You are on page 1of 2

ESSCOM LANCAR KAJIAN POPULASI MASYARAKAT PALAU DI SEMPORNA

SEMPORNA, ( 20 Mac) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM)


melancarkan kajian populasi masyarakat Palau atau Bajau Laut di tiga pulau di daerah ini
selama tiga hari bermula semalam. .

Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCOM Wan Mohd Khalid Wan Kamal berkata
operasi kajian yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri dan
Persekutuan termasuk Jabatan Perangkaan dan Pejabat Daerah Semporna itu melibatkan
seramai 69 petugas dan pembanci.

Beliau berkata operasi itu tertumpu di sekitar pulau Kulapuan, Pulau Omadal dan Pulau
Sibangkat yang menjadi penempatan utama masyarakat Palau di Semporna yang merupakan
salah satu daerah yang terletak di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Saya berharap masyarakat di sekitar pulau-pulau berkenaan memberikan kerjasama


sepenuhnya kepada pembanci kerana kesemua yang dilantik adalah di kalangan warga
tempatan yang boleh bertutur dalam bahasa Bajau.

Penduduk di sekitar pulau berkenaan diminta jangan panik atau rasa bimbang dengan
kehadiran petugas dan pasukan keselamatan kerana kajian populasi ini tidak melibatkan
operasi tangkapan pendatang tanpa izin seperti yang berlaku di kawasan bandar-bandar di
daerah lain di ESSZONE, katanya ketika memberi taklimat mengenai pelaksanaan operasi
kajian itu di sini hari ini.

Wan Khalid berkata kajian itu bertujuan antara lain mendapatkan maklumat tepat mengenai
jumlah penduduk dan ketua isi rumah serta demografi lengkap mengenai penduduk yang
berstatus warganegara dan bukan warganegara di tiga pulau berkenaan..

Beliau berkata hasil kajian populasi itu akan dijadikan sebagai asas kepada ESSCOM untuk
merangka pelan strategik jangka panjang dalam usaha untuk mendapatkan pembelaan yang
sewajarnya pada masa depan..

Selain Jabatan Perangkaan dan Pejabat Daerah Semporna, turut terlibat dalam membantu
menjayakan operasi kajian tersebut ialah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Universiti
Malaysia Sabah, Pejabat Taman-Taman Sabah dan Jabatan Kesihatan Sabah, katanya..

Beliau berkata ESSCOM juga ingin mendapatkan maklumat latar belakang penduduk, status
sosioekonomi serta hubungan mereka dengan masyarakat dari negara jiran termasuk dari
selatan Filipina, terutama kepulauan Tawi-Tawi dan kepulauan Sibutu yang disyaki menjadi
tempat persembunyian penjenayah.

Maklumat dan data ini penting bagi mengenal pasti sama ada mereka terlibat atau seringkali
membantu penyeludup dan penjenayah rentas sempadan melakukan jenayah di daerah ini
(Semporna), katanya.

ESSCOM diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di


Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.
ESSZONE merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.
Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan,
Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

You might also like