You are on page 1of 1

Teks ucapan YDP PIBG sempena Kejohanan Balapan dan Padang

Tahunan kali ke-56 SK Perempuan Methodist

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Yang Berbahagia Guru Besar SK


Perempuan Methodist Datin Hajah Azian bt Ahmad Shaharbi, barisan
Penolong-penolong Kanan SK Perempuan Methodist, Yang Berusaha Dr. Ting
Cheh Sing selaku Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah serta ahli-ahli
lembaga pengurus sekolah, Yang Berusaha Encik Benjamin Soh Jee Pin
selaku Naib Yang Dipertua PIBG SK Perempuan Methodist, Yang Dihormati
Ahli Jawatankuasa PIBG dari kalangan wakil ibu bapa, pengetua dan guru-
guru besar, pasukan-pasukan acara olahraga antara sekolah, guru-guru dan
murid-murid SK Perempuan Methodist serta para ibu bapa yang dihormati
sekalian. Selamat datang saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan ke
Kejohanan Balapan dan Padang Tahunan kali ke-56 SK Perempuan
Methodist. Saya berasa amat bersyukur kerana pada hari yang berbahagia ini
kita dapat berkumpul bagi memeriahkan lagi Kejohanan Balapan dan Padang
Tahunan kali ke-56 SK Perempuan Methodist. Kejohanan seperti ini bukan
sahaja dapat menyuburkan semangat kesukanan di kalangan murid-murid
malah mengeratkan lagi hubungan di kalangan guru, murid-murid dan ibu
bapa. Saya juga mengambil kesempatan merakamkan sekalung tahniah
kepada seluruh warga SK Perempuan Methodist yang telah bertungkus lumus
membuat persiapan bagi menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang
Tahunan kali ke-54 ini. Saya berharap agar majlis pada hari ini berjalan lancar
seperti yang dirancang di samping semua peserta bertanding dengan penuh
semangat kesukanan. Kalah dan menang adalah adat dalam pertandingan
dan bukannya sebagai kayu ukur untuk membandingkan kekuatan pasukan-
pasukan yang bertanding. Akhir kata, dengan rasa sukacita saya merasmikan
Kejohanan Balapan dan Padang Tahunan kali ke-56 SK Perempuan
Methodist. Sekian terima kasih.

You might also like