You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR NANGKA

02500 MATA AYER, PERLIS

Minit Mesyuarat Guru Kali Ketiga Tahun 2014

Tarikh : 19 Ogos 2014 ( Selasa )


Jam Mula : 12.15 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat SKGN
Pengerusi : Pn. Dalila binti Awang
Guru Besar

Kehadiran :

1. Pn. Dalila binti Awang


(Guru Besar)
2. En. Nadzmi bin Mahyuddin
(Penolong Kanan HEM)
3. En. Chatri a/l Sing
(Penolong Kanan KoKurikulum)
4. Pn. Athiyah binti Shuid
5. Pn. Juniza binti Hashim
6. En. Ramlee bin Hussain
7. En. Rohisyam bin Abidin
8. En. Muhammad Ridzuan bin Hj Ismail
9. Pn. Salihah binti Abd Kadir
10. En. Wan Muhammad Nizar bin Wan Pe
11. Pn. Azizah binti Hasan
12. Pn. Fauziah binti Musa
13. Pn. Hasnah binti Wahab
14. Pn. Hasniyanti binti Mohd. Hanafiah
15. En. Mohammad Sofi bin Hassan
16. Pn. Norliza binti Kadir
17. Pn. Siti @ Lebar binti Rejab
18. Cik Suraiza binti Abdullah
19. Pn. Suriany binti Idris
20. Pn. Wan Hayazi binti Wan Abdullah
21. En. Yusrizal bin Yusoff
22. Pn. Hisnawati binti Che Ishak
23. Cik. Noormila Fairus binti Bahari
24. Pn. Azlina binti Ramli
25. En. Baharin bin Md Zain
26. Pn. Idah binti Mohd Isa
27. Pn. Nor Aidazura binti Shafiee
28. Pn. Roshaniza binti Othman

1
Tidak Hadir Bersebab :
1. Pn. Nur Adila binti Mohd Fadzil (Cuti bersalin)
2. Pn Maslina binti Kamaludin (Tidak sihat)
3. Pn. Ainun Kamaliyah binti Kamarul Zaman (Kursus)
4. Pn. Jamalulhaslina binti Fuad (Kelas tambahan)
5. En. Isa bin Mat (Tidak hadir tanpa sebab)
6. Pn. Sharizah binti Abdullah (Kelas tambahan)
7. Pn. Ruzaini binti Ismail (Kursus)
8. Pn. Hartina binti Rosdi (Bapa mertua sakit)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1. Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru-guru dan staf ke
mesyuarat kali ketiga.

1.2. Mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan aktiviti atau pogram peringkat
jabatan atau sekolah yang perlu diambil tindakan segera.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU BIL 1 TAHUN 2014

2.1. Minit mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh En Mohammad Sofi bin Hassan
dan disokong oleh Pn Hasnah binti Wahab.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 3.3, Guru Besar memaklumkan tentang isu bayaran untuk menggunakan dana
1MDB telah selesai. Pembayaran penggunaan fotostat bagi tahun 2013 telah
selesai dibuat menggunakan dana 1MDB.

3.2 3.1, Guru Besar memaklumkan bahawa mesin fotostat telah ditarik balik. Guru-
guru yang ingin fotostat bahan-bahan boleh memohon bantuan En Din.
Penggunaan reso untuk bilangan yang banyak dan mesin fotostat untuk bilangan
yang sedikit.

3.3 7.3, Guru Besar memaklumkan bahawa pencalonan SK Guar Nangka sebagai
Sekolah Kluster Kecemerlangan telah dibentangkan di peringkat KPM. Oleh itu
semua guru perlu bekerjasama dan memfokuskan kepada aktiviti kebitaraan dan
perlu dilaksanakan sepanjang tahun.

3.4 7.7, Guru Besar memaklumkan bahawa pembantu pengurusan murid asrama
iaitu Pn Idah telah merangkap sebagai warden asrama. JPN memaklumkan
Jawatan PPM masih tiada dan belum dapat diisi.

2
4.0 PROGRAM KEPONG UPSR 2014

4.1. Program ini akan dilaksanakan khusus untuk murid-murid tahun 6 dan guru-guru
tahun 6 bermula pada 25 ogos 2014 5 september 2014.

4.2 Sasaran utama ialah 25 orang murid yang tidak tinggal di asrama. Kelas akan
dilaksanakan bermula jam 7.40 pagi 5.30 petang dan akan bersambung semula
dengan kelas tambahan pada sebelah malam sehingga pukul 10.00 malam.

4.3 8 orang guru tahun 6 terlibat bagi 4 subjek. 31 orang guru-guru lain akan
membantu jadual guru tahun 6 ini bagi matapelajaran elektif dan separuh teras
kelas-kelas lain.

4.4 Pengendalian solat akan dikendalikan oleh panitia agama. Pengendalian makan
murid dikendalikan oleh guru-guru lain.

4.5 Kawalan murid-murid asrama oleh penyelia dan kawalan murid yang tidak tinggal
di asrama oleh guru-guru lain.

4.6 Makan dan minum semasa program akan ditanggung oleh sekolah menggunakan
wang 1MDB.

MAKLUMAN

5.0 PROGRAM KEMERDEKAAN

5.1. Program ini perlu dilaksanakan bermula 1 Ogos hingga 16 September 2014 di
peringkat sekolah.

5.2 Program ini akan dilaksanakan di bawah panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Pn
Azizah binti Hasan dilantik sebagai setiausaha program tersebut.

5.3 Pelancaran bulan kemerdekaan peringkat sekolah akan diadakan pada


23.8.2014.

5.4 Makluman tentang Program Sambutan kayuhan Merdeka oleh murid-murid dan
guru-guru dari Sk Chuping pada 27.8.2014.

5.5 Guru Besar mencadangkan untuk menghasilkan replika merdeka. Penilaian


bermula dari 25.8.2014. hingga 12.9.2014.

5.6 Untuk kecerian sekolah dan kelas, guru-guru boleh membuat nota minta untuk
membeli barang-barang.

5.7 Guru besar mencadangkan aktiviti gotong royong sarana ibu bapa untuk
keceriaan sekolah sempena kemerdekaan pada 23.8.2014.

Tindakan :SEMUA GURU, GURU KELAS

3
6.0 PROGRAM PECUT SK SENA

6.1 Program ini dikelolakan sepenuhnya oleh SK Sena dan akan dilaksanakan pada
22 Ogos 2014 hingga 24 Ogos 2014 khusus untuk murid-murid tahuan 6 sahaja.

6.2 Seramai 53 orang murid dari SK Sena akan terlibat dan 25 orang murid dari SK
Guar Nangka.

6.3 SK Guar Nangka menyediakan tempat iaitu Asrama dan Dewan. Makanan akan
ditanggung sepenuhnya oleh Sk Sena.

6.4 Jadual tugas akan dibuat untuk semua guru SKGN bagi setiap aktiviti dan
kawalan murid sepanjang aktiviti dilaksanakan.

MAKLUMAN

7.0 PROGRAM IPGM PULAU PINANG

7.1 Program ini akan dilaksanakan oleh guru-guru pelatih IPGM (TESL) seramai 63
orang. Program akan dijalankan pada 27.8.2014 bermula dari 8.00 pagi sehingga
12.30 tengahari khusus untuk murid tahun 4 dan 5 sahaja.

7.2 Program ini akan melibatkan semua guru Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa
Inggeris.

7.3 Sambutan akan dibuat untuk meraikan kedatangan guru-guru pelatih IPGM ini
bermula dari pagar hingga ke foyer melibatkan murid prasekolah, tahun 1,2 dan 3.

MAKLUMAN

8.0 HAL-HAL LAIN

Guru Besar

8.1 Memaklumkan bahawa JPN mencalonkan SK Guar Nangka untuk Pertandingan


Imarah Surau yang akan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan J-Qaf.
Guru-guru lain juga akan dilibatkan dibawah jawatankuasa.

8.2 Duit peruntukan dibekalkan sebanyak RM 4200 bagi pertandingan tersebut.


Selain daripada itu peruntukan lebihan program hari raya juga boleh digunakan
bagi aktiviti keceriaan surau tersebut.

8.3 Memaklumkan tentang Pertandingan Projek Inovasi dibawah kelab dan


persatuan. Pertandingan ini bermula dari Feb 2014 hingga Julai 2015.
Peruntukkan yang diberi adalah sebanyak RM450.

8.4 Guru besar memaklumkan tentang saringan LINUS yang akan bermula pada
1.9.2014.

4
8.5 Makluman tentang program Protim yang akan berakhir pada 31 Ogos 2014 bagi
murid tahun 4 dan 5. (Matematik dan Bahasa Melayu).

8.6 Memaklumkan tentang Aku Janji atau Dashboard Sekolah yang mensasarkan
tentang hala tuju sekolah. Ia meliputi TOV 2013-2016 (Access, Quality dan
Equity) yang perlu dipamerkan untuk sekolah dan komuniti luar.

8.7 Guru besar mengingatkan guru-guru bahawa 2 minggu selepas peperiksaan


guru-guru perlu segera membuat markah pelaporan.

8.8 Makluman tentang aktiviti penataran PPIM yang perlu dilaksanakan di semua
sekolah bermula Julai Disember. Antara aktiviti ialah Video pendek (pdp
menggunakan kolaboratif/koperatif), menulis rencana (2000 patah perkataan) dan
melukis poster.

8.9 Makluman tentang Pasca Protim yang perlu dihantar rumusan ke JPN sebelum
30 Ogos 2014.

8.10 Makluman tentang persekolahan berganti untuk cuti sempena hari Deepavali
yang akan dilaksanakan pada 23 Ogos 2014.

MAKLUMAN

PK1 En. Chatri A/L Sing

8.8 Makluman tentang Program Kepong yang melibatkan 8 orang guru iaitu Pn.
Athiyah, Pn. Sharizah, Pn. Jamalulhaslina, Pn Noorliza, Pn Ruzaini, Pn Hartina,
Pn Juniza dan Cik suraiza.

8.9 Cik Suraiza akan menggantikan En Ramlee dalam subjek matematik kerana En
Ramlee akan menunaikan Haji.

MAKLUMAN

PK HEM En Nadzmi bin Mahyuddin

8.10 Makluman tentang pengisian borang Pelaksanaan Program Sekolah Selamat


yang perlu dihantar ke JPN sebelum 22.8.2014.

8.11 Peringatan kepada guru-guru supaya membuat laporan setiap aktiviti yang telah
dilaksanakan dan diserahkan kepada pentadbiran untuk dokumentasi.

8.12 Memaklumkan tentang aktiviti Qurban Perdana yang akan dilaksanakan bersama-
sama ibu bapa. Qurban 7 tompok ini dibuka kepada guru dan ibubapa. Setiap
individu boleh sertai Qurban untuk tompok atau sumbangan masak. Sumbangan
boleh dibuat bermula pada 19 Ogos 2014 hingga 20 September 2014 kepada En
Rohisyam atau Pn Hasnah.

5
8.13 Pn Norliza memaklumkan kepada guru-guru yang berminat untuk mendengar
taklimat Teknik Menjawab Soalan KBAT pada 20 Ogos 2014 jan 1.30 petang.

8.14 Pn Azizah memaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah memuat naik


Modul Perekodan mulai 24 April 2014 untuk kegunaan guru-guru merekod
perkembangan dan pencapaian murid dalam Pentakiran Sekolah.

MAKLUMAN

Mesyuarat ditangguhkan: 03.20 Petang

Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:

Penolong SetiausahaPentadbiran, Pn. Wan Hayazi bt Wan Abdullah

Sekolah Kebangsaan Guar Nangka. Penolong Setiausaha Pentadbiran.

You might also like