You are on page 1of 4

DHIVYAH A/P ARUMUGAM

950514-02-5942

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 2 ( Khidmat Masyarakat )

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program

khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah

dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn pada 30 April 2015 yang

lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang

semester ini, selepas saya mengikuti perkhemahan BIG pada semester yang lepas kerana

saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam

bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program

khidmat masyarakat ini. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat

dan perolehi daripada aktiviti ini.

Seperti yang telah dirancang, pada hari Sabtu 30 April 2015, kumpulan kami dari

PISMP Ambilan Jun 2014 iaitu seramai 43 orang yang terdiri daripada opsyen Bahasa

Inggeris (TESL) dan Bahasa Cina (BC) telah menjalankan Program Bina Insan Guru Siri 2 di

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Mentor kami iaitu Puan Syamsina

Zahurin turut menyertai kami dalam program ini.

Aktiviti kami bermula pada awal pagi iaitu pada tepat pukul 7 pagi, kami telah

berkumpul di gym IPTHO. Kemudian kami diagihkan kepada beberapa kumpulan untuk

memudahkan kerja. Setiap kumpulan terdiri daripada 9 hingga 10 orang. Selepas itu, kami

diberi taklimat oleh pensyarah yang turut sama terlibat dalam program BIG kami. Dia

membahagikan tugas yang akan dilaksanakan oleh setiap kumpulan. Tugas kumpulan saya

ialah untuk membersihkan nursery di situ. Kami diberikan alatan-alatan seperti sudip, sarung

tangan dan sebagainya. Kami memulakan tugas kami iaitu mengemburkan tanah di pasu-

pasu di nursery tersebut. Selain itu, kami juga membuang tumbuhan-tumbuhan liar di sekitar

kawasan tersebut. Kami juga diminta untuk mengasingkan polybag yang tidak digunakan

untuk menanam ke kawasan lain. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan

program BIG ini. Saya dapat mengenali nama-nama tumbuhan di nursery tersebut dan cara
DHIVYAH A/P ARUMUGAM
950514-02-5942

menjaganya. Selepas satu jam membersihkan nursery, kami berhenti seketika untuk

menikmati sarapan yang disediakan. Selepas itu, kami menyambung kembali tugas kami.

Selain itu, kami juga turut mengeluarkan pokok-pokok lama dari pasu besar. Tugasan ini

memerlukan kerjasama antara guru pelatih. Hal ini kerana, saiz pasu yang besar

memerlukan dua orang dan lebih untuk membuang tanah dan pokok di dalam pasu tersebut.

Semasa menjalankan tugas, kami sentiasa membantu dan menolong antara satu sama lain

demi memastikan kerja kami dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Saya sedar

bahawa kerjasama dan toleransi sesama rakan sebaya adalah sangat penting.

Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri setiap guru

pelatih yang mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain membersih kawasan

nursery tersebut. Persiapan sebelum program berlansung juga dilakukan, dimana saya dan

rakan-rakan membuat tinjaun di tapak yang akan kami bersihkan. Sebagai seorang guru

pelatih, saya perlu membuang satu-satunya kelemahan diri saya iaitu perasaan malu untuk

berkomunikasi dengan dengan masyarakat.


DHIVYAH A/P ARUMUGAM
950514-02-5942

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 2 ( Ceramah)

Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana berpeluang mengikuti Program Bina

Insan Guru fasa ll ini. Program Bina Insan Guru Fasa II kali ini disertai oleh 63 orang pelajar

PISMP Ambilan Jun 2014 yang terdiri daripada opsyen Bahasa Inggeris (TESL), Bahasa

Cina (BC) dan Pendidikan Seni Visual (PSV). Satu ceramah telah dijalankan untuk program

BIG kali ini. Dua pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah

dijemput untuk menyampaikan ceramah.

Slot ceramah untuk BIG dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan pendaftaran guru

pelatih. Semua guru pelatih diminta berkumpul di Balai Ilmu untuk mendaftarkan diri.

Selepas itu, slot pertama ceramah bermula dengan ceramah daripada Puan Aziah Binti

Badri. Tajuk ceramahnya ialah peranan guru dalam terhadap komuniti. Dia menerangkan

betapa pentingya tugas yang digalas oleh seorang guru dalam sesebuah komuniti. Beliau

juga memberitahu kami mengenai peranan yang boleh dijalankan oleh seorang guru

terhadap komuniti. Slot ini berjalan selama satu jam.

Kami diberi rehat selama setengan jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.30 pagi.

Slot kedua bermula pada pukul 10.30 pagi. Penceramah yang dijemput untuk memberi

ceramah ialah Encik Ramli Bin Sanusi. Tajuk ceramah pada slot kedua ialah peranan

komuniti terhadap sekolah. Program berakhir dengan majlis penutupan yang bermula pada

pukul 11.30. Puan Syamsina Zahurin memyampaikan sepatah dua kata sebelum menutup

program tersebut. Selepas itu, kami diberi makan tengahari dan majlis tersebut selesai.

Program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang

dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar

insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

Akhir kata, secara keseluruhannya saya amat berpuas hati setelah

menjalaniprogram BIG ini kerana memberikan pelbagai pengalaman bermakna

yagsememangnya perlu ditempuhi oleh setiap guru pelatih. Saya berharap program
DHIVYAH A/P ARUMUGAM
950514-02-5942

inibukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta perluditeruskan

pada masa yang akan datang seterusnya dapat menjadi panduan danbekalan kepada diri

saya sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik anakbangsa kelak.

You might also like