You are on page 1of 8

TUGASAN 1

Semasa mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) anda diminta untuk membina
mana-mana satu alat pentaksiran jenis Autentik dan melaksanakan pentaksiran ke atas
sekumpulan murid-murid di sekolah tersebut.

PENGENALAN

Pentaksiran

Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan maklumat dan menggunakannya


untuk membuat keputusan tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah
aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan secara formal atau tidak
formal semasa pengajaran berjalan sama ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran
bergerak seiring dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan yang tertentu
seperti untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau penerokaan.

Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan
maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga
Peperiksaan Malaysia, 2000).

Pentaksiran autentik Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang
membabitkan kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. Realistik dan bermakna
merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.

Sekolah

Data diambil drpd cikgu nizam bin ismail iaitu setiausaha unit peperiksaan

Pentaksiran di sekolah
Pentaksiran melibatkan proses pengumpulan dan penganalisaan data atau skor
daripada beberapa ujian. Markah yang diperolehi melalui ujian di sekolah dikenali sebagai skor
mentah atau data mentah. Skor mentah ini adalah data-data yang belum disusun mengikut
tertib. Ketika melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya berkesempatan
untuk mengumpul dan mendapatkan data bagi markah peperiksaan akhir tahun 2016 bagi
matapelajaran Matematik untuk kelas 5 Gigih. Jadual di bawah menunjukkan skor markah yang
diperolehi oleh murid kelas 5 Gigih.

SK TEMENGGONG IBRAHIM PENGGARAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2016

TAHUN : 5GIGIH MATA PELAJARAN : MATEMATIK

BIL NAMA MURID NO.KP MATEMATIK


M G
1 TENGKU INDOK NAYLE QESTINA BINTI TENGKU '05122701153
DAENG JOHAR 0 46 D
2 '05030201129
HALID BAJRAI BIN YAHYA 7 54 C
3 MOHAMAD NORSHAHMIZAN BIN MD '05011801161
NORSHAHAZAN 7 58 C
4 '05051301071
NURUL ATULIKMA BINTI ABD JALIL 0 44 D
5 '05092501105
NURUL FATINI BINTI ROSLAN 8 41 D
6 '05092401183
NUR NABILA NATASHA BINTI ABDULLAH 0 44 D
7 '05071601021
MOHAMAD SHAZLAN BIN SAMSUDDIN 9 47 D
8 NORMAN SYAKIRIN BIN KAMARULZAMAN 051216010241 44 D
9 '05041301098
SHAMSUL HAZIQ BIN A.SAMAD 3 40 D
10 '05061301064
NURALEYA AMALINA BINTI MUHAMED AKMAL 6 38 E
11 '05100310061
IMAN FATIHA BINTI MUHAMAD KHAIRI 4 37 E
12 '05040501115
NOR SHAZZARINA BINTI NORDIN 0 45 D
13 '05101401081
SYED DANIAL BIN SYED SALIM 7 38 E
14 '05032601061
MUHAMMAD FADHLI BIN REAZ AHMAD 9 35 E
15 MUHAMMAD DARWISH SYAHMI BIN '05071401066
KAMARUDIN 1 39 E
16 '05121701032
IMRAN MOHAMAD BIN KHALIL 3 39 E
17 MUHAMMAD AFFIQ HAIQAL BIN ABDUL '05091101034
RAHMAN 5 33 E
18 '05032901021
MUHAMMAD FAHMY BIN AINI 9 35 E
19 '05062001171
MUHAMMAD AMIRUDIN BIN NUR ILHAM 9 31 E
20 MUHAMMAD YUZRI AKMAL BIN MUHAMMAD '05051201040
FITRI @ HASRI 1 32 E
21 '05080201076
SHARIFAH AMELYN BINTI SYED YAZID 8 32 E
22 MUHAMMAD HAZRUL HAIZAT BIN HAIRUL '05032301038
AZAHAR 1 30 E
23 '05092101062
MUHAMMAD FAIZ BIN ZAINAL 1 31 E
24 '05080801024
SITI NURHAZIFAH BINTI NORIZAM 0 27 E
25 '05040801067
MOHAMAD FAID HAKIMI BIN MOHD FAZLI 1 30 E
26 '05112301140
MUHAMAD SHAFRIZAL SYAMSURI 5 23 E
27 '05090601029
MUHAMMAD ADAM ARIF BIN SHAMSHUDDIN 5 37 E
28 '05092501034
NUR SHAHIRA BINTI RAHMAN 6 31 E
29 '05010410071
AHMAD DARWIS BIN AHMAD SALIM 5 20 E

46 54 58 44 41 44 47 44 40 38 37 45
38 35 39 39 33 35 31 32 32 30 31
27 30 23 37 31 20

Data-data atau skor yang diperolehi perlu dianalisis dan diinterpretasi serta dibuat
kesimpulan. Menganalisis dan menginterpretasi data ujian merupakan satu proses yang penting
dalam setiap pentaksiran.
Proses analisis dan interpretasi data-data mentah ini biasanya menggunakan Statistik
Asas. Statistik asas dapat membantu guru untuk merumus data-data mentah yang banyak
kepada bentuk yang mudah difahami seperti min, median, mod, sisihan piawai dan skor Z dan
skor T. Hasil analisis statistik ke atas data mentah tersebut dapat membantu mentafsir
pencapaian murid dan menyediakan laporan prestasi murid.

Bagi memudahkan proses analisis data, Jadual Taburan Kekerapan perlu dibuat. Jadual
Taburan Kekerapan ini merupakan susunan skor-skor mentah yang disusun secara menaik atau
menurun dengan dinyatakan kekerapannya dalam sesuatu jadual.

Skor Mentah (x) Gundalan Kekerapan

58 / 1

54 / 1

47 / 1

46 / 1

45 / 1

44 /// 3

41 / 1

40 / 1

39 // 2

38 // 2

37 // 2

35 // 2

33 / 1

32 // 2

31 /// 3

30 // 2
27 / 1

23 / 1

20 / 1

Jumlah 29 29

Jadual di atas menunjukkan Jadual Taburan Kekerapan peperiksaan akhir tahun bagi
kelas 5 Gigih bagi matapelajaran Matematik

Seterusnya adalah min. Min adalah purata markah yang diperolehi oleh murid dalam
sesuatu ujian. Min dikira dengan menjumlahkan semua skor mentah yang diperolehi dalam
sesuatu pengukuran dan hasil tambahnya dibahagikan dengan jumlah bilangan skor dan
kekerapannya. Min juga berguna semasa mengira sisihan piawai dan skor sisihan piawai, skor
Z dan juga skor T. Rumus min untuk skor-skor tidak terkumpul ialah:

Min, X = X/N

=46+54+58+44+41+44+47+44+40+38+37+45+38+35+39+39+33+35+31+32+32+30+31
+27+30+23+37+31+20

29

=108129

=37.27

=37

Berdasarkan nilai min yang diperolehi, saya dapat mengetahui bahawa purata
markah yang diperolehi oleh setiap murid dari kelas 5 Gigih di dalam matapelajaran
Matematik bagi peperiksaan akhir tahun tersebut adalah 37. Hal ini menunjukkan
bahawa purata pencapaian murid di dalam kelas tersebut adalah tidak seimbang dan
tidak memuaskan.

Median pula adalah nilai yang terletak di kedudukan tengah skor-skor yang telah
disusun secara menaik atau menurun. Untuk median bagi skor murid kelas 5 Gigih bagi
matapelajaran Matematik untuk peperiksaan akhir tahun adalah:

20,23,27,30,30,31,31,31,32,32,33,35,35,37,37,38,38,39,39,40,41,44,44,44,

45,46,47,54,58

Oleh itu, median bagi peperiksaan akhir tahun untuk matapelajaran Matematik bagi
kelas 5 Gigih adalah 37.

Sementara itu, mod pula adalah nilai yang mempunyai kekerapan terbanyak. Nilai mod
boleh diperolehi dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun.
Jika dilihat pada skor-skor markah Matematik bagi kelas 5 Gigih ini, nilai mod adalah :

20,23,27,30,30,31,31,31,32,32,33,35,35,37,37,38,38,39,39,40,41,44,44,44,
45,46,47,54,58

Oleh itu, berdasarkan data yang telah disusun, saya telah mendapati bahawa taburan
bagi skor ini mempunyai dua mod (dwi-mod). Nilai mod tersebut adalah 44 dan juga 31. Hasil
daripada nilai mod yang saya perolehi tersebut, adalah dapat disimpulkan bahawa beberapa
orang murid telah mendapat markah antara 30 hingga 44. Perkara tersebut secara tidak
langsung telah menunjukkan bahawa aras soalan yang telah dijawab oleh mereka adalah tinggi
memandangkan mereka yang juga murid daripada kelas 5 Gigih adalah terdiri daripada murid-
murid kelas kedua.

Seterusnya pula adalah sisihan piawai. Sisihan piawai ini adalah satu jenis purata yang
digunakan bagi melihat kecenderungan memusat bagi sesuatu set skor dan lazimnya bagi set
skor yang terkumpul. Langkah kerja bagi mendapatkan sisihan piawai bagi kelas 5 Gigih adalah
seperti berikut :

Skor (X) Kekerapan (f) fx x2 f x2

58 1 58 3364 3364

54 1 54 2916 2916
47 1 47 2209 2209

46 1 46 2116 2116

45 1 45 2025 2025

44 3 132 1936 5808

41 1 41 1681 1681

40 1 40 1600 1600

39 2 78 1521 3042

38 2 76 1444 2888

37 2 74 1369 2738

35 2 70 1225 2450

33 1 33 1089 1089

32 2 64 1024 2048

31 3 93 961 2883

30 2 60 900 1800

27 1 27 729 729

23 1 23 529 529

20 1 20 400 400

N=29 fx=1081 29038 x2= 42315

Aplikasi rumus, =

42315 - 1081 2
= 29 ( 29 ) = 1459 (37) 2

=1459-1369
=90

=9.49

Sebagai pengetahuan, sekiranya nilai sisihan piawai ialah 10, maka sebaran skor itu
adalah normal. Sekiranya nilai sisihan piawai itu kecil iaitu bernilai kurang daripada 10, misalnya
5, maka taburan atau serakan skor itu adalah terkelompok sekitar min bagi set skor itu.
Pencapaian kelompok calon itu dikatakan homogen iaitu tidak ada perbezaan ketara antara
murid. Prestasi mereka hampir sama antara satu sama lain, kalau tinggi, sama-sama tinggi dan
begitulah sebaliknya.

Sementara itu, bagi nilai sisihan piawai yang melebihi 10, skor antara murid-murid yang
menduduki peperiksaan itu adalah tersebar atau berserakan. Hal ini bermaksud pencapaian
murid adalah tidak begitu sama (heterogen).

Berdasarkan kepada pengiraan yang saya lakukan ke atas skor-skor murid bagi kelas 5
Gigih, nilai sisihan piawai yang saya perolehi adalah 9.49. Sementara itu, nilai min bagi skor
murid-murid ini adalah 37. Sehubungan dengan itu, adalah dapat saya simpulkan bahawa
pencapaian murid-murid di dalam kelas tersebut adalah tidak sama. Hal ini bermaksud terdapat
beberapa orang murid yang memperolehi skor yang tinggi dan terdapat juga beberapa orang
murid yang mendapat skor yang rendah.

Selain daripada sisihan piawai, terdapat juga kaedah lain yang boleh digunakan untuk
mengukur dan menilai pencapaian murid-murid iaitu melalui skor piawai z dan t. Skor Piawai Z
dan T biasanya digunakan untuk membanding pencapaian seseorang murid dengan murid-
murid yang lain. Skor-Z adalah salah satu jenis skor piawai yang menunjukkan kedudukan
sesuatu skor berkait dengan min taburan berkenaan. Skor-Z menyatakan kadar sisihan piawai
di atas atau di bawah min.

You might also like