You are on page 1of 5

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM

Tamadun islam merupakan suatu tamadun yang unik dan tersendiri.


Penentuan corak tamdun islam ialah pandangan semestanya. Syed Naquib al-
Attas pula menyatakan bahawa pendangan semesta Islam merangkumi
dunia dan akhirat yang mana aspek dunia merupakan persediaan bagi aspek
akhirat. Oleh itu, pandangan semesta dari perspektif Islam ialah pandangan
tentang realiti atau hakikat yang terjema dari hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.

Pandangan semesta Islam merujuk kepada gambaran umum


daripada perspektif Islam terhadap beberapa aspek penting kehidupan
manusia dan hubungannya dengan alam universal seperti hubungan dengan
Allah, sesama manusia dan alam sekitar. Dalam memahami Islam dengan
jelas, maka pandangan semesta Islam akan memberi gambaran yang
menyeluruh tentang ajaran Islam. Oleh itu, bab ini akan menumpukan
kepada perbincangan tentang hubungan manusia daripada pelbagai dimensi
seperti bentuk hak dan tanggungjawab yang perlu dipikul dalam
melaksanakan hubungan-hubungan tersebut. Seterusnya, bab ini juga akan
membincangkan epistemologi ilmu dari segi sumber, pengelasan dan
hierarki ilmu serta ilmuan dalam Islam dan diikuti dengan perbincangan
tentang sistem nilai dalam Islam.

Kepentingan Pandangan Semesta

Pandangan semesta penting kepada sesebuah tamadun keranaq bertindak


sebagai kerangka tamadun yang hendak dibina.

Islam mengajar penganutnya dengan pandangan siesta yang unik


dan tersendiri menerusi Al-Quran sebagai epistimologi utama dan dijadikan
dasar hidup muslim. Surah pertama Al-Quran dinamakan al-fatihah
(pembukaan) yang antara lain mengajar manusia dengan suatu kesedaran
sehubungan dengan alam semesta.

Unsur Asas Pandangan Semesta

Tasawwur Ketuhanan

Tasawwur ketuhanan ini wajib dimiliki oleh setiap insan. Tuhan dalam
pengajaran islam disebut Allah. Tuhan dianggap sebagai al-Khalik, iaitu
pencipta kepada semua makhluk atau ciptaan. Kewujudan Allah mempunyai
kuasa mutlak yang maha sempurna, tiada cacat celanya dan dapat diakui
sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang
dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah S.W.T.

1)TAUHID RUBUBIYYAH (KETUHANAN)


i. Bererti mempercayai bahawa di dunia ini ada tuhan yang menciptakan
alam yang sebegini luas dan Dialah yang menjadikan semua makhluk di
alam ini dan yang maha berkuasa ke atas pentadbiran alam semesta ini.
ii. Tauhid dipunyai oleh semua agama di dunia ini kerana fitrah manusia
mengakui wujudnya Tuhan yang menciptakan alam ini.
iii. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah s.w.t sahajalah tuhan yang
menciptakan setiap yang ada di alam ini samada yang dapat dilihat atau pun
yang tersembunyi (ghaib).
iv. Percaya dengan sepenuhnya bahawa Allah s.w.t sahajalah tuhan yang
memberi, menerima, membinasa dan menyembuhkan malah melakukan apa
sahaja yang ia kehendaki.

2)TAUHID ULUHIYYAH (KEESAAN ALLAH)


i. Mempercayai bahawa Allah s.w.t itu pada zatnya satu, esa atau tunggal.
tidak dua tidak tiga. Dan ianya bersifat azali (zat-Nya), tiada permulaan dan
tiada akhirnya.
ii. Bermakna mempercayai bahawa Allah s.w.t itu esa dalam perbuatannya,
tiada sekutu dalam pekerjaannya. Apabila ia menghendaki, hanya dengan
berkata ( ) maka jadilah ia.
iii. Tidak memerlukan bantuan dalam segala urusan-Nya. maha berkuasa dan
segalanya adalah dalam pentadbiran Allah Yang Maha Esa.
iv. Mempercayai Allah s.w.t itu esa sejak azali. tidak beranak dan tidak
diperanakkan, tiada ibu bapa. Allah s.w.t itu pada azalinya esa, satu dan
tetap satu.
v. Allah s.w.t saja yang wajib disembah bukannya kepada yang lain.
vi. Mengesakan Allah dari sudut perbuatan hambaNya yang diperintah atau
disuruh seperti solat, puasa dan zakat.

3) TAUHID ASMA WA SIFAT (NAMA DAN SIFAT)


i. Mempercayai bahawa tiada tuhan yang maha pengasih, pemurah, kaya
dan berkuasa melainkan Allah s.w.t.
ii. Mempercayai bahawa zat Allah s.w.t itu mempunyai nama-nama serta
sifat-sifat yang maha sempurna, amat elok dan terbaik.
Iii. Mensifatkan Allah s.w.t dengan segala sifat kesempurnaan dan menangkis
segala sifat kekurangan

Tasawwur Terhadap Manusia

Manusia dari perspektif Islam adalah makhluk mukallaf.Makhluk mukallaf


ialah makhluk yang bertanggungjawab iaitu menjaga hubungan dengan
Allah,manusia dan alam.Manusia diangkat sebagai khalifah atau pemegang
amanah dimana mereka mesti mengikut ketetapan hukum-hukum Allah s.w.t
dan prinsip yang menjadi asas hukum tersebut.sekiranya berlaku
pelanggaran terhadap hukum-hukum Allah s.w.t akan meletakkan diri
manusia itu dalam kebinasaan.

Manusia terdiri daripada unsur jasmani dan rohani.Kemampuan manusia


memenuhi keperluan maddi seperti makan,minum dan sebagainya tidak
boleh dilihat sebagai sesuatu yang sudah mencapai tahap kesempurnaan
hakikat kemanusiaannya.Terdapat tanggungjawab lain yang perlu diberi
perhatian untuk meletakkan manusia sebagai memenuhi hakikat
kemanusiaan yang sebenar iaitu aspek rohaniDalam Al Quran disebut
tentang:
*al-basyar-tidak berbeza dengan makhluk lain
*khalifatullah - Manusia sebagai khalifah Allah
*Abdillah - hubungan antara manusia dengan Penciptanya

Tasawwur Terhadap Alam

Alam bermaksud segala sesuatu yang ada atau yang dianggap ada
oleh manusia di dunia ini selain Allah beserta zat dan sifat-Nya.Alam
merangkumi alam nyata dan alam ghaib.Alam nyata meliputi seluruh ciptaan
Allah s.w.t .Alam ghaib pula meliputi segala yang tidak dapat dicapai oleh
pancaindera.

Alam semesta difungsikan untuk menggerakkan emosi dan perasaan


manusia terhadap keagungan Allah, kekerdilan manusia di hadapan-Nya,dan
pentingnya ketundukan kepada-Nya.
Peredaran matahari dan bulan pada garis edarnya tidak akan menyimpang
dan tidak akan berbeza musimnya. Masing-masing berjalan menurut yang
telah diciptakan Allah dan selaras dengan ketetapan Allah. Peredaran
matahari dan bulan pada garis edarnya tidak akan menyimpang dan tidak
akan berbeza musimnya. Masing-masing berjalan menurut yang telah
diciptakan Allah dan selaras dengan ketetapan Allah

You might also like