You are on page 1of 10

1.

0 Definisi Sumber Manusia

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang


berkhidmat dengan sesebuah organisasi. Apabila memperkatakan topik sumber
manusia, kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa kumpulan manusia ini ditadbir atau
dipimpin oleh seorang ketua yang diwakilkan oleh organisasinya dengan menggunakan
metodoloji pengurusan sumber manusia. Pemimpin ini biasanya digelar Pengurus Sumber
Manusia.

Perancangan sumber manusia pula menuntut pengurusan sumber manusia


mengenali kehendak kakitangannya hasil daripada kerjanya sekaligus kehendak
organisasi ke atas kakitangan berkenaan. Cabaran kepada pengurusan sumber manusia
ialah bagaimana menjadi 'orang tengah' bagi merancang dengan teliti cara untuk mencari
kedua-dua kehendak ini secara kualitatif dan kuantitatif.

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang


berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh
wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Walaupun
perniagaan lain sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau
rakan-rakan perniagaan lain untuk wujud.

1.1 Maksud Pengurusan Sumber Manusia

Perancangan sumber manusia ialah satu proses menjangka dan membuat


persediaan untuk pergerakan manusia ke dalam, di dalam, dan keluar daripada
organisasi.

2.0 Peranan Pengurusan sumber manusia

Pengurus sumber manusia dalam sesebuah organisasi terlibat dalam memastikan


kelicinan perjalanan sumber manusia di mana mereka berperanan dalam :
2.1 Memberi perkhidmatan dan membantu pengurus lini dalam pengurusan
sumber manusia. Pengurus sumber manusia terlibat dalam proses pengrekrutan,
pemilihan, orientasi dan latihan pekerja, penyimpanan rekod pekerja dan lain-lain

1
aktiviti personel. Fungsi di atas akan dapat membantu pengurus ini dalam
menyedia dan mengurus sumber manusia dengan lebih berkesan.
2.2 Menyediakan khidmat nasihat kepada pengurus lini yang berkaitan dengan
sumber manusia dengan memberikan khidmat nasihat yang berkaitan dengan
masalah-masalah disiplin pekerja, ganjaran, motivasi, pengrekrutan dan lain-lain
fungsi yang berkaitan dengan sumber manusia atau tenaga buruh.
2.3 Mengawal aktiviti-aktiviti yang berhubung dengan sumber manusia dalam
organisasi agar ia lebih seragam dengan memastikan semua pengurus mematuhi
peraturan-peraturan organisasi ataupun kerajaan dalam proses pengambilan
pekerja,pemberian pampasan, latihan, kenaikan pangkat dan sebagainya. Jabatan
ini juga akan membentuk prosedur-prosedur yang berhubung dengan pengurusan
sumber manusia seperti prosedur persaraan, pampasan, pembuangan pekerja dan
sebagainya yang akan dijadikan panduan pengurus-pengurus lain dalam
organisasi.

3.0 Carta Alir Pengurusan Sumber Manusia

Proses Pengurusan Sumber Manusia

4.0 Sop

4.1 Sop Pengendalian Aduan

2
4.2 Sop Pengendalian
Maklum Balas

3
4.3 Sop Perlaksanaan Kursus Dalaman

4
Mula

Kursus Merentasi Jabatan

Isi dan edarkan surat lantikan kepada peserta/ fasilitator kursus

Dapatkan peserta kursus

Jalankan kursus yang dirancang.


Peserta melengkapkan surat lantikan peserta

Maklumkan kepada KULDP(Setiausaha Latihan Dalam Perkhidmatan)/


PKD (Penyelaras Kursus Dalaman) jika ada kursus yang dipinda tarikh,
dibatal atau ditukar dengan kursus lain

Sedia dan edarkan sijil kehadiran peserta bagi kursus > 6 Jam

Tamat

4.4 SOP Jabatan /Unit Kewangan

5
4.4.1 Standard Prosedur Operasi untuk Kewangan

Amalan Perakaunan

Termasuk prosedur operasi standard untuk jabatan perakaunan anda, walaupun


jabatan itu terdiri daripada satu atau dua pekerja. Prosedur operasi standard atau SOP
untuk perakaunan mungkin termasuk arahan untuk menguruskan dokumen perakaunan,
penilaian cukai harta, perbelanjaan undang-undang dan perjanjian kerahsiaan.
Pengendalian dan dokumentasi untuk perbelanjaan perjalanan dan hiburan juga boleh
dimasukkan, serta penyesuaian dan dasar-dasar mengenai kad kredit dan pemindahan
wayar akaun bank.

4.4.2 Prosedur kewangan

Arahan kewangan, termasuk maklumat mengenai laporan kewangan, menjadi satu


lagi komponen SOP. Arahan untuk mesyuarat pemegang saham tahunan, mesyuarat
lembaga pengarah dan pelepasan dokumen kewangan yang berkaitan dengan ramalan,
laporan dan analisis boleh dimasukkan. Jika perniagaan yang menimbulkan modal
melalui perolehan aset, pinjaman bank, pajakan atau saham pilihan, prosedur untuk
aktiviti-aktiviti ini perlu ditandakan.

5.0 Fungsi Jabatan Pengurusan Sumber Manusia

6
Fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia.

Fungsi Aktiviti

Perancangan dan PerekrutanTemuduga, perekrutan, ujian


Latihan dan Pembangunan Orientasi, kemahiran, latihan, pendidikan, peningkatan
produktiviti, pembangunan dan laluan kerjaya
Pampasan Mentadbir gaji dan upah, penyediaan faedah dan elaun, bonus,
penghargaan dan pujian, pampasan eksekutif, penilaian
pekerjaan, struktur pampasan
Prestasi Mengurus prestasi, membentuk piawaian prestasi, tindakan
pembetulan, kaedah penilaian, temubual prestasi
Kemudahan Insurans, pengurusan cuti, pelan persaraan, pembahagian
keuntungan
Perkhidmatan Pekerja Program bantuan pekerja, pemindahan kerja, perkhidmatan
Rekod peribadi Sistem maklumat, rekod tentang pekerja
Pekerja dan Hubungan Kajian sikap, hubungan pekerja, pematuhan peraturan dan
Komuniti/ Masyarakat polisi, disiplin, undang-undang buruh
Keselamatan dan kesihatan Pembentukan polisi, pemantauan pelaksanaan polisi,
penguatkuasaan, pengawasan keselamatan, latihan
keselamatan, ujian kesihatan, penyediaan peralatan
perlindungan peribadi
Perancangan strategik Pengurusan sumber manusia antarabangsa, ramalan
perancangan, gabungan dan perolehan

Berdasarkan aktiviti di atas, maka prinsip pengurusan sumber manusia boleh dirumuskan seperti
berikut:

7
1. Untuk membekalkan pekerja kepada organisasi, iaitu dengan jumlah yang cukup,
mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. Proses ini meliputi
perancangan, perekrutan, pemilihan, orientasi dan perancangan berterusan.

2. Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan menyediakan


program-program latihan dan pengembangan, bantuan pendidikan, pertukaran dan
pengurusan kerjaya.

3. Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui program


insentif, penilaian prestasi, kualiti kerja dan program pembangunan organisasi.

4. Untuk memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia kepada organisasi melalui
program seperti pampasan dan kemudahan, ganjaran, kenaikan pangkat, perhubungan
majikan dan pekerja, dan program bantuan pekerja.

5 .Untuk memberhentikan pekerjaan dalam suasana yang konsisten dengan matlamat


organisasi, di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain.

6.0 Isu-isu atau Masalah pekerja di tempat kerja

8
Tiada manusia yang tidak mempunyai masalah. Hakikatnya, saban hari kita
dibebankan dengan pelbagai masalah. Sama ada masalah boleh menjadi kecil atau besar,
ia bergantung kepada bagaimana anda melihat masalah tersebut dan anggapan anda
terhadapnya.Pekerja yang dilengkapi dengan ilmu, kemahiran berkomunikasi dan
berfikiran kreatif, lazimnya lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat kesukar.
Kemahiran ini perlu ada pada setiap pekerja kerana ia dapat membantu meringankan
tekanan sekali gus menggalakkan produktiviti. Seseorang pekerja tidak mungkin dapat
lari daripada masalah kerja dan pekerja-pekerja lain di sekeliling mereka. Berikut
merupakan isu-isu atau masalah yang dihadapi di tempat kerja :

6.1 Pekerja kerap ponteng kerja.

6.2 Pekerja mempunyai mulut jahat dan suka memburuk-burukkan orang lain.

6.3 Mempunyai pelanggan yang cerewet dan tidak pernah puas hati dengan
perkhidmatan yang diberi.

6.4 Terpaksa memikul tugas orang lain.

6.5 Majikan yang terlalu cerewet dan tidak suka menerima pendapat pekerja.

6.6 Majikan yang tidak prihatin dengan masalah pekerja dan mempunyai bos yang
suka pilih bulu.

6.7 Tidak ada semangat kerja berpasukan.

6.8 Gangguan seksual daripada majikan atau rakan sekerja.

7.0 Penutup

9
Pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian
oleh semua pengurus organisasi. Ini adalah kerana pekerja merupakan elemen
yang penting dan berharga untuk mencapai keberkesanan organisasi. Fungsi
sumber manusia seperti pampasan, perancangan dan perekrutan sumber manusia,
pemilihan dan sosialisasi, latihan dan perhubungan industri merupakan aspek
yang membantu mencapai keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam
sesebuah organisasi.

8.0 Rujukan

https://rodzah.files.wordpress.com/2010/02/unit-6-pengurusan-sumber-
manusia1.pdf
http://thestorytellingmyworld.blogspot.my/2011/07/pengenalan-pengurusan-
sumber-manusia.html
http://binainsan.com/3-peranan-pengurusan-sumber-manusia/

10

You might also like