You are on page 1of 4

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSAM JAWA


45700 BUKIT ROTAN, K. SELANGOR,
SELANGOR DARUL EHSAN.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS


BILANGAN 01 TAHUN 2016

Tarikh : 12 JANUARI 2016

Masa : 3.00 PETANG

Tempat : MAKMAL SAINS SKAJ

Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. En. Nizamuddin b. Hj. Abdul Majid Guru Besar ( Pengerusi )


2. En. Nor Affendi b. Mohd. Ghazy Guru Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn. Hjh. Isah bt Hj. Bappu Guru Penolong Kanan HEM
4. En. Syofan Azli b. Abd. Rahim Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
5. Pn. Che Sabariah bt Yaakob Guru Bimbingan & Kaunseling
6. Pn. Nur Azwani bt Ahmad Ketua Panitia Sains
7. Pn. Suryati bt Ismail Guru Sains
8. En. Izdihar b Mohamad Guru Sains
9. En. Jaafar b Jais Guru Sains

Turut Hadir

- Tiada

Tidak Hadir (Bersebab)

- En. Mohd. Kamal Azizi b Abdul Aziz Setiausaha Panitia Sains


-
Urus Setia Mesyuarat :

1. Pn. Nur Azwani bt Ahmad Ketua Panitia Sains

m/s 1
1 PERUTUSAN PENGERUSI ( EN. NIZAMUDDIN B. HJ. ABDUL MAJID )

1.1. Bacaan Al-Fatihah.

1.2. Mengucapkan ribuan terima kasih di atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh
semua guru di sekolah ini.

1.3 Pengerusi menyentuh mengenai Fokus 2016 iaitu dengan melihat bagaimana panitia
mengatur strategi untuk melihat kemenjadian murid berhasil.

1.4 Dalam strategi meningkatkan kecemerlangan pelajar, Pengerusi berharap sekurang-


kurangnya semua murid lulus dengan gred c.

1.5 Kaedah dan strategi yang menarik perlu digunakan untuk menarik minat murid dalam
pdp disamping dapat meningkatkan kehadiran murid kesekolah dan mengurangkan
masalah disiplin.

1.6 Pengerusi juga menyentuh mengenai aspek-aspek yang perlu dibincangkan dalam
mesyuarat panitia.

1.7 Penulisan RPH perlu mengikut panitia masing-masing.Panitia perlu selaraskan


elemen-elemen yang penting yang perlu dimasukkan dalam penulisan tersebut

1.8 Perancangan strategik perlu dilihat keberhasilannya setiap tahun dimana program yang
telah dirancang adakah mencapai objektifnya dan perlu diteruskan atau digugurkan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Setiausaha Panitia telah membentangkan minit mesyuarat kali ketiga.
Cadangan : En. Mohamad Izdihar b Mohamad
Sokongan : Pn. Suryati bt Ismail

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
.- TIADA

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Perkara berkaitan kurikulum (En. Nor Affendi b. Ghazy)


4.1.1 Pemantauan Pegawai PPD pada 14 Januari 2016
Ketua panitia perlu bersedia dengan melengkapkan DSKP dan RPT tahun 6
dan mengemaskini rekod-rekod terkini di dalam fail panitia.
Tindakan : Ketua Panitia

4.1.2 Buku Rekod MMI


Ada segelintir guru diwaktu pertama terutama untuk matapelajaran Pendidikan
Jasmani tidak menandatangani buku tersebut. Beliau berharap perkara ini
dapat diperbaiki
Makluman

4.1.3 Kajian Tindakan


Setiap Panitia perlu mencari satu isu yang boleh dibuat kajian tindakan untuk
membantu langkah- langkah intervensi.

m/s 2
Makluman

4.2. Kewangan
Perlu buat perancangan awal tentang pembelian keperluan untuk pdp murid dan
berbelanja secara berhemah

4.3 DSKP, RPT dan RPH adalah selaras dan perlu lengkap dengan elemen-elemen yang
perlu ada.

4.4 Bilik Sains


Pn.Nur Azwani mencadangkan aktiviti gotong royong bagi membersihkan dan
mengelaskan bahan-bahan mengikut keperluan keberadaannya di Bilik Sains.

4.5. Latihan Dalaman Panitia/KPS


4.5.1 Pn. Suryati mencadangkan diadakan pendedahan dalaman mengenal
pembolehubah diperingkat panitia kerana beliau masih baru dalam subjek Sains.

Tindakan: Ahli panitia yang berminat

4.5.2 Pn. Hjh Isah mencadangkan pihak panitia menyediakan parameter bagi membina
pembolehubah yang pelbagai bagi mudahkan murid menjawab Kertas 2 Sains.

Tindakan: Ahli panitia


4.6 Bulan Pusat Sumber
4.6.1 Akan dijalankan pada bulan April dengan kolaboratif bersama PSS
4.6.2 Pn. Nur Azwani mencadangkan demontrasi eksperimen terbaik dipersembahkan
ditapak perhimpunan untuk program Bulan Sains.

5 HAL-HAL LAIN

5.1. Pn. Nur Azwani mengingatkan semua ahli panitia agar melaksanakan pdp abad 21 dalam
matapelajaran Sains.Pelbagai kompenan dan kaedah abad 21 yang boleh guru pelbagaikan.

Makluman

6 PENUTUP

Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang amat
berdedikasi dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab di sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Urus Setia
Panitia Sains
SK Assam Jawa
Tarikh : 12 JAN 2016

m/s 3
m/s 4

You might also like