You are on page 1of 1

TEORI MENTALIS

N
PELOPOR : NOAM CHOMSKY
OAM CHOMSKY merupakan seorang pelopor bagi teori mentalis. Menurut
kajian (Sanrock 2009) menyatalkan bahawa manusia mempunyai susunan saraf
dan otak untuk mempelajari bahasa pada masa tertentu dalam cara tertentu .
Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky).Mendokong istilah
generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi.Berandaian teori kod kognitif
bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif. Teori mentalis berpendapat bahawa
pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.Menurut
teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.
N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan
bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.Alat ini
membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.Proses
pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah
juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).
Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-
kanak.Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan
sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa
yang mereka peroleh. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur
berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan
proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia.
CIRI TATABAHASA
Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur
Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami
Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis
HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P
Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi
Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan
Tulisan dan bacaan diutamakan
Pendekatan Analisis
Kaedah: kod-kognitif
Teknik: hafalan

SUMBER RUJUKAN
1.http://catatannota.blogspot.my/(2011)

You might also like