You are on page 1of 3

ASSIGNMENT iii

PENGURUSAN BENCANA ALAM & KAWAD


PILI BOMBA

NAMA = ABDUL RASHID AMIR LATIF


NO. MATRIK= 2015239052
KOD KURSUS= HBU 132
KOD PROGRAM= EH220
NAMA JURULATIH= LT. (PA) MOHAMMAD ZAMZUREE BIN HASHIM
PENGURUSAN BENCANA.
Bencana itu sendiri bermaksud sesuatu kejadian secara mengejut dengan
kehilangan nyawa , kemusnahan harta benda, alam sekitar dan menjejaskan
aktiviti masyarakat setempat.

Bencana terbahagi kepada 3 tahap;


Tahap 1- hanya di peringkat daerah dan tidak merebak ke daerah yang lain.
Tahap 2- peringkat negeri. Tahap ini bencana merebak melebihi satu daerah
dalam satu negeri .
Tahap 3- peringkat nagara. Merebak melebihi satu negeri dalam Malaysia.

Cara mengendali dan mengurus Pusat Bantuan .


Zon merah- kawasan operasi khas tempat kejadian. Agensi yang mempunyai
kepakaran khas sahaja boleh berada di kawasan ini.
Zon kuning- menempatkan pasukan khas seperti SMART , ATM, PKTK, dan lain-
lain untuk menjalankan operasiii
Zon kuning- Kawasan selamat untuk orang awam seperti ahli keluarga mangsa,
media, kaunseling, tempat rehat dan lain- lain.

Cara mengendali dan mengurus Pusat Bantuan.


Pusat Rehat atau Pusat Bantuan perlu ada ketika berlakunya bencana besar atau
peperangan yang melanda suatu kawasan. Segala bantuan seperti makanan dan
pakaian diberikan melalui Pusat Rehat sehingga mangsa dibenarkan pulang ke
rumah masing- masing. Layanan dan kecekapan pelaksanaan tugas di Pusat
Bantuan memberi impak besar kepada mangsa memandangkan emosi mangsa
yang tidak stabil. Salah satu tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai Pusat
Bantuan ialah dewan sekolah atau dewan serbaguna yang luas. Mangsa bencana
memerlukan kawasan sementara yang luas untuk berehat. Para petugas di Pusat
Bantuan perlu bertindak dengan rasional dan cekap. Antara perkara yang perlu
dilakukan ialah menyediakan kelengkapan pakaian dan makanan yang
secukupnya untuk mangsa.
Petugas juga perlu memberikan bantuan pertolongan cemas kepada mangsa
yang mengalami kecederaan. Mereka juga perlu menerima dan menjawab
soalan- soalan mangsa dengan hati yang terbuka.

Cara menyelamatkan diri daripada banjir , gempa


bumi dan rebut petir.

Banjir adalah keadaan air yang menenggelami sesuatu atau kawasan yang luas.
Sewaktu di dalam rumah, orang awam perlu bersedia dengan peralatan
kecemasan dan dengar pengumuman radio. Jika diarahkan pihak berkuasa
supaya keluar dan berpindah , sila berbuat demikian dengan segera.
Gempa bumi bermaksud suatu keadaan di mana pergerakan bumi oleh
pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi
berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi secara tiba- tiba terlepas.
Kebiasaannya , kita dapat lihat dalam bentuk geseran batu. Alat untuk mengukur
gempa bumi dipanggil Skala Richter. Kita hendaklah bersedia untuk menghadapi
gempa bumi kerana bencana ini berlaku tanpa sebarang amaran.
Ribut petir merupakan salah satu bencana alam yang sering berlaku disebabkan
oleh cuaca. Tanda tanda kejadian rebut petir akan berlaku adalah kepulan awan
gelap , besar dan tinggi. Petir dan guruh juga kelihatan dari jauh. Oleh itu kita
hendaklah ketahui cara atau bagaimanakah langkah untuk menyelamatkan diri
semasa , sebelum dan selepas kejadian rebut petir.

Teknik selamatkan diri ketika gempa bumi.

You might also like