You are on page 1of 18

1

BMW3032

WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

TAJUK

PERBEZAAN PENYEBUTAN FONEM KONSONAN /r/ DAN /n/

YANG DIAPLIKASIKAN DALAM BAHASA MELAYU STANDARD

BERBANDING DENGAN DIALEK TERENGGANU

NAMA PELAJAR : NURUL IZZAH ALYAA BINTI HAIRONASIR

NO MATRIK : D20151070722

KUMPULAN :Q

HARI/MASA KULIAH : SELASA

NAMA PENGAJAR : PN. NORZALINA BINTI NOOR

TARIKH PENGHANTARAN : 24 November 2015


2

SENARAI KANDUNGAN

1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 1
1.3 Pernyataan Masalah Kajian 2
1.4 Objektif Kajian 2
1.5 Batasan Kajian 3
1.6 Kepentingan Kajian 3-4
1.7 Definisi Istilah 4-5
1.8 Kesimpulan 5

2.0 Tinjauan Kajian Berkaitan


2.1 Pengenalan 6
2.2 Penggunaan Dialek 6-10
2.3 Penyebutan Fonem 10-13
2.4 Kajian Lepas Dalam Negara 13-14
2.5 Kajian Lepas Luar Negara 14-15
2.6 Kesimpulan 15

3.0 Metodologi Kajian


3.1 Pengenalan 16
3.2 Reka Bentuk Kajian 16
3.2.1 Instrumen Kajian 17
3.2.2 Subjek Kajian 17
3.3 Tempat Kajian 17
3.4 Kaedah Kajian 17
3.5 Prosedur Kajian 17-18
3.6 Kesimpulan 18

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan.
Bahagian ini menerangkan latar belakang kajian, pernyataan masalah kajian, objektif

kajian, batasan kajian, kepentingan kajian dan definisi konsep-konsep kajian serta

kesimpulan bagi bab 1 mengenai penulisan ilmilah pengkaji.


1.2 Latar Belakang Kajian
3

Bahagian ini menerangkan mengenai dialek dalam bahasa Melayu berbanding dengan

dialek Terengganu. Dialek Terengganu merupakan salah satu daripada dialek bahasa

Melayu yang dituturkan oleh penutur-penutur berasal atau bermaustautin di negeri

Terengganu iaitu sebuah negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia. Dialek

Terengganu dipilih kerana pengkaji merasakan dialek ini mempunyai keunikan tersendiri

berbanding dengan dialek negeri lain. Keunikan dialek Terengganu terletak pada

kepelbagaian istilah dan makna yang berlainan daripada bahasa baku bergitu juga

dengan kelainan sebutan apabila disebut oleh penutur. Pemilihan dialek Terengganu

disebabkan oleh kebanyakan istilahnya memberi makna yang berlainan dan mungkin

memberi pemahaman yang berbeza kepada bukan penutur natif. Walau bagaimanapun,

istilah ini lazimnya dapat difahami oleh penutur setempat.

1.3 Pernyataan Masalah Kajian


Menonjolkan keunikan dialek Terengganu yang berbeza dengan bahasa Melayu baku.

Menurut Heri Kusworo (2013), keunikan dialek dapat dilihat pada bahasa yang sering

digunakan penduduk desa megikut taraf pekerjaan. Perbezaan dialek daripada aspek

fonologi dan fonetik diketengahkan. Menurut Asmah (2008), dialek dianggap

cabang-cabang kecil sesuatu bahasa kerana mempunyai sedikit perbezaan dengan sesutu

bahasa yang standard. Zalina Mohd Zalzali (2003), pula menyatakan terdapat

perbezaan penggunaan bahasa dialek antara


satu-satu daerah dalam dialek Terengganu dilihat dari segi fonologi.

1.4 Objektif Kajian.


Antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:
4

I. Menganalisis penggunaan fonem konsonan /n/ dan /r/ dalam dialek masyarakat

Terengganu .
II. Mengenal pasti fonem konsonan /n/ dan /r/ yang terdapat dalam penyebutan dialek

Terengganu.

1.5 Batasan Kajian.


Kajian ini berfokus kepada cara penyebutan fonem konsonan /r/ dan /n/ dalam kosa kata

dialek Terengganu dengan Bahasa Melayu Standard. Kajian ini hanya berdasarkan

sebutan informan yang berasal dari negeri Terengganu. Oleh itu, sebutan itu tidak

menggambarkan cara sebutan seluruh dialek negeri Terengganu yang pada hakikatnya

berbeza-beza mengikut daerah pemastautin. Pengkaji hanya memilih dialek daerah

Dungun, Terengganu dan memilih seramai 5 orang informan yang terdiri daripada

seorang perempuan dan 4 orang lelaki. Pengkaji membataskan umur informan antara 17

hingga 45 tahun. Selain itu, batasan kajian ini hanya tertumpu kepada 10 kosa kata

dalam konsonan /r/ dan 10 kosa kata dalam /n/ yang terdapat dalam dialek Terengganu

bagi melihat perubahan yang berlaku dalam Bahasa Melayu Standard.

1.6 Kepentingan Kajian.


Kajian ini penting untuk:

1.6.1 Pelajar
Para pelajar dapat mengetahui kelainan sebutan konsonan antara dialek negeri

Terengganu dengan bahasa Melayu standard. Hal ini kerana, pengkaji memperlihatkan

perbezaan dialek Terengganu terhadap bahasa Melayu standard terutamanya dalam

penggunaan konsonan /n/ dan /r/


5

1.6.2 Penyelidik Bahasa


Kajian ini dapat memberi peluang kepada mereka mengetahui dialek yang dikaji dan

dijadikan koleksi dan rujukan kepada para pengkaji yang lain, khususnya kepada

berminat mengkaji dialek Terengganu secara terperinci dan mendalam.


1.6.3 Masyarakat setempat
Kajian ini dapat menonjolkan masyarakat Melayu, Cina dan India menuturkan dialek

Terengganu ini tanpa kedengaran bunyi pelat dalam komunikasi seharian mereka.

Mereka juga dapat berkongsi tentang penuturan dialek masing-masing mengikut daerah.

1.7 Definisi istilah


Bahagian ini menerangkan definisi dan mengemukakan pendapat penyelidik.

1.7.1 Definisi istilah perbezaan


Menurut Kamus Dewan Bahasa (2005: 78), perbezaan merujuk kepada keadaan atau

sifat yang tidak sama antara satu sama lain, kelainan dan ketidaksamaan.
1.7.2 Definisi istilah penyebutan
Kamus Dewan Bahasa (2005: 120), penyebutan ialah berkehendakkan dan penggunaan

perkataan dengan betul.


1.7.3 Definisi fonem konsonan
Kamus Dewan Bahasa (2005: 140), fonem sebuah unit bunyi yang terkecil yang boleh

membezakan makna kata. Menurut Masnur Muslich (2008), fonem adalah kesatuan

bunyi kecil sesuatu bahasa yang berfungsi membezakan makna.

1.7.4 Definisi aplikasi


Kamus Dewan Bahasa (2005: 32), aplikasi merujuk kepada kegunaan secara amali atau

praktik dalam melaksanakan penggunaan yang digunakan pada amalan.


1.7.5 Definisi bahasa Melayu standard
Kamus Dewan Bahasa (2005: 56), bahasa Melayu standard ialah bahasa yang teratur

dan mantap pelbagai aspek seperti (ejaan, bentuk kata, tatabahasa dan lain-lain) dan

diterima oleh masyarakat sebagai norma penggunaan yang betul atau sahih, dikenali

juga bahasa baku.


1.7.5 Definisi Dialek Terengganu
6

Kamus Dewan Bahasa (2005: 348), mendefiniskan dialek sebagai satu bentuk bahasa

yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada

bahasa standard, loghat, pelat negeri dan lain-lain

1.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, hasil kajian ini dapat dinyatakan bahawa dialek yang dituturkan oleh

sekumpulan masyarakat dalam satu-satu kawasan untuk tujuan komunikasi dalam

kehidupan seharian mereka dan dialek Terengganu berbeza mengikut kawasan negeri

masing-masing.

2.0 Tinjauan kajian berkaitan


2.1 Pengenalan
Bab ini menerangkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji mengenai fonem konsonan

yang digunakan dalam dialek Terengganu. Kajian ini dilakukan berdasarkan kajian lepas

yang mengkaji mengenai fonologi sesuatu dialek berdasarkan sebutannya. Kajian ini

dapat mengenal pasti penggunaan fonem melalui informan dalam percakapan harian dan

mengetahui keunikan dialek sesebuah negeri.

2.2 Penggunaan Dialek


Menurut Normazlina et al., (2014), kajian ini memberi fokus kepada penggunaan

bahasa Melayu dialek Terengganu melalui sembang kedai kopi. Objektif kajian ini

adalah untuk mengenal pasti bahasa yang digunakan semasa bersembang di kedai kopi

serta menganalisis sembang di kedai kopi dalam kalangan masyarakat di satu daerah di

negeri Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada masyarakat yang berkunjung di kedai

kopi di mukim Chendering, Chabang Tiga, Batu Rakit dan Banggol Paradong, Kuala

Terengganu. Sebanyak 120 sampel kajian dipilih secara rawak yang terdiri daripada
7

masyarakat yang berkunjung ke kedai kopi di sekitar daerah Kuala Terengganu. Subjek

ditemu bual dan perbualan tersebut telah dirakam. Perbualan yang dipilih telah dianalisis

bagi tujuan kajian ini. Keputusan kajian mendapati bahawa subjek lebih selesa

menggunakan dialek daerah Kuala Terengganu dan keyakinan untuk memberi ujaran

dalam dialek tersebut lebih ketara ketika mereka bersembang. Penggunaan kata

singkatan, perkataan yang mengandungi bunyi e, pertukaran huruf s kepada h dan

akhiran g jelas digunakan oleh subjek. Adalah diharapkan agar kajian akan datang

memberi tumpuan kepada masyarakat lain di Terengganu dalam penggunaan dialek yang

berbeza.

Menurut Ismail Hussein (1973), pula dalam perbincangan beliau tentang dialek-dialek

Melayu di Semenanjung Malaysia dan dengan menggunakan kaedah kualitatif yang

didasarkan kepada persamaan kesejajaran fonologi dan leksikal tertentu, telah

membahagikan dialek Melayu di Semenanjung Malaysia kepada empat kelompok

utama. Pertama adalah kelompok Johor-Melaka-Selangor dan Perak Tengah yang

dikatakan tersebar dari wilayah selatan Semenanjung Malaysia. Kelompok kedua adalah

kelompok yang dikatakan tersebar dari wilayah Patani merangkumi dialek Patani-

Kelantan-Terengganu. Ketiga adalah kelompok Kedah Pesisiran, dan keempat adalah

dialek Negeri Sembilan.

Menurut Asmah Hj. Omar (1985), pula dialek dikelompokan kepada Kelantan,

Terangganu, dan Pahang ke dalam satu kelompok yang dinamakan kelompok Kelantan-

Pahang-Terengganu. Pada tahun 2008, kajian yang meluas telah dilakukan dan Asmah

Hj Omar (2008: 153-154), telah membahagikan dialek kepada tujuh kumpulan dialek di

Semenanjung Malaysia. Pembahagian dialek ini adalah berdasarkan perbandingan

aspek-aspek fonologi. Dialek-dialek yang telah dikenal pasti adalah dialek yang letaknya
8

di barat laut yang meliputi kawasan Perlis, Kedah (termasuk Pulau Langkawi), Pulau

Pinang dan Perak Utara sehingga Taiping dan dikenali umum sebagai dialek utara atau

dialek Kedah. Kedua, dialek Perak yang meliputi kawasan Perak Tengah. Ketiga, dialek

selatan yang meliputi Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor. Keempat, dialek

Kelantan yang kawasannya ialah negeri Kelantan dan juga meliputi juga kawasan-

kawasan sempadan Pahang dan Terengganu. Kelima, dialek Terengganu yang terletak di

bahagian timur Semenanjung. Keenam, dialek Pahang yang terdapat di negeri Pahang

dan yang terakhir adalah dialek Negeri Sembilan yang terdapat di Negeri Sembilan.

Kajian yang dilakukan oleh Adi Yasran Abdul Aziz (2011: 122) telah menggunakan

Teori Optimiliti dan teori ini merupakan lanjutan daripada nahu generatif, satu teori yang

berkongsi fokus kepada deskripsi formal dan usaha mencari prinsip-prinsip sejagat, iaitu

asas-asas kajian empirikal daripada tipologi linguistik dan pemerolehan bahasa. Kajian

oleh Adi Yasran Abdul Aziz (2011), bertujuan memberikan penjelasan terhadap interaksi

kekangan bagi suku kata dasar dialek Kelantan berdasarkan Teori Optimaliti (TO).

Keputusan kajian yang dijalankan ini mendapati bahawa terdapat satu set hierarki

kekangan dalam nahu dialek Kelantan yang menjadi dasar suku katanya yang berbeza

dengan set hierarki kekangan suku kata dasar bahasa Melayu. Hasil kajian ini juga

mendapati bahawa kekangan yang terbentuk dalam minda manusia secara konseptual ini

bersifat sejagat (Hendon, 1966; Holmes, 2001). Namun susunan hierarkinya adalah

bergantung kepada cara kekangan ini berinteraksi dalam bahasa atau dialek tempatan.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa penjelasan interaksi kekangan daripada TO

ini adalah lebih berpada untuk menjelaskan nahu sesuatu bahasa.

Menurut Fazal Mohamed Mohamed Sultan et al., (2011: 69), konstruksi ayat soal dalam

dialek membentuk satu fenomena yang sangat menarik. Kajian mereka bertumpu kepada
9

dialek utara iaitu dialek Kedah. Menurut mereka lagi, kata soal yang sama di dalam

suatu ayat soal boleh mempunyai dua kedudukan yang berbeza, iaitu di awal ayat atau di

akhir ayat dalam dialek Melayu Utara. Justeru, kajian tersebut dijalankan di Daerah

Baling, Kedah. Berpandukan analisis deskriptif ke atas data dialek Melayu Utara di

Baling, Kedah, kajian ini mendapati kata soal bila boleh mempunyai kedua-dua posisi,

iaitu di awal dan di akhir ayat. Posisi di awal ayat dikenali sebagai posisi in situ

manakala posisi di akhir ayat dikenali sebagai posisi bergerak. Posisi in situ amat

bertentangan daripada bahasa baku bahasa Melayu. Keputusan kajian ini mendapati

bahawa kata soal yang in situ atau bergerak tidak menjadi masalah untuk menyemak

kesemua fitur sebelum cetusan untuk menandakan suatu ayat soal itu gramatis. Oleh

yang demikian, kajian ini mendapati bahawa fenomena dua posisi yang berbeza untuk

kata soal bila adalah fenomena yang spesifik bahasa bagi dialek Melayu Kedah.

Menurut Noor Rohana Mansor et al., (2010), dialek Melayu Terengganu jelas

menunjukkan majoritinya memberikan fokus secara khusus kepada aspek teknikal ciri-

ciri linguistik dari segi fonologi, sintaksis, morfologi dan leksikal. Di samping itu

terdapat juga kajian-kajian lepas yang meneliti aplikasi TO dalam sesuatu dialek bagi

mengesan hubungan kekeluargaan bahasa yang wujud bagi sesuatu dialek tempatan dan

subdialek serta sub-subdialek di dalam sesebuah daerah atau mukim. Selain daripada itu

terdapat juga kajian-kajian yang menganalisis aspek-aspek persamaan dan perbezaan di

antara dialek dalam konteks vertikal mahupun horizontal iaitu di dalam sesebuah daerah

secara holistiknya mahupun di antara daerah dan mukim.

2.3 Penyebutan Fonem.


10

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1990), dialek melayu Terengganu juga dikatakan

sangat unik dan mempunyai perbezaan dari segi fonologi, sintaksis, morfologi dan

leksikal yang berbeza dengan dialek Melayu standard. Malah kenyataan ini turut

disokong oleh kalangan pengkaji-pengkaji dialek yang berpengaruh antaranya Collins J.

T. (1983), Asmah Hj. Omar (1985) dan Ismail Hussein (1973). Menurut Munsyi

Abdullah (1838), juga semasa pelayarannya ke negeri Terengganu telah memperkatakan

akan keunikan dan perbezaan dialek Terengganu dalam konteks sebutan dan

perbendaharaan katanya seperti jangang untuk jangan, dan bulang bagi bulan.

Menurut Noor Rohana Mansor et al., (2010), pula menyatakan analisis dapatan kajian

menunjukkan bahawa kelainan dan keunikan dialek Melayu Terengganu amat jelas

kelihatan di dalam hal-hal yang menyentuh aspek sebutan bagi bunyi vokal, konsonan,

diftong, suku kata dan kosa kata yang melibatkan ciri-ciri tindakan pengguguran,

penggantian, pemendekan, penegasan sebutan dan perkataan serta pengayaan kosa kata

tempatan. Analisis dapatan kajian menunjukkan kelainan bunyi-bunyi bahasa bagi dialek

Melayu Terengganu amat jelas dari segi ciri-ciri pengguguran dan penggantian bagi

perkataan yang mempunyai huruf-huruf vokal, konsonan, diftong dan kata pinjaman.

Antara berikut contoh bunyi konsonan bagi perkataan yang berakhir dengan huruf n

iaitu [n] konsonan sengau gigi bersuara, digugurkan dan digantikan dengan gabungan

perkataan konsonan berakhir ng iaitu [] konsonan sengau lelangit lembut bersuara:

Makan makang

Pendidikan pendidikang

Akaun akaung
11

Aliran alirang

Badan badang

Selain itu, menurut Halimatun Saadiah (1999), pula mengatakan bahawa kajian

mengenai dialek telah dimulakan oleh pengkaji-pengkaji barat. A.J Sturrock merupakan

pengkaji barat yang terulung dalam bidang dialektologi. Sementara pengkaji barat lain

seperti R. S. Hendon (1996) telah membuat kajian berkaitan dialek Ulu Muar sehingga

berjaya menghasilkan karyanya yang bertajuk Phonology and Morphology of Ulu Muar

Malay. Manakala pengkaji barat pertama yang membuat kajian berkaitan dialek

Terengganu ialah James T. Collins (1983), yang mefokuskan kepada dialek Ulu

Terengganu.

Menurut Heri Kusworo (2013), tujuan kajian adalah tentang penggunaan bahasa Jawa di

Desa Muktisari dari segi fonologi dan leksiknya. Kajian ini berlokasi di Desa Muktisari,

Kecamatan Kebumen, Kabupaten Kebumen dengan kaedah kualitatif. Data diperolehi

dari informan penutur bahasa Jawa (ngoko) di Desa Muktisari, dengan warga Desa

Muktisari sebagai sumber. Pengumpulan data diperolehi dengan teknik temu bual, teknik

catatan. Instrumen yang digunakan dalam kaedah rakaman untuk merakam wawancara,

daftar pertanyaan untuk bertanya secara langsung kepada informan, kemudian alat tulis

digunakan untuk mencatat data yang telah diperoleh dari sumber. Dari hasil analisis dan

penyelidikan dalam kajian ini mendapati unsur fonologi bahasa Jawa di Desa Muktisari

dengan bahasa Jawa baku adalah pada fonem /a/ yang cenderung dilalafazkan [a]

daripada[ ], seperti dalam kata [and a] 'tangga'. Selain itu juga tampak pada fonem

konsonan /k/ yang cenderung dilafazkan dengan [k] bukan dengan [?] seperti dalam kata
12

[kiyik] 'anak dara'. Dari hasil penelitian, jumlah fonem vokal di desa Muktisari

berjumlah 10, yaitu /a/, /i/, /u/, /e/, /o/, / /, / /, //, /U/, /I/. Secara umum bahasa Jawa di

Desa Muktisari hampir memiliki perbezaan yang ketara dengan bahasa Jawa baku,

namun disisi lain juga ada beberapa yang hampir sama.

2.4 Kajian lepas dalam negara


Normazlina et al., (2014), telah menjalankan kajian mengenai perbualan masyarakat

daerah Kuala Terengganu ke atas masyarakat yang berkunjung di kedai kopi di mukim

Chendering, Chabang Tiga, Batu Rakit dan Banggol Paradong, Kuala Terengganu.

Sebanyak 120 sampel kajian dipilih secara rawak yang terdiri daripada masyarakat yang

berkunjung ke kedai kopi di sekitar daerah Kuala Terengganu. Hasil kajian mendapati

bahawa subjek lebih selesa menggunakan dialek daerah Kuala Terengganu dan

keyakinan untuk memberi ujaran dalam dialek tersebut lebih ketara ketika mereka

bersembang. Penggunaan kata singkatan, perkataan yang mengandungi bunyi e,

pertukaran huruf s kepada h dan akhiran g jelas digunakan oleh subjek. Beliau juga

mengharapkan agar kajian akan datang memberi tumpuan kepada masyarakat lain di

Terengganu dalam penggunaan dialek yang berbeza.

Noor Rohana Mansor et al., (2010), telah menjalankan kajian keatas 120 orang ahli

komuniti daripada empat mukim terpilih bagi kawasan pesisir pantai daerah Kuala

Terengganu. Kajian beliau yang bertajuk perbualan masyarakat daerah Kuala

Terengganu telah menghasilkan dapatan kajian yang menunjukkan bahawa keunikan

dialek Melayu Terengganu kawasan pesisir pantai yang mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri dari aspek fonologi dan kosa kata dalam pertuturan mereka. Dialek Melayu

Terengganu amat jelas kelihatan di dalam hal-hal yang menyentuh aspek sebutan bagi
13

bunyi vokal, konsonan, diftong, suku kata dan kosa kata yang melibatkan ciri-ciri

tindakan pengguguran, penggantian, pemendekan, penegasan sebutan dan perkataan

serta pengayaan kosa kata tempatan. Kesimpulan, kekayaan variasi bahasa dialek

tempatan sewajarnya didokumentasikan sebagai pengekalan dan pelestarian khazanah

warisan tempatan untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang dan seterusnya dapat

mengangkat martabat serta memperkasakan bahasa, budaya dan masyarakat Malaysia.

2.5 Kajian lepas luar negara

Menurut Heri Kusworo (2013) telah menjalankan kajian mengenai dialek Bahasa Jawa

di Desa Muktisari Kecamatan Kebumen Kabupaten Kebumen ke atas informan 30

penutur bahasa Jawa (ngoko) di Desa Muktisari, dengan warga Desa Muktisari. Hasil

kajian beliau mendapati unsur fonologi bahasa Jawa di Desa Muktisari dengan bahasa

Jawa baku adalah pada fonem /a/ yang cenderung dilafazkan [a] daripada[ ], seperti

dalam kata [and a] 'tangga'. Selain itu juga tampak pada fonem konsonan /k/ yang

cenderung dilafazkan dengan [k] bukan dengan [?] seperti dalam kata [kiyik] 'anak dara'.

Dari hasil penelitian, jumlah fonem vokal di desa Muktisari berjumlah 10, yaitu /a/,

/i/, /u/, /e/, /o/, / /, //, //, /U/, /I/. Secara umum bahasa Jawa di Desa Muktisari hampir

memiliki perbezaan yang ketara dengan bahasa Jawa baku, namun disisi lain juga ada

beberapa yang hampir sama.


14

2.6 Kesimpulan
Kesimpulannya terdapat ramai sarjana dalam bidang bahasa telah menerokai bidang

dialektologi iaitu kajian-kajian yang dilakukan untuk mengkaji dialek oleh pengkaji luar

mahupun pengkaji tempatan. Ini merupakan suatu perkembangan positif kerana

pengkajian seperti ini secara tidak langsung dapat menonjolkan dan mengetengahkan

keistimewaan pelbagai dialek agar ia boleh diperluaskan penggunaannya terutama dalam

dialek Terengganu agar banyak lagi kosa kata atau leksikon dialek serta dapat

dimartabatkan sebagai daftar kata dalam bahasa Malaysia Standard

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data, menganalisis data dan cara

persembahan dapatan kajian.

3.2 Reka Bentuk Kajian

a) Kajian Keperpustakaan

Mohd Sheffie Abu Bakar (1991) Dalam Bukunya Metodologi Penyelidikan, Bangi:

Penerbitan UKM, kaedah yang memerlukan pengkaji mendapatkan data dan bukti

melalui kajian ke atas dokumen serta rekod. Kaedah ini sesuai kerana segi penjimatan

kos, masa tenaga untuk mendapatkan data. Kaedah ini tidak memerlukan perancangan

tetapi memerlukan sumber data yang diperlukan sahaja. Bahan-bahan buku, artikel,

jurnal ilmiah dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk diambil sebagai rujukan.
15

b) Kajian Lapangan

Pengkaji mendapatkan data primer daripada informan yang berasal dari Terengganu.

Informan akan diminta untuk menyebut beberapa perkataan telah disenaraikan oleh

pengkaji iaitu cara penyebutan yang berbeza antara Bahasa Melayu Standard dengan

dialek Terengganu. Seterusnya, informan juga akan berbual-bual dengan dialek

Terengganu dan pengkaji akan merakamkan sebutan yang telah disenaraikan serta

merekodkan perbualan-perbualan tersebut.

3.2.1 Instrumen Kajian

Mengumpulkan Data

Pengkaji telah menyenaraikan data hasil daripada 5 orang informan. Kemudian, pengkaji

merakam sebutan informan dan pengkaji menulis perkataan yang mengandungi fonem

konsonan /r/ dan /n/ yang dikelaskan dalam bentuk jadual.

3.2.2 Subjek Kajian

Subjek kajian terdiri daripada seramai 5 orang informan yang terdiri daripada seorang

perempuan dan 4 orang lelaki.


16

3.3 Tempat Kajian

Tempat Kajian berdasarkan sebutan informan yang berasal dari negeri Terengganu.

3.4 Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan ialah temu bual dengan informan.

3.5 Prosedur Kajian

Menganalisis dan Mempersembahkan Data

Analisis data merupakan satu proses sistematik mencari dan menyusun maklumat yang

dikumpulkan untuk memahami dan membenarkan penyelidik mempersembahkan data

kepada orang lain. Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan kaedah

pengumpulan data, yang menunjukkan perubahan dialek Terengganu kepada Bahasa

Melayu Standard. Data telah dirangka dalam bentuk jadual. Analisis data berdasarkan

perolehan data primer daripada rakaman yang diperoleh daripada informan. Menurut

Liddicoat (2007:13) dalam buku Norliza Kadir, transkripsi bukanlah pengganti kepada

rakaman yang asal tetapi ianya hanyalah merupakan alat tambahan yang boleh

digunakan untuk membantu pengkaji menganalisis dan memahami rakaman yang telah

dibuat. Tahap analisis dapat dicapai apabila data yang diperoleh disenaraikan,

dirakamkan, dicatat cara penyebutan dan dipamerkan dalam bentuk jadual. Perisian

Microsoft Word 2007 juga digunakan untuk memproses dan mempersembahkan data

yang telah dicatatkan pengkaji. Ia juga dapat memudah dan mempercepat kerja
17

memproses data. Dapatan kajian ini dipersembahkan dalam bentuk jadual dalam perisian

ini.

3.6 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, metodologi ini dapat memberi maklumat

bagaimana cara untuk mendapatkan data mengenai dialek yang dituturkan oleh

sekumpulan masyarakat dalam satu-satu kawasan. Pelbagai kaedah yang digunakan bagi

memastikan kajian yang dilakukan memperoleh maklumat yang benar.


18

Bibliografi
Abdul Hamid Mohammad, & Norfarah Lo Abdullah. (2007). Linguistik Fonetik dan
Fonologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn.Bhd.

Adi Yasran Abdul Aziz. (2005). Inventori Konsonan dialek Melayu. ]urnal Pengajian
Melayu , 200-217.

Abdul Hamid Mohamad. (1990). Dialek Terengganu: Satu tinjauan ringkas. Jurnal
Dewan .

Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian fonologi dialek-dialek Melayu. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collin, JT. & Hussin Dollah . Catatan Fonologi Kelantan. Konsonan Jurnal. DBP , 32 :
874-887 .

Fazal Mohammed Mohammed Sultan, & Nurafiqah Suhaimi.. Variasi Kata Soal
Mengapa dalam dialek Kedah. Didapatkan Mei 20, 2011, daripada
http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Variasi-
Kata-Soal.pdf

Heri Kusworo. Diperolehi Mei 2013, daripada Kajian Dialek Bahasa Jawa Di Desa
Muktisari Kecamatan Kebumen Kabupaten Kebumen:
http://ejournal.umpwr.ac.id/index.php/aditya/article/view/424

Noor Rohana Mansor, Noraien Mansor, & Normazlina Abd Rahim. (Volume 2 Number
1, Mac 2014). Perbualan masyarakat daerah Kuala Terengganu. Journal of
Business and Social Development , 49-56.

Normazlina Abd Rahim, Noraien Mansor, & Noor Rohana Mansor. (2010). Dialek
Melayu Terengganu: Pendokumentasian Dan Pengekalan Warisan Variasi
Bahasa Tempatan. Jurnal Melayu UKM , 21-35.

Mashuai Kader. (1998). Tinjauan tentang pembakuan Bahasa Malaysia. Pulau Pinang,
Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Zalina Mohd Zalzali. (2003). Dialek Terengganu di sekitar kawasan pantai Mukim
Rusila.

Zaharani Ahmad. (2006). Kepelbagaian dialek dalam Bahasa Melayu. Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

You might also like