You are on page 1of 4

Maka kelas ini diadakan bagi membantu kalian buka akaun, menjawab 6 persoalan

yang sering ditanyakan:

1. Apa itu sebenarnya pelaburan saham ?


2. Bagaimana nak bermula ?
3. Modal beli saham banyak mana ?
4. Hukum beli saham
5. Selamat ke melabur saham ?
6. Bagaimana nak buat untung ?

Siapakah kalian ?

1. Beginner; belum ada akaun CDS


2. Intermediate; sudah buka akaun CDS dan pernah beli antara 0-5 syarikat
3. Advance; dah beli lebih dari 5 syarikat

8 Panduan Asas Pelaburan Saham

Zuraida Zakaria May 21, 2016


PELABURAN saham syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia boleh menjadi
untung atau rugi.
Sesuatu perniagaan atau pelaburan tidak dinafikan mempunyai risiko.

Maka, pelabur dan pedagang saham perlu mempunyai ilmu serta membuat kajian dan
analisis saham sama ada berdasarkan kaedah analisis teknikal ataupun fundamental.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikkan sebagai garis panduan di dalam
pelaburan saham iaitu:

1. Sebelum Memulakan Pelaburan


Anda perlu mempunyai pengetahuan tentang asas-asas saham. Asas saham ini ialah
perkara-perkara asas seperti bagaimana memasukkan modal pelaburan ke akaun
amanah (trust account) setelah anda membuka akaun CDS dan akaun urus niaga,
bagaimana melakukan urus niaga di atas talian, memahirkan diri menggunakan
platform urus niaga serta memahami item-item yang tertera di skrin komputer.
2. Sebelum Membuat Keputusan Saham Syarikat Apa Yang Boleh Dibeli
Anda perlu terlebih dahulu melihat prestasi syarikat sama ada syarikat tersebut di
dalam keadaan untung atau rugi. Sekiranya menitikberatkan pembahagian dividen,
anda perlu mencari maklumat tentang kekerapan syarikat membayar dividen serta
peratus jumlah yang dibayar. Ini boleh dilakukan dengan melihat pembayaran dividen
pada tahun-tahun yang lepas.

3. Sekiranya Membeli Saham Dan Harga Saham Tersebut Telah Naik


Di mana modal pelaburan telah bertambah tetapi anda tidak tahu atau tidak mahir
membaca pergerakan saham atau carta saham, maka pendekatan terbaik ialah jual
untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Ini kerana,
pergerakan saham akan beralih kepada trend menurun selepas menaik.

4. Sekiranya Berasa Was-Was Atau Teragak-Agak


berapa jumlah unit saham yang perlu dibeli dengan modal yang ada, anda boleh
mengambil pendekatan dengan membuat pembelian secara berperingkat-peringkat.

5. Sekiranya Anda Membeli Saham Dan Kemudian Harga Saham Tiba-Tiba Naik
Dengan banyak dan cepat, dan sekali lagi anda tidak pasti sama ada untuk menjualnya
atau tidak, cara terbaik ialah dengan menjual secara berperingkat-peringkat semasa
harga saham di dalam trend menaik. Sekiranya takut harga saham tersebut akan jatuh
semula, anda bolehlah menjual kesemua unit saham yang telah dibeli, oleh kerana
anda telah meletakkan sasaran atau jumlah keuntungan pelaburan yang ingin dicapai
semasa membuat pelaburan.

6. Menghadiri Seminar atau Ceramah Saham


Yang dianjurkan oleh pihak broker saham, bank pelaburan, Bursa Malaysia, SIDC atau
mendapatkan bimbingan asas daripada wakil peniaga berdaftar iaitu dealer dan
remisier. Mereka bukan sahaja tahu tentang selok-belok pasaran saham tetapi juga
setiap tahun diwajibkan untuk hadir kursus-kursus anjuran Bursa Malaysia dan SIDC
untuk memberikan mereka pembelajaran yang berterusan dan terkini tentang pasaran
saham. Sekiranya pelabur masih tidak mendapat maklumat yang diperlukan daripada
wakil peniaga ini, pelabur boleh menghubungi help desk syarikat broker saham
tersebut.
7. Jika Mempunyai Masa
Anda boleh membaca berita-berita saham, ekonomi serta berita pasaran saham dunia.
Maklumat ini boleh didapati daripada sumber-sumber seperti Utusanbiz, Bloomberg,
CNBC dan Internet. Ada juga beberapa bank pelaburan yang menghantar berita-berita
dan maklumat saham melalui emel dan khidmat pesanan ringkas kepada pelanggan
mereka.

8. Sentiasa Berhati-Hati
Apabila mendengar panduan saham atau apa-apa saranan yang dibuat oleh mana-
mana pihak yang tidak dikenali atau tidak diiktiraf. Sila buat kajian atau analisa sebelum
mengikuti saranan-saranan tersebut atau bertanya remisier anda tentang berita-berita
yang didengar untuk kesahihannya.

Dengan panduan yang telah diberikan ini, diharapkan agar para pembaca membuat
pelaburan yang bijak, tepat lagi menguntungkan. Selamat melabur daripada Cikgu
Saham.

Nota ini disediakan oleh Zuraida Zakaria (Cikgu Saham) yang merupakan
seorang remisier di PM Securities Sdn Bhd. Artikel Cikgu Saham seperti ini
diterbitkan setiap hari Rabu di Utusan Malaysia.

You might also like