You are on page 1of 5

KERTAS CADANGAN MINGGU SAINS

ANJURAN PANITIA SAINS


SK CHINCHIN, JASIN, MELAKA

1.0 PENDAHULUAN :

Pada tahun ini, panitia di bawah bidang Sains akan meneruskan lagi program tahunan panitia
dengan mengadakan program Minggu Sains. Program ini akan dijalankan semasa Program
Minggu Panitia SK Chinchin. Program Minggu Panitia ini menggabungkan kelima-lima panitia
iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik ,Panitia Sains dan
Panitia Pendidikan Islam. Terdapat pelbagai program yang akan dijalankan sepanjang minggu
tersebut.

2.0 MATLAMAT :

Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran Sains dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.

3.0 OBJEKTIF :

Objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk :

3.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar Sekolah Kebangsaan
dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-
aktiviti yang dijalankan.

3.2 Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat
menarik untuk dipelajari.
3.3 Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui
aktiviti yang dijalankan.

3.4 Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar

3.6 Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah tuhan menerusi
penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.

3.7 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama,
berkeyakinan dan bantu membantu.

4.0 KUMPULAN SASARAN :

Semua murid SK Chinchin (Pra sekolah, Pendidikan Khas, Tahun 1 hingga Tahun 6)

5.0 TARIKH PELAKSANAAN :

Program Minggu Panitia : 14 17 Mac 2017

14 Mac 2017 Panitia Bahasa Melayu

15 Mac 2017 Panitia Bahasa Inggeris

16 Mac 2017 Panitia Sains


17 Mac 2017 Panitia Matematik

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


PENGERUSI : En Omar Bin Ismail (GURU BESAR)
NAIB PENGERUSI 1 : Pn Azizah Bt Hj Said (GPK 1)
NAIB PENGERUSI 2 : Hj Khairul B Hj Ariffin (GPK HEM)
NAIB PEGERUSI 3 : En Kasmir B Ibrahim (GPK KOKURIKULUM)
PENYELARAS PROGRAM : Cik Nurus Syifak Bt Shuhaimi
SETIAUSAHA : Pn Razuen Bt Amat
BENDAHARI : En Abdul Rahaman B Zainudin
BROSUR : Cik Nurus Syifak Bt Shuhaimi
PERSIAPAN TEMPAT/PERALATAN : En Abdul Rahaman B Zainudin
KAWALAN MURID : Semua Guru

7.0 KEWANGAN

6.1. Anggaran Perbelanjaan Minggu Panitia Sains


Perkara Kuantiti Jumlah (RM)

1.Hadiah Pertandingan Sains

-Mari Mewarna Tempat 1 : RM 8 x 3 7.50 x3 RM 54


-Menu Makanan Berkhasiat Tempat 2 : RM 6 x 3 5.60 x3
-Di Mana Haiwan Ini Tempat 3 : RM 4 x 3 3.90 x3

-Model Jambatan Tempat 1 : RM 20 x 2 4.90 x 8


-Mini Wayang Kulit Tempat 2 : RM 16 x 2 3.90x8
Tempat 3 : RM 12 x 2 3.00x8 RM 96

-Straw Tower Tempat 1 : RM 25 4.90 x 5


Tempat 2 : RM 20 3.90 x 5
Tempat 3 : RM 15 3.00x5 RM 60

Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM 210

2.Bahan Dan Alatan untuk Straw Besar (RM 5.00 x 1 paket) RM 5.00
Magic Science Straw Kecil (RM 3.50 x 1 Paket) RM 3.50
Pita Pelekat (RM 4.50 x 1 Paket) RM 4.50
Minyak Masak (RM 2.50 x 3 Paket) RM 7.50
Tepung Jagung (RM 1.40 x 3 Paket) RM 4.20
Panadol Solubel (RM 2.20 x 3 paket) RM 6.60
Serbuk Pewarna (RM 0.80 x 3 botol) RM 2.40
Jumlah Perbelanjaan Bahan dan Alatan RM 33.70

JUMLAH BESAR RM 243.70

8.0 CADANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI

Cadangan aktiviti Sasaran Masa

1. Pertandingan Sains

-Mari Mewarna Pra Sekolah,Pend Khas & Tahun 1


-Menu Makanan Berkhasiat Tahun 2 & Pendidikan Khas
-Di Mana Haiwan Ini Tahun 3 8.00 11.00 pagi
-Model Jambatan Tahun 4
-Mini Wayang Kulit Tahun 5
-Straw Tower Tahun 6

2. Ceramah Anti Dadah (AADK Semua murid 11.00 12.00


Jasin) tengahari

3. Tayangan Movie Upin Ipin Tahap 1 12.00 1.30 tengahari


Angkasa

4. Magic Science Tahap 2 12.00 1.30 tengahari

9.0 Penutup

Dengan adanya aktiviti ini, diharap agar minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains dapat
dipertingkatkan. Kreativiti dan kemahiran berfikir murid juga diharap dapat diasah dengan lebih
tajam lagi supaya generasi kreatif dan inovasi dapat dilahirkan di masa hadapan.
Disediakan oleh , Disemak oleh ,

..
Pn Razuen Bt Amat Cik Nurus Syifak Bt Shuhaimi
Setiusaha Panitia Sains SK CHINCHIN Ketua Panitia Sains SK CHINCHIN

Disahkan oleh ,

En Omar Bin Ismail


Guru Besar SKCHINCHIN

You might also like