You are on page 1of 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI, 59990 KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


AMBILAN JUN 2013
SEMESTER 8

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


DALAM PENDIDIKAN KHAS
PKU3143

NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN

NURDIANA BINTI YUNUS 850428-10-5278

KUMPULAN : PISMP 8C
MAJOR: PENDIDIKAN KHAS
PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN MAGESWARI MARIE
TARIKH HANTAR: 10 MAC 2017
ISI KANDUNGAN
````````LDL,,,,,,,,,K,,,,,,,,,,,,,M, N
HNHHHHHBN
1.0 KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SERTA TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS (GPKPK).....3

2.0 ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU PENOLONG KANAN
PENDIDIKAN KHAS......................................................................................................7

3.0 PENUTUP...................................................................................................................10

4.0 RUJUKAN....................................................................................................................11

2
1.0 KONSEP PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SERTA
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG
KANAN PENDIDIKAN KHAS (GPKPK)

Pengurusan dan Pentadbiran merujuk kepada proses perancangan,


penyusunan,pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan semua-sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi
Pentadbiran atau pengurusan sangat penting dalam sesebuah organisasi. Hal ini
kerana pentadbiran dan pengurusan yang akan menggerakkan organisasi untuk
mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Pengurusan dan pentadbiran yang
cekap akan memudahkan organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Sekolah sebagai organisasi pendidikan juga tidak terkecuali daripada pengurusan
dan pentadbiran. Pengurusan dan pentadbiran sekolah juga tidak banyak berbeza
dengan organisasi lain.

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)mempunyai sistem pengurusan dan


pentadbiran yang berbeza dengan kelas aliran perdana di sekolah. Pengurusan dan
pentadbiran PPKI yang berbeza dengan pentadbiran sekolah bertujuan untuk
meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan pentadbiran untuk mengawal dan
mentadbir PPKI dengan lebih baik dan tidak terganggu dengan kelas aliran perdana.
Satu jawatankuasa yang diketuai oleh guru besar perlu dibentuk bagi memudahkan
pengagihan tugas kepada guru-guru pendidikan khas.Ahli-ahli Jawatankuasa
termasuk guru kelas, guru matapelajaran, guru kokurikulum, guru disiplin, guru stok,
guru keceriaan dan guru bertugas mingguan.

3
PNP
eae
ni
n
gbgb
a
eP
s
re
iun
hsg
aie
rt
u
s
i
1
Rajah 1: Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Program Pendidikan Khas Di Sekolah

Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK), dan


Penyelaras Program Pendidikan Khas merupakan barisan kepimpinan yang akan
mengendalikan pentadbiran dalam organisasi sekolah.Pentadbir akan merancang
dan menyusun strategi bagaimana untuk mentadbir program pendidikan khas
integrasi serta mengarah dan mengawal program pendidikan khas seperti yang
dikehendaki oleh pentadbir. Ahli-ahli jawatankuasa yang berada dibawah pentadbir
akan berperanan untuk membantu pihak pentadbir untuk melaksanakan pelbagai
rancangan dan program-program dalam usaha program pendidikan khas integrasi
untuk mencapai matlamat visi dan misi yang telah ditetapkan.
Dalam usaha mencapai visi dan misi pendidikan khas, komitmen yang tinggi
diperlukan dari para pentadbir dan guru-guru pendidikan khas.

Beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi melicinkan lagi pentadbiran program


pendidikan khas Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut ialah jawatankuasa kurikulum
pendidikan khas,jawatankuasa program inklusif dan jawatankuasa disiplin pendidikan
khas. Penubuhan jawatankuasa itu bertujuan untuk menyelia pelaksanaan program-
program yang berkaitan.

Bagi melicinkan lagi pentadbiran,terdapat beberapa perkara yang perlu


dilaksanakan. Pertama, mesyuarat jawatankuasa pendidikan khas perlu diadakan
sebanyak 4 kali setahun dan perlu difailkan jawatankuasa pendidikan khas.
Mesyuarat ini penting untuk memastikan kesemua ahli jawatankuasa melibatkan diri
secara aktif dalam setiap perancangan dan pelaksanaan program yang dirancang
untuk program pendidikan khas. Mesyuarat juga penting untuk memaklumkan
kepada semua ahli jawatankuasa dan pentadbir mengenai maklumat-maklumat
terbaru serta membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi
permasalahan yang timbul. Bagi mensyuarat dengan para ibubapa murid pula,
mesyuarat itu perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun. Mesyuarat ini bertujuan untuk
menjalinkan hubungan dengan ibubapa disamping memaklumkan kepada mereka
maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan anak mereka dan sekolah.

Penyelaras Program Pendidikan Khas memainkan peranan yang besar sebagai guru
yang menjadi tunjang utama menggerakkan program pendidikan khas. Penyelaras
yang dipilih perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut iaitu:

Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pendidikan khas


Daya kepimpinan
Perwatakan
Komitmen atau kesungguhan
Sokongan dari guru-guru pendidikan khas yang lain serta Sokongan dari pihak
pentadbir sekolah

5
Penolong penyelaras pendidikan khas juga dilantik bagi membantu penyelaras
pendidikan khas. Beza antara penolong penyelaras dengan penyelaras ialah
penyelaras akan diberi surat lantikan manakala penolong penyelaras tidak diberi
surat lantikan.

Selain itu, beberapa pentadbiran umum juga perlu dilaksanakan. Antaranya ialah,
membentuk dan menggerakkan jawatankuasa pendidikan khas sekolah,
menganggotai jawatankuasa kurikulum, kokurikulum dan kewangan peringkat
sekolah,menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru
pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu perjalanan aktiviti kelas
pendidikan khas sepanjang tahun, memberita taklimat kepada pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas,menyampaikan
maklumat dan dapatan mesyuarat penyelaras bersama dengan ketua unit
pendidikan khas, Jabatan pelajaran negeri kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-
guru pendidikan khas, memastikan fail-fail kelas pendidikan khas yang berkaitan
diwujudkan dan sentiasa dikemaskini. Guru-guru pendidikan khas juga perlu
menjalankan pengurusan kewangan pendidikan khas ,pengurusan kelas
,pengurusan jadual waktu, dan pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran.
Bendahar imemainakan peranan penting dalam pengurusan kewangan. Bendahari
perlu Menyediakan penyata akaun untuk merekodkan kemasukan dan pengeluaran
wang dari tabung kelas pendidikan khas, mengemaskini akaun tabung kelas
pendidikan khas pada setiap hujung bulan dan membentangkan kedudukan
kewangan tabung kelas pendidikan khas dalam setiap mesyuarat Jawatankuasa
Pendidikan Khas dan mesyuarat Jawatankuasa Panitia Pendidikan Khas.
Pengurusan kelas pula melibatkan keceriaan dan kebersihan kelas serta
memastikan kelas dibuka dan ditutup pada waktunya sepanjang waktu
persekolahan. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran pula berkaitan dengan
rekod prestasi murid-murid dan mengenalpasti murid-murid yang layak untuk
mengikuti program inklusif .Pentadbiran program pendidikan khas juga melibatkan
pendaftaran masuk murid pendidikan khas yang baru ,pertukaran murid,dan
Pertukaran dari Kelas Aliran Perdana ke Kelas Pendidikan Khas.
2.0 ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS

Aspek pembangunan fizikal di sekolah yang tidak mengikut keperluan murid


pendidikan khas juga dilihat sebagai isu oleh Guru penolong kanan pendidikan khas
(GPKPK). Secara fizikalnya isu yang boleh dilihat adalah masalah ruang. Ruang
yang diperuntukan adalah satu baris blok bangunan sekolah di mana setiap satu
kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempatkan dua buah kelas yang
setiapnya terdiri daripada lapan hingga sebelas orang murid. Bilangan murid dalam
satu kelas adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran yang mana ada diantara mereka mengalami masalah
Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi. Murid murid seperti ini memerlukan satu
ruang yang agak luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi serta
perubahan tingkah-laku mereka. GPKPK juga menyatakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, ruang yang terhad sedikit sebanyak membataskan
bukan sahaja pergerakaan murid malah pergerakkan guru. Batasan pergerakkan ini
tidak memberi ruang dan peluang kepada murid untuk melakukan aktivit pergerakkan
dalam bilik darjah. Contohnya, guru ingin membuat pertandingan secara
berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi matematik di papan putih. Aktiviti seperti
ini bukan sahaja menyeronokkan murid kerana murid perlu bergerak tetapi meriah
dengan sorakkan rakan lain.

Masalah lain yang timbul ekoran daripada isu ruang terhad ialah gangguan
pembelajaran dari kelas/kumpulan lain dalam bilik darjah yang sama. Tumpuan guru
tidak hanya kepada murid yang sepatutnya guru ajar pada waktu itu, malah guru
terpaksa memberi perhatian juga kepada kelas/kumpulan murid lain dalam bilik
darjah tersebut sekiranya guru yang sepatutnya lewat atau tidak masuk mengajar.
Selain itu, gangguan juga berlaku apabila kedua-dua guru mengajar murid masing
masing pada masa yang sama apatah lagi apabila melibatkan bahan bantu mengajar
seperti radio atau alat muzik. Dan ini juga menyebabkan tumpuan murid bukan
sahaja kepada guru di dalam kelas tetapi juga guru di sebelah atau meraka akan
bermain dan berkomunikasi dengan rakan sebelah meja. Bagi mengurangkan
gangguan ganguan seperti di atas, guru akan membawa murid ke bilik lain

7
sekiranya guru akan menggunakan radio atau alat muzik atau ingin melaksanakan
aktiviti permainan.

Isu kekurangan guru juga menjadi cabaran yang perlu dihadapi oleh GPKPK.
Masalah ini disebabkan oleh penambahan murid pendidikan khas dari masa ke
semasa. Oleh kerana itu seorang guru perlu mengajar lapan hingga sebelas murid
dalam satu kelas bagi mengurangkan masa pengajaran guru dalam masa sehari. Ini
sangat membebankan guru-guru pendidikan khas. GPKPK mengambil langkah
membuat penambahan kelas di dalam sistem maklumat murid bagi membuka mata
pihak yang berkaitan untuk menghantar guru secepat yang mungkin bagi mengatasi
masalah ini.

GPKPK juga memberitahu tidak mendapat sokongan daripada pihak


pentadbiran hal ini kerana pihak pentadbir mengakui kecemerlangan akademik
sangat penting dalam melonjakkan prestasi sekolah secara keseluruhannya. Namum
demikian kadangkala pihak pentadbiran terlupa bahawa kecemerlangan boleh
datang dalam pelbagai rupa bukan hanya fokus kepada akademik sahaja. Persepsi
negative melingkari keseluruhan Program Pendidikan Khas Integrasi. Pihak sekolah
selalu menuding jari kepada guru-guru Pendidikan Khas kerana gagal melahirkan
murid-murid yang boleh manaikkan nama sekolah. Malahan menganggap kehadiran
mereka tidak memberi makna dalam kepimpinan mereka.

Guru Besar dan pentadbir lain sedikit sebanyak telah dimaklumkan mengenai
program Integrasi ini. Malahan pihak Jabatan Pelajaran Negeri sentiasa
menyebarkan maklumat melalui seminar dan mesyuarat di peringkat daerah dan
negeri. Namun begitu masih ada dalam kalangan mereka sengaja tidak mahu faham
dan memberi tanggapan negatif kepada guru-guru Pendidikan Khas. Malahan
mereka sanggup meminta guru Pendidikan Khas meninggalkan kelas mereka dan
menggantikan guru yang tidak hadir di kelas aliran perdana. Anggapan bahawa
murid-murid Pendidikan Khas tidak penting kerana bilangan mereka sedikit dalam
satu kelas jika dibandingkan dengan aliran perdana.
Pihak pengurusan sekolah juga sering menyalahgunakan peruntukan
kewangan Pendidikan Khas. Kemudahan kemudahan yang sepatutnya diutamakan
dalam kelas Pendidikan Khas diabaikan. Kebijaksanaan pihak pengurusan
menggunakan peruntukan tersebut mengikut peraturan-peraturan kewangan tanpa
ada keraguan. Tetapi sebenarnya wang yang diperolehi tidak digunakan untuk
Pendidikan Khas. Berbagai-bagai aktiviti dan projek mega yang dijalankan dengan
menggunakan peruntukan Pendidikan Khas. Murid-murid Pendidikan Khas yang
terencat akal ini tidak perlu berbelanja banyak kerana ianya tidak mendatangkan
hasil kepada kecemerlangan sekolah.

Pihak pengurusan sekolah juga memberikan layanan kelas kedua kepada


program inklusif kerana mereka bimbang tidak dapat mencapai target seperti yang
diharapkan sekiranya murid-murid Pendidikan Khas menduduki peperiksaan awam.
Kebanyakan mereka sukar menerima hakikat bila ada murid Pendidikan Khas yang
lebih baik daripada murid aliran perdana. Mereka sukar menerima jika ada murid
Pendidikan Khas yang boleh mengambil peperiksaan UPSR. Bimbang sangat
prestasi sekolah akan jatuh hanya semata murid Pendidikan Khas menduduki
peperiksaan. Sedangkan selama ini prestasi sekolah tidaklah cemerlang mana pun.

Selain daripada itu pihak sekolah memberikan beban tugas yang sangat berat
kepada guru-guru Pendidikan Khas. Ini semua hanya kerana bilangan muridnya
sedikit dan keadaan murid tersebut menyebabkan mereka merasakan murid
Pendidikan Khas ini tidak perlu diajar dengan bersusah payah. Oleh sebab itu tugas
membawa murid keluar dalam aktiviti kokurikulum semuanya terbeban atas bahu
guru Pendidikan Khas. Kesannya mereka selalu tinggalkan kelas dan lebih fokus
kepada tugas lain. Sedangkan mereka lupa bahawa mereka telah dibayar elaun lebih
untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas. Dalam hal pentadbiran ini GPKPK
merancang serta mengadakan kursus untuk pihak pentadbiran dan guru-guru aliran
perdana bagi memantapkan lagi ilmu dan pengetahuan mereka tentang bidang
tugas guru pendidikan khas contohnya semasa LADAP disekolah GPKPK
mengadakan bengkel Kenali Insan Istimewa selain daripada itu mereka jalankan
program usahasama bersama warga PPKI.

9
3.0 PENUTUP

Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini adalah guru dan pentadbiran
sekolah merupakan peranan yang paling utama dalam meningkatkan pencapaian
murid berkeperluan khas. Ini kerana kedua pihak ini harus berganding bahu dalam
menjayakan setiap program yang dijalankan oleh mereka.
Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting dalam
meningkatkan pencapaian murid bekerpeluan khas ini kerena merekalah yang
mengajar dan mendidik murid-murid mereka. Guru pendidikan perlu sentiasa
meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar dapat
meningkatkan keberkersanan sekaligus meningkatkan pencapaian murid pendidikan
khas.
Walaupun perana guru pendidikan khas itu penting, pihak pentadbiran juga
merupakan asset yang besar dalam usaha meningkatkan pencapaian murid
pendidikan khas. Ini kerana pihak pentadbiran sekolah lah yang menguruskan
peruntukan wang dan meluluskan segala program yang dirancangkan oleh guru-guru
pendidikan khas. Dengan sokongan penuh pihak pentadbiran, maka pencapaian
murid pendidikan khas dapat di tingkatkan dengan lebih berkesan lagi.
Oleh yang demikian, kedua-dua pihak guru dan pentadbiran sekolah perlulah
berkerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid pendidikan khas agar mereka
dapat menjadi insan yang Berjaya seperti insan-insan lain.
4.0 RUJUKAN

Mohd. Sharani Ahmad (2006) Mengurus Kanak- Kanak yang Susah Belajar, Penerbit
PTS Profesional
K.A Razhiyah (2005) Siri Pendidikan Khas Menjadi Guru Pendidikan Khas ,Penerbit
PTS Profesional
Sonia Blandford (2009) Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah,
Terjemahan Bahariah Yusuf, Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Roald F. Campbell, John E. Corbally, Raphael O. Nystrand (2008) Pengenalan
Pentadbiran Pendidikan, Terjemahan Abdul Rahman Md. Aroff, Zaidatol
Akmaliah Lope Pihie, Habibah Elias, Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Zaidatol Akamaliah Lope Pihie (2005) Pentadbiran Pendidikan , Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
Zaidatol Akamaliah Lope Pihie & Foo Say Fooi (2003) Pengurusan & Kepimpinan
Pendidikan, Satu Langkah Ke Hadapan ; Penerbit Universiti Putra Malaysia

11

You might also like