You are on page 1of 19
“Hiroshima Sg. Buloh” Letupan Kilang Mercun dan Bunga Api Bright Sparklers, 7 Mei 1991 NORLIZA BINTI IDRIS 710620-10-5142 JM/L1768/11 JMS 418 — Kajian Sejarah Tempatan Penyelia Tesis: Dr. Low Choo Chin Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Universiti Sains Malaysia Pusat Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Pengakuan Pelajar ‘Saya mengakui bahawa kajian ilmiah ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan — ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya dan asal bahan rujukannya. (NORLIZA IDRIS) 15 APRIL 2015 PENGHARGAAN Ihamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan limpah kurniaNya, akhimya saya berjaya menyiapkan tugasan MS 418 ini. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyiapkan tesis ini. Ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga saya tujukan buat penyelia tesis saya iaitu Dr. Low Choo Chin atas segala maklumat, bantuan, nasihat, dan bimbingan yang beliau berikan, Segalaitmn dan tunjuk ajar yang diberikan amat berguna dan amat saya hargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada abli keluarga saya yang tidak jemu-jemu memberi dorongan dan menemani saya sepanjang saya bertungkus-lumus menyiapkan tesis ini, Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada saudari Chew Lee Ling kerana sudi bertukar-tukar sumber dengan saya. Buat semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak Jangsung dalam menjayakan tesis ini, terima kaise ucapkan, Saya tidak mampu untuk membalas jasa baik dan bantuan kalian. Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tana, Budi yang baik dikenang juga. Kandungan Bab 1:Pengenalan 11 Skop Kajian 1.2 Objektif Kajian 1.3 Justifikasi Kajian 1.4 Kaedah Kajian 1.4.1 Kajian Arkib 1.4.2 Kajian Perpustakaan 1.43 Kajian Media Eloktjonik 1.5 Perkongsian Pengalaman 1.6 Pembahagian Bab Bab 2:Latar Belakang Peristiwa 2.1 Pembentangan Fakta Kes 2.2 Hiroshima Sg. Buloh: Menyelusuri Jejak 2.3. Kesimpulan Bab 3:”Hiroshima Sg. Buloh”: Apakah Puncanya? 3.1 Aduan Pekerja 3.2. Pandangan Orang Awam 3.3 Siasatan Pihak Berkuasa 3.4 Kesimpulan Muka Surat 20 21 21-22 23 if Bab 4:”Hiroshima Sg. Buloh”:Siapakah Yang Bersalah? 4.1 4.2 43 44 45 Pengusaha Kilang Pekerja Kilang Penduduk Tempatan Kerajaan Kesimpulan Bab 5:Tragedi Buruk: Pengajaran Yang Bermakna $1 5.2 53 54 5.5 Impak kepada: 5.1.1 Penduduk berhampiran 5.1.2 Pekerja kilang 5.1.3. Pemilik kilang 5.1.4 Kerajaan 5.1.5 Alam sekitar 5.1.6 Rakyat Malaysia Penubuhan Tabung Derma Bencana Pemantauan ke atas kilang mercun yang lain Pindaan Akta Bahan letupan 1957 Kesimpulan 24-25 26 26-27 27-29 29 30 30 31 31 32 32 33 34 34-35 35-36 Bab 6:Pengharaman Mercun: Suatu Tindakan Wajar 6.1 Kesan bahan kimia dalam mercun 37-38 6.2. Kes-kes lain yang melibatkan penggunaan dan penjualan mercun 39-40 6.3 Kesimpulan 41 Bab 7:Penutup 42-43 Senarai Rajah, Peta dan Carta Rajah 1: Fakta Kes tentang “Hiroshima Sg. Buloh”; Letupan Kilang Mercun dan Bunga Api Bright Sparklers. Rajah 2: Kronologi Peristiwa “Hiroshima Sg Buloh”. Peta I : Lokasi kilang Bright Sparklers dan jaraknya dengan Bandar Seri Manjalara Rajah 3: Pelan Struktur Kilang Bright Sparklers, Sungai Buloh. Carta 1: Kutipan Derma Bagi Tabung Mangsa Letupan Kilang Mercun dan Bunga Api Bright Sparklers. Peta 2 : Sebab dan Akibat daripada Penggunaan Bahan Kimia dalam Mercun. | 14 22 33 38 Senarai Singkatan UPP PDRM PPM Unit Pencegah Penyeludupan Polis Diraja Malaysia Pasukan Polis Marin vi JMS418 | 2015 BABI PENGENALAN 11 Skop Kajian Secara umumnya, Kajian Tempatan ialah pengkajian unsur-unsur sejarah setempat yang merangkumi asal-usul dan ciri-ciri masyarakat tempatan termasuk peristiwa serta tokoh tempatan. Kajian Sejarah Tempatan melibatkan perjalanan yang, dekat serta penggunaan bahan- ee atau sumber-sumber yang diperolehi daripada kawasan-kawasan setempat sclain daripada penggunaan bahan-bahan arkib, kajian lapangan mahupun melalui kaedah temubual. Dalam pengkajian sejarah tempatan yang diperincikan dalam tesis ini, penyelidik memilih sejarah tempatan yang melibatkan masyarakat yang tinggal di persekitaran sebuah kilang pembuatan mercun dan bunga api di Sungai Buloh, Selangor. Skop pengkajian dalam tesis ini menumpukan tentang tragedi bersejarah yang berlaku pada 7 Mei 1991 yang dikenali sebagai “Hiroshima Sg. Buloh”. Penyelidik mengambil pendekatan ‘sejarah dari bawah’ dengan memberi tumpuan penyelidikan ke atas kelompok yang terlibat dalam tragedi tersebut iaitu golongan pekerja kilang serta penduduk di sekitar kilang peea it bunga api Bright Sparklers di Sungai Buloh yang menjadi mangsa dalam kejadian malang tersebut. JMs418 | 2015 ik adalah tentang kejadian letupan Tumpuan peristiwa yang dikaji oleh penyel kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers yang membawa kepada perubahan pola ependudukan kawasan tersebut, perubahan kepada corak ekonomi kawasan tersebut dan impak yang lebih besar, kejadian bersejarah tersebut telah membawa kepada pindaan Akta Bahan Letupan 1957. Sebagai asas kepada kajian, penyelidik cuba menyelusuri jejak kejadian dengan menterjemah kronologi peristiwa bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tragedi. Penyelidik juga memfokuskan skop kajian terhadap faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya letupan di kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers dengan mengambil kira aduan daripada pekerja kilang tersebut, komen-kosnén dan pandangan orang awam melalui artikel dan sumber surat khabar yapg“diperolehi daripada bahan arkib serta siasatan pihak bomba bagi menentukan penyebaban bagi peristiwa tersebut. Di samping itu, penyelidik juga membuat justifikasi berdasarkan dapatan dan sumber yang berkaitan serta interpretasi beberapa pihak termasuklah orang ramai, pihak media dan pihak berkuasa dalam membuat penilaian tentang siapakah yang harus dipertanggungjawabkan atas tragedi yang meragut 26 nyawa serte_aréfcederekan 3 orang pekerja kilang tersebut. Penyelidik meluaskan skop kajian dengan berusaha meneliti dapatan daripada sumber yang diperolehi bagi mengkaji kepentingan pengharaman penggunaan mercun dan bunga api serta manfaatnya kepada orang ramai dengan merujuk kepada Akta Bahan Letupan 1957 pindaan 199) JMS418 | 2015 | 12 Objektif Kajian 1.21 1.2.2 1.23 1.24 1.2.5 Menyelusuri jejak kejadian dengan menterjemah kronologi peristiwa bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang tragedi kebakaran kilang mereun dan bunga api Bright Sparklers. Mengkaji faktor-faktor pencetus letupan kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers di Sg. Buloh, 1991 dengan merujuk kepada aduan pekerja kilang, pandangan orang awam dan siasatan pihak bomba.— Membuat justifikasi tentang siapa yang harus dipersalahkan hingga tercetusnya kejadian letupan yang telah mengorbankan 26 nyawa serta mencederakan 83 orang pekerja kilang tersebut. Menilai impak tragedi ke atas penduduk berhampiran, pekerja dan pemilik kilang, pihak kerajaan, alam sekitar serta rakyat Malaysia secara amnya. Mereliti dapatan sumber untuk mengesahkan kepentingan pengharaman penggunaan mercun dan bunga api sewaktu but perayaan serta ‘manfaatnya kepada orang ramai. Qoite MS418 | 2015 1.3 Justifikasi Kajian Penyelidik menjustifikasikan peristiwa sejarah tempatan “Hiroshima Sg. Buloh” ini amat penting untuk dikaji kerana tragedi bersejarah ini merupakan peristiwa pertama dan terbesar berlaku di Malaysia yang membabitkan bencana bahan kimia akibat Jetupan yang berlaku di kilang mercun.' Peristiwa ini turut mendapat liputan meluas oleh pihak media sama ada media eka media elektronik. Tragedi malang ini juga telah membuktikan bahawa pihak kerajaan telah mengambil berat untuk membantu ‘mangsa kejadian dengan menubuhkan tabung bantuan mangsa kebakaran. Kerajaan juga berusaha memantau dua buah kilang mercun lain yang turut beroperasi di Malaysia. Pindaan akta bahan letupan juga membuktikan kesungguhan kerajaan untuk mencegah kemalangan yang berpunca daripada penggunaan mercun daripada berlaku lagi. Di samping itu, penyclidik menyifatkan peristiwa tempatan yang dikaji ini sebagai amat menarik kerana isu yang dibawa dalam kajian ini akan mengaitkan kepada isu-isu dan persoalan-persoalan lain yang lebih Iuas. Contohnya, apabila penyelidik mengkaji tentang faktor —faktor penyebab tercetusnya letupan di kilang yang ingin dikaji, faktor tersebut akan mengaitkan pula isu tentang kilang tersebut. Pengkajian sejarah yang dibuat oleh penyelidik akan berterusan dengan timbulnya persoalan-persoalan lain yang lebih besar schingea membawa kepada pindaan Akta Bahan Letupan 1957, Hubungan kemanusiaan juga akan dapat digambarkan dengan lebih terperinci antara pemilik kilang dengan pekerjanya dan antara pihak pemerintah dengan rakyatnya, Aini, Ahmadun Fakhru’l-Razi dan Mohamed Daud, “Evolution of Emergency Management in Journal of Contingencies And Crisis Management, Volume 9, Number 1”, United Kingdom ddan Amerika Syarikat: Blackwell Publishers Ltd, 2001, hm 46. JMS418 | 2015 | Kajian sejarah tentang “Hiroshima Sg. Buloh’ iharapkan dapat menjelaskan aspek sejarah sosial bagi kawasan Sungai Buloh yang membuktikan dahulunya pernah : wujud kelompok pekerja kilang mercun dan kelompok ini bersama penduduk tempatan telah terlibat dengan sejarah besar yang menyayat hati; “Hiroshima Sg. Buloh”, 7 Mei 1991 yang turut membawa peranan ‘Sera{on. pemeriniah untuk sama-sama ‘menangani isu tersebut seterusnya telah membawa kepada pindaan akta tentang bahan letepun.? Di samping itu, penyelidik mengharapkan sejarah tempatan “Hiroshima Sg Buloh” ini berjaya didokumentasikan dalam bentuk tesis supaya setiap inci peristiwa yang berlaku mampu diingati dan dapat ee ail kini serta boleh dijadikan pengajaran moral kepada masyarakat walaupun peristiwa ini telah berlaku 24 tahun yang lalu. 1.4 Kaedah Kajian Setiap pengkajian sejarah, sumber-sumber seperti keratan surat khabar, penulisan-penulisan daripada buku serta dokumen-dokumen berkaitan perlu diperolehi sebagai bukti yang menyokong pengkajian tersebut-Oieh itu, beberapa kaedah telah digunakan oleh penyelidik dalam menghasilkéin kajian untuk tesis ini. Melalui kaedah- kaedah kajian yang digunakan, maklumat-maklumat penting dianalisa secara diskriptif bagi mencari jawapan kepada masalah atau persoalan kajian yang ditimbulkan. Penyelidik telah menapis semula semua sumber sekunder yang diperolehi supaya kajian ‘yang dihasilkan bersifat saintifik. 2 New Straits Times, “Explosives: Offences and Penalties Spelt Out in Act”, 9 Mei 1991, him 5. JMS418| 2015 1 Kajian Arkib Antara kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam menghasilkan tesis ini ialah kaedah kajian arkib. Penyelidik telah berkunjung beberapa kali ke Arkib Negara Malaysia di Kuala Lumpur ‘mengumpul sumber-sumber yang berkaitan dengan tajuk kajian, one berjaya memperolehi keratan- keratan ahkbar Berita Harian, Harian Metro dan akhbar New Straits Times yang cukup banyak melaporkan tentang kejadian “Hiroshima Sg. Buloh” ini. Selain itu, penyelidik juga berjaya memperolehi maklumat tentang peristiwa yang dikaji melalui artikel dalam majalah Infiniti Edisi 36, Walaupun penyelidik tidak berkesempatan untuk mengunjungi Arkib Negeri Kedah, penyelidik telah mengambilpeluang untuk bertukar-tukar sumber dengan akan yang turut ‘mengkaji peristiwa yang sama, Sumber-sumber yang diperolehi seperti surat- surat rasmi kerajaan serta bahan temubual daripada siaran berita televisyen banyak membantu penyelidik menghasilkan tesis ini 1.4.2 Kajian Perpustakaan Kaedah kedua yang digunakan untuk menghasilkan tesis ini ialah kaedah kajian perpustakaan, Melalui kaedah ini, penyelidik dapat mengumpul ‘maklumat penting seperti buku-buku, itan-penerbitan rasmi kerajaan dan akta-akta kerajaan yang ada kaitan dengan tajuk kajian. Langkah-langkah yang diambil ialah mengkaji akta-akta yang berkaitan dengan penggunaan bahan Jetupan, penggunaan tenaga buruh di bawah umur serta akta yang berkaitan dengan tanggungjawab majikan atas keselamatan pekerja-pekerja di tempat kerja. Dalam menjalankan kajian ini, pembacaan dan penyelidikan dijalankan di 6 Jms418| 2015 Perpustakaan Hamzah Sendut Universiti Sains Malaysia, Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam dan beberapa buah perpustakaan sekolah di Klang dan Kuala Langat. Melalui kaedah Perpustakaan ii pényelidik dapat mengumpul banyak maklumat, Semua bahan dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dianalisis dan dijadikan sebagai sumber rujukan bagi menghasilkan penulisan tesis ini, 1.4.3 Kajian Media Elektronik Penyelidik juga telah menggunakan kaedah media elektronik untuk memperolehi sumber bagi menghasilkan penulisan tesis ini, Walau bagaimanapun, sumber-sumber yang diperolehi tidak diterima begitu sahaja sebaliknya ditafsir bagi tujuan menguji ketulenan dan kebenaran fakta yang ditemui. Penyelidik inenghatan penearian sumber melalui kaedah ini dengan memilih hanya portal atau laman web rasmi kerajaan sahaja seperti laman web Kementerian Dalam Negeri, portal Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk memastikan sumber yang diterima adalah sahih dan diperakui kebenarannya. Selain itu, melalui kaedah ini juga, penyelidik berjaya mendapatkan sumber yang berupa jumal tentang bencana akibat letupan dan kebakaran. Penyelidik juga telah membuat salinan siaran berita TV3 tentang kejadian letupan kilang bunga api dan mercun ini dan disimpan dalam vet as padat. Kesemua sumber yang diperolehi melalui kaedah ini digunakan bagi membantu pengkajian dan penulisan tesis penyelidik. JMS418 | 2015 | 15 Perkongsian Pengalaman “Apa-apa yang mudah untuk didapatkan akan mudah untuk disesalkan, Apa- apa yang memerlukan perjuangan untuk didapatkan, akan sulit untuk dilupakan.” Berpegang kepada kata-kata hikmah ini, penyelidik bermotivasi dan sentiasa berusaha mendapatkan sumber walaupun ada kalanya penyelidik menghadapi kesukaran dalam melaksanakan tugas penyelidikan dan penghasilan tesis ini, Dalam usaha pencarian sumber di Arkib Negara Kuala Lumpur, penyelidik terpaksa meminta bantuan suami tercinta untuk membawa penyelidik ke sana kerana penyelidik tidak berani untuk memandu bersendirian ke Kuala Lumpur walaupun jaraknya hanya 38.6 km sahaja dari kediaman penyelidik. Setiap detik yang dilalui oleh penyelidik di Arkib Negara dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari sumber kajian. Pengorbanan penyelidik berbaloi kerana penyelidik berjaya memperolehi banyak sumber seperti keratan akhbar tentang peristiwa letupan kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers yang berguna untuk pengkajian tesis penyelidik. Walau bagaimanapun, penyelidik terpaksa menanggung kos yang agak tinggi untuk mendapatkan salinan fotokopi sumber-sumber tersebut. Selain itu, penyclidik telah mengambil peluang untuk mendapatkan sumber daripada buku-buku dan akta-akta rasmi kerajaan di Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia oe intensif berlangsung. Penyelidik juga telah ‘mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia; Dr. Low Choo Chin. Beliau telah memberikan komitmen yang tinggi kepada pelajar yang di bawah seliaannya sehinggakan beliau sanggup bersama-sama mencari sumber dan bahan yang diperlukan untuk kajian penyelidik. Dr. Low telah membantu penyelidik mencari dan mencetak 8 JMS418 | 2015 jumal tentang peristiwa yang sedang dikaji. Penyelidik amat menghargai jasa dan bimbingan beliau. WK casing A, YEU telah mengambil yeluang, untuk ertuksr-tukar sumber dengan rakan yang turut berada di bawah seliaan pensyarah yang sama juga rmcupiaji peiriwa yang sera iaitr-Teasi Chew Lee Ling. Oleh keruos racan, penyelidik menghadapi kesukaran untuk ke Arkib Negara Kuala Lumpur, dia tidak mendapat sumber yang banyak daripada keratan surat khabar dan majalah, Penyclidik telah memberikan sumber penyelidik untuk dibuat salinan dan dia telah memberikan sumber surat rasmi yang diperolehi dari Arkib Kedah untuk dibuat salinan kepada penyelidik. Dapatan sumber ini banyak membantu penyclidik_untsk menghasilkan penulisan kajian. ‘Tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri yang perlu mengurus hal keluarganya, sebagai seorang pentadbir yang perlu mengurus aktiviti Kokurikulum di sekolahnya, juga sebagai mahasisfua yang perlu menjalankan kajian bagi keperluan kursus pengijazahannya, kadangkala terasa amat berat untuk dipikul, Walaupun penyelidik menghadapi masalah dalam pengagihan masa, penyelidik telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tesis ini. Penyelidik merancang sekurang- kurangnya enam jam seminggu terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad untuk menyiapkan tesis ini. Masalah ‘ketandusan idea’ telah menyekat pefiyel pengkajiannya. Walau bagaimanapun, penyelidik tidak pernah berputus asa kerana bagi penyelidik, “Jangan pernah berputus asa jtka menghadapi kesulitan kerana setiap titis air hujan yang jernih adalah berasal daripada awan yang gelap.” JMs418| 2015 | 1.6 Pembahagian Bab Bab 1: Pengenalan Penyelidik memulakan penulisan tesis dengan bab Pengenalan. Dalam bab ini, penyelidik menyatakan dengan jelas skop kajian yang merangkumi peristiwa tempatan dan tempoh masa peristiwa yang ingin dikaji. Penyelidik juga mencatatkan objektif kajian supaya penyelidikan lebih berfokus. Dalam bab ini juga, penyelidik mengutarakan justifikasi kajian yang disifatkan oleh penyelidik sebagai peristiwa tempatan yang amat menarik untuk dikaji kerana peristiwa ini merupakan peristiwa julung kali berlaku yang membabitkan letupan besar di tempat kerja. Penyelidik telah menggunakan tiga kaedah kajian dalam penghasilan tesis dan penerangan tentang kaedah kajian ini turut tercatat dalam bab ini. Selain itu, penyelidik turut menceritakan pengalaman ketika membuat kajian bertujuan untuk dikongsi bersama dengan pembaca tesis ini. Sinopsis setiap bab juga turut ditulis dalam sub-topik bab ini. Bab 2: Latar Belakang Peristiwa Dalam bab ini, penyelidik membentangkan fakta kes yang tertera tarikh kejadian, waktu kejadian, jumlah mangsa yang maut dan cedera serta jumlah kutipan tabung bantuan bagi kemalangan tersebut dalam bentuk rajah. Kemudian, penyelidik menyelusuri jejak pei” bran kronologi peristiwa yang bermula pada 7 Mei 1991 iaitu tarikh bermulanya peristiwa yang dikaji sehinggalah berlanjutan kepada 13 Mei 1991 iaitu hari ‘Operasi Buloh’ dilancarkan, Dalam bab ini juga, penyelidik menceritakan dengan lengkap 10 JMS418 | 2015 | tentang tragedi letupan kilang mercun dan bunga api Bright Sparklers yang | diterjemah setelah menganalisis kesahihan sumber yang diperolehi. Bab 3: “Hiroshima Sg. Buloh”: Apakah Puncanya? Setelah penyelidik mendapat gambaran sebenar tentang kejadian “Hiroshima Sg. Buloh”, penyelidik turut mengkaji faktor-faktor yang menjadi pencetus kepada kejadian letupan tersebut. Dalam bab ini, Penyelclk penginarakan kenyataan daripada pekerja kilang yang terlibat secara Jangsung dalam kejadian letupan itu. Selain itu, penyelidik juga mengkaji pandangan orang awam_berdasarkan sumber surat khabar yang diperolehi dari Arkib Negara, Untuk mendapatkan ketepatan bukti, penyelidik turut menganalisa siasatan pihak bomba dalam kejadian tersebut. Berdasarkan dapatan daripada sumber-sumber yang telah dikaji dengan terperinci, penyelidik telah membuat kesimpulan tentang punca sebenar yang mengakibatkan berlakunya kebakaran dan letupan kilang tersebut dengan mengambil kira pandangan orang awam, aduan para pekerja dan siasatan Jabatan Bomba. Bab 4: “Hiroshima Sg. Buloh”: Siapakah yang Bersalah? Apabila penyelidik telah dapat mengesan punca sebenar berlakunya letupan, persoalan-persoalan lain pula timbul menyebabkan penyelidik terus mengkaji dan berjaya_membuat pertimbangan tentang siapa yang _harus dipertanggungjawabkan schingga berlakunya’ejadian tersebut. Dalam bab ini, penyelidik membuat interpretasi berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi dengan membuat perkaitan antara tanggungjawab majikan, pekerja, penduduk tempatan dan juga pihak kerajaan dengan beberapa akta kerajaan eee JMs418| 2015 yang telah digubal mahupun telah dibuat pindaan seperti Akta Bahan Letupan 1957, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994 dan pindaan 2002, Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja yang dikeluarkan oleh Unit Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Kesihatan Malaysia serta Undang- Undang dan Peraturan-Peraturan Pengambilan Pekerja di Malaysia. Berdasarkan dapatan tersebut, penyelidik telah membuat justifikasi tentang re sia yong harus dipersalahkan atas kejadian tersebut. Bab 5: Tragedi Buruk: Pengajaran yang Bermakna Dalam bab 5 ini, penyelidik cuba melihat impak tragedi ke atas penduduk berhampiran, pekerja dan pemilik kilang, pihak kerajaan, alam sekitar serta rakyat Malaysia secara amnya. Impak yang lebih jelas dilihat adalah dari segi negatif iaitu kemusnahan tempat tinggal, kehilangan nyawa, pencemaran alam sekitar mahupun kerosakan harta benda. Walau bagaimanapun, penyelidik cuba memberi tafsiran impak dari segi positif. Tragedi buruk yang menimpa masyarakat Kampung Baru Sungai Buloh ini telah meningglkan kesan yang begitu bermakna dan berguna kepada semua pihak” yang terlibat, Warga Malaysia dan pihak kerajaan menjadi lebih prihatin dengan mewujudkan tabung bagi mengumpul dana untuk membantu mangsa-mangsa tragedi. Selain itu, kesungguhan kerajaan untuk menangani permasalahan ini juga dapat

You might also like