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex
6 warna berbeza (merah,oren,kuning,hijau,biru,purple)

Piping beg.

Dulang khas lidah kucing rainbow


(boleh beli di kedai2 bakeri, banyak saiz, harga RM22++)

Cara-cara
1. Griskan loyang dengan sedikit butter

2. Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.

3. Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit
demi sedikit dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula
hiungga rata.

4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Letakkan pewarna untuk setiap


bahagian.Letak setitik kecil sahaja kerana warna akan memekat pada biskut yg telah
masak.

5.Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan. Potong
hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil. Paipkan atas loyang lidah kucing.
Jangan paipkan terlampau penuh kerana aduna akan mengembang bila dibakar.

6. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit. Jaga jangan sampai
keperangan dan hangus. Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi pastri creampuf (1adunan dapat 48 biji macam tu bergantung


kepada nozzle)
100 gm butter
1 cawan air 250ml
150 gm tepung gandum
secubit garam
4 biji telur
1 sdk esen vanilla

Cara-cara
1 ) Masakkan butter dalam air sehingga butter cair. Api slow je.
2) Masukkan tepung & garam. Ye.Jangan pelik Hahaha. Tutup api terus kacau
cepat-cepat supaya air tak tersejat. Kalau lambat nanti air kurang dan adunan
jadi keras.
3) Dah sebati tu biarkan doh sejuk. Kina nak cepat masuk dalam peti. hahahah.
4) Pukul telur dan esen vanilla pakai sudu pon boleh.
5) Masukkan telur sket demi sket dalam doh tadi sambil pukul dengan mixer
sampai sebati.
* kalau agak2 lembik kurangkan telur.
6) Panaskan oven 200 celcius.
7) Pipingkan adunan tadi ke atas dulang. (kina pakai nozzle sederhana kecik
bentuk bintang 8 bucu, 2 x setengah pusing mende tu)
8) RENJIS air sebelum masuk oven. (penting utk die menggebu n mengembang
dgn jaya)
9)15 min pertama bakar dalam 200 celcius, kemudian turunkan suhu 180
celcius selama 15-10 min bergantung kepada oven. (Jangan selalu buka oven
nanti tak naik gebu)
10) Dah siap, belah sket dan pipingkan inti kastad.

Filling inti kastad (Kina tak gemar manis sangat jadi ejas la ape yang patut)
6 sudu besar kastad
1/2 cwn susu cair( baru berlemak)
3 cwn susu segar
Esen vanila
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat

Cara-cara
1) Campurkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
2) Masak atas api kecil & kacau sentiasa. Api jangan besar. Sedang-sedang saja.
3) Sampai bergelegak baru tutup api. Kalau tutup awal nanti kastad rasa tak
masak dan rasa ketepungan sangat.
4) Terus masuk piping bag. Sejukkan boleh nak terus piping dalam puff pun
boleh. Biasa kina buat inti masa tunggu adunan puff sejuk.
5) Tabur gula icing atas creampuff.
Siap..

200 gm tepung Florenta


200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api
kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati
dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar
sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) -
hana kukus 30min je

You might also like