You are on page 1of 6

DEFINISI DAN KONSEP PENGURUSAN

PENGENALAN
Konsep-konsep pengurusan sebenarnya telah
bermula sejak zaman purba lagi seperti zaman Mesir
kuno, Zaman Jahiliyyah dan sebagainya. Secara
umumnya, konsep pengurusan yang menjadi amalan
organisasi pada masa kini boleh kita bahagikan
kepada tiga kategori iaitu :

a. Konsep Pengurusan Islam


b. Konsep Pengurusan Barat
c. Konsep Pengurusan Jepun

Konsep Pengurusan Islam


Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan
Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia
berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan
perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan
yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang
mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat
keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata
kebendaan dan keduniaan sahaja
Definisi Pengurusan Islam
Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa
sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi
pengurusan. Di antaranya :

a) Ahmad Ibrahim Abu Sin


Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap
bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang
menjadi pengurus.

b) Profesor Syed Othman Alhabshi


Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan
mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal,
tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai
matlamat organisasi sama ada dalam bentuk
barangan atau perkhidmatan.

c) Muhammad A. Al-Buraey
Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga
manusia untuk mencapai matlamat kelompok
sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi
antara satu sama lain.
Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam
Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam
ialah :-

a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh


Allah dengan adil dan memelihara perhubungan
yang baik sesama insan.
b) Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang
diredhai.
c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat,
muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.
d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika
berurusan dalam hal-hal duniawi.
e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih
tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.

Prinsip-prinsip Pengurusan Islam


Tiga prinsip pengurusan Islam yang penting ialah:-
Demokrasi
Syura
Delegasi
Demokrasi
Demokrasi ialah jaminan hak individu untuk
bertindak bagi mendapat dan mempertahankan hak.
Namun demikian Islam menekankan kewajipan
tentang memelihara hak masyarakat. Islam
menjamin hak individu dan masyarakat secara
serentak dengan mewajibkan setiap individu bersifat
benar, jujur, ikhlas, amanah, bertanggungjawab dan
adil dalam pengurusan. Umat Islam mesti
menjauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah seperti
bohong, mungkir janji, mengampu dan sebagainya.

Syura
Prinsip syura dalam pengurusan merangkumi
perundingan, perbincangan dan mesyuarat dengan
kakitangan bagi memastikan peluang penyertaan
diberi kepada setiap ahli organisasi untuk
memberikan pendapat bagi mencapai keputusan
bersama. Prinsip ini akan memperkukuhkan lagi
demokrasi, sifat amanah, benar dan ikhlas dalam
diri individu.

Delegasi
Delegasi atau agihan dan penyerahan tugas
dilakukan mengikut kemahiran, kelayakan dan
minat seseorang di dalam memangku tugas yang
diberikan oleh pihak pengurusan atau ketua. Orang
yang diberi kuasa ini bertanggungjawab untuk
melaksanakan tugas dan membuat keputusan
dengan amanah tetapi tanggungjawab sepenuhnya
masih disandang oleh pihak pengurusan.

Ciri-ciri Pengurusan Islam

Ciri-ciri Umum :-

a) Ikatan yang erat antara pengurusan dengan


masyarakat. Ikatan itu ialah akhlak, nilai masyarakat
dan perubahan masyarakat yang berasaskan akhlak.
b) Pergolakan dan perubahan ekonomi yang
memberikan kepuasan fisiologi, individu, ekonomi
dan kebendaan.
c) Kemanusiaan dan kerohanian. Ia menghormati
hakikat kemanusiaan sebagai insane yang terlibat
dengan pengurusan mengikut keupayaan akal,
fizikal dan jiwa.
d) Menentukan tugas dan tanggungjawab.
Mematuhi dan menghormati kuasa, peraturan
undang-ndang rasmi serta carta organisasi dan
bukannya melakukan tingkahlaku pengurusan yang
baik kerana mengharapkan ganjaran pahala.

Ulasan :

Sistem pengurusan islam adalah satu sistem


yang sangat lengkap dan sistematik di mana
ia berpandukan kepada AL-QURAN dan AS-
SUNNAH. Prinsip pengurusan ini jelas ,
penyusunan dan perancangan pengurusan
yang teratur , pengawasan yang menyeluruh
dan terperinci dan motivasi yang mempunyai
asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan
Allah SWT dan tidak semata mata kebendaan
dan keduniaan sahaja.

You might also like