You are on page 1of 3

RAS

Ras merupakan kumpulan manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang
berkongsi ciri-ciri biology tersendiri yang diwarisi dan dapat dibezakan dengan jelas
dalam masyarakat. Pada ketika dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori
Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan berdasarkan perbezaan fizikal
seperti warna kulit, warna rambut dan rupa bentuk. Menurut Academic Americxan
Encycopedia Vol.16 (1991), ras bukan sahaja didefinasikan sebagai teori atau falsafah
yang menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri selain daripada warna kulit dan rupa
bentuk yang tertentutetapi juga tingkah laku, kelakuan atau tahap intelektual yang
tertentu. Bagaimanapun, pengertian ini telah disangka oleh Encyclopedia of Region.
Sebaliknya menurut Encyclopedia of Region Vol 12, manusia tidak sepatutnya
dikelaskan mengikut ras. Manusia adalah dalam satu kelas yang sama dan setara.

ETNIK

Kumpulan atau kategori etnik digunakan untuk merujuk secara asasnya kepada warisan
sosiobudaya seseorang itu. Antara ciri konsep etnik ialah budaya adat, bahasa, agama
dan Negara asal nenek moyangnya. Kumpulan etnik ialah kumpulan yang ahlinya
memiliki satu set ciri sosiobudaya yang tersendiri Mengikut Yinger (1994) etnik ialah
satu kumpulan yang wujud dalam erti kata sebenar apabila satu segmen daripada
masyarakat besar dilihat oleh orang lainsebagai berbeza dengan bberapa kombinasi
dalam ciri-ciri berikut- bahasa, agama, ras dan Negara nenek moyang bersama adat
dan kebudayaan yang berkaitan. Mengikut Martin (2003) pula, etnik ialah satu
kumpulan manusia yang wujud sebagai daripada satu masyarakat yang lebih besar
dengan ahli-ahli kumpulan ini mengamalkan budaya yang agak seragam. Dalam
kalangan ahli kumpulan ini mereka berkongsi pertalian darah yang sama.
BUDAYA

Budaya didefinisikan sebagai satu system pemahaman dan kelakuan yang diwarisi
daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Budaya meliputi semua adat,
nilai dan tradisi yang dipelajari daripada persekitarannya. Mengikut Sodowsky (1991),
dalam setiap budaya, masyarakatnya berkongsi nilai adat, tabiat dan ritual yang
samamerangkumi system penglabelan dan penilaian, sikap social, persepsi berkenaan
kemanusian, alam semula jadi,hubungan antara perseorangan, symbol, kesenian dan
artifak yang sama.

STEREOTAIP

Stereotaip merupakan kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik, sama ada
berbentuk negative ataupun positif. Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran yang
berlebih-lebihan tentang sesuatu kumpulan etnik oleh etnik lain. Oleh itu untuk
mengelakkan berlaku sikap stereotaip terhadap sesuatu etnik pemahaman terhadap
budaya etnik lain perlu hayati. Fikiran stereotaip ini wujud daripada pengalaman dalam
kehidupan seharian setiap etnik sehingga membentuk imej atau label terhadap
kumpulan etnik yang lain. Stereotaip negative akan menimbulkan perasaan negative
dalam kalangan masyarakat dan seterusnya menbataskan interaksi antara etnik dan
menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

PREJUDIS

Prejudis ditakrifkan sebagai kepercayaan dan perasaan negative mengenai ahli atau
kelompok etnik lain. Lazimnya, pandangan atau kepercayaan ini bersifat umum dan
tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Prejudis wujud
berdasarkan satu imej mental, biasanya kurang memuaskan terhadap etnik atau ahli-
ahli kumpulan etnik tertentu.
DISKRIMINASI

Diskriminasi merujuk kepada layanan buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap kumpulan
etnik lain, biasanya oleh kumpulan etnik dominan terhadap kumpulan etnik minority.
Diskriminasi akibat daripada prejudis, layanan yang buruk diberikan kepadaa seseorang
brdaasarkan keahliannya dalam sesuatu kumpulan etnik dan bukan atas dasar perilaku
peribadinya.

You might also like