Perpaduan Hubungan Etnik Nota

You might also like

You are on page 1of 3

USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM.

Peranan sekolah
Rumah terbuka pada hari perayaan
Kepelbagaian kebudayaan
Hari Keluarga
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada
berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang lain dapat
hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat
hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Perpaduan
yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan
pentingnya perpaduan bak kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?
Satu daripada usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita adalah peranan yang
dimainkan oleh pihak sekolah. Rakyat harus menyokong cadangan mewujudkan satu sistem
pendidikan berteraskan kebangsaan. Dengan adanya sistem pendidikan yang terbuka kepada
setiap kaum dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, hal ini mampu
membentuk elemen perpaduan dalam kalangan murid. Apabila murid berbilang kaum di
peringkat awal didedahkan dengan kepelbagaian bangsa dan agama di sekolah rendah lagi,
usaha untuk membentuk satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu dapat dilakukan
dengan lebih berkesan. Di sekolah, murid-murid yang berbilang kaum akan berinteraksi,
bergaul , bermain dan sebagainya semasa melakukan aktiviti- aktiviti semasa P & P ataupun
aktiviti kokurikulum. Dengan cara ini, generasi Malaysia yang lebih bersefahaman, bekerjasama
dan bersatu padu mampu dilahirkan. Selain itu, menerusi sukatan pelajaran Bahasa Melayu,
Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, sifat perpaduan kaum dapat dipupuk dalam
kalangan murid. Jelasnya, generasi muda akan sedar akan peranan mereka untuk mengukuhkan
perpaduan kaum menerusi peranan yang dimainkan oleh pihak sekolah.
Selain itu, rumah terbuka yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan
kaum di negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang disambut oleh
penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dalam kalangan rakyat
Malaysia. Amalan kunjung-mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru
Cina, Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat Malaysia boleh mengenali adat
resam setiap kaum dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan
saling menghormati antara satu sama lain. Setiap kaum yang ada di negara kita sedia menerima
adat resam dan budaya kaum lain selain dapat menikmati juadah tradisional masyarakat
mengikut kaum yang ada di Negara kita. Rakan-rakan yang datang berkunjung ke rumah kita
bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan sesama kaum tetapi juga dapat memeriahkan suasana
rumah terbuka. Tegasnya, rumah terbuka yang diadakan pada setiap perayaan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat.
Di samping itu, perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dipupuk menerusi
aktiviti hari keluarga. Hari keluarga merupakan aktiviti yang sihat yang wajar menjadi kemestian
sesebuah komuniti. Aktiviti hari keluarga boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat dalam
sesebuah taman atau komuniti untuk mengerattkan hubungan sesama kaum.Hari keluarga boleh
diadakan pada hujung minggu dan boleh dijalankan di kawasan berhampiran tempat tinggal
seperti di padang sekolah, taman rekreasi atau di sesebuah tempat perkelahan. Ibu bapa boleh
membawa anak masing-masing dan menyertai aktiviti yang dijalankan. Secara tidak langsung,
setiap ahli masyarakat dapat mengenali, dan berkomunikasi dengan jiran tetangga mereka yang
selama ini hanya berpeluang untuk melihat muka tanpa berbual-bual ketika keluar rumah.
Jelasnya, aktiviti hari keluarga yang dijalankan dapat mengeratkan perpaduan dan sekali gus
menjayakan Gagasan 1Malaysia.
Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan menerusi
kepelbagaian kebudayaan. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek yang
penting untuk mewujudkan perpaduan. Walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza,
namun apabila dikaitkan dengan kebudayaan, semua rakyat boleh menerimanya tanpa wujud
prasangka. Apabila diadakan sesuatu persembahan untuk meraikan hari kebesaran atau menerima
kedatangan orang kenamaan, akan dipersembahkan tarian oleh pelbagai kaum seperti tarian
Zapin dan tarian Inang oleh masyarakat Melayu. Tarian kipas, tarian singa dan tarian piring oleh
masyaraat Cina, Tarian Bharatanatiam dan Tarian Kollattam oleh masyarakat India. Persembahan
kebudayaan yang unik ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelancong asing yang
berkunjung ke negara ini. Tegasnya, kepelbagaian kebudayaan yang ada di negara kita dapat
mewujudkan perpaduan kaum dan mengenali antara satu sama lain kerana tak kenal maka tak
cinta.
Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum perlu diberi penekanan di negara kita
kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah
bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia
perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Bersatu teguh, bercerai roboh.

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJARKata-kata hikmat


yang berbunyi bersatu teguh, bercerai roboh jelasmenunjukkan betapa
pentingnya perpaduan kepada sesebuah negara. Tanpaperpaduan, negara bukan
sahaja tidak stabil dan maju, malah akan mengalamikeruntuhan. Sebagai contoh,
pada awal kurun ke-16, oleh sebab perpecahandalam kalangan rakyat, Kesultanan
Melayu Melaka semakin merosot sehinggaakhirnya ditawan oleh orang
Portugis.Walaupun Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi
denganadanya perpaduan, kita telah berjaya mencapai kemerdekaan
daripadapenjajah British tanpa pertumpahan darah. Pemimpin pelbagai
kaummenunjukkan semangat muhibah dan perpaduan yang tidak berbelah
bahagisehingga berjaya meyakinkan pihak penjajah tentang kebolehan rakyat
negarakita untuk mentadbirkan negara sendiri.Untuk memastikan negara kita terus
maju dan makmur, perpaduan rakyatmesti dikekalkan. Satu tempat yang sesuai
untuk menyemaikan benihperpaduan ialah sekolah. Pelajar yang menuntut di
bawah satu bumbungharus disemaikan semangat muhibah dan perpaduan agar
apabila dewasakelak, tenaga mereka dapat digembleng tanpa mengira kaum
untukmembawa negara ke mercu kecemerlangan.Pengenalan Rukun Negara
merupakan satu daripada usaha kerajaan untukmewujudkan sebuah masyarakat
yang bersatu padu. Para pendidik hendaklahberusaha sedaya upaya agar para
pelajar dapat menghayati prinsip-prinsipRukun Negara dan mengamalkan prinsip-
prinsip dalam kehidupan sehari-hari .Perpaduan hanya dapat dipupuk sekiranya
semua kaum berpeluangbercampur gaul dengan mesra. Oleh itu, guru dan pihak
sekolah perlumerancang aktiviti-aktiviti untuk penyertaan pelbagai kaum. Sebagai
contoh,guru boleh menetapkan kumpulan perbincangan yang terdiri
daripadapelbagai kaum. Pihak sekolah pula boleh dari semasa ke semasa
mengadakanprojek gotong-royong yang melibatkan pelbagai kaum. Aktiviti
kokurikulumyang dilaksanakan sebaik-baiknya melibatkan pelbagai kaum agar
interaksikaum dapat dicapai. Misalnya, pelajar Melayu dan India harus
digalakkanmenyertai pasukan bola keranjang manakala pelajar Cina dan
Indiadigalakkan menyertai kelab sepak takraw. Peribahasa Melayu adamengatakan
tak kenal maka tak cinta. Melalui interaksi antara kaum, kitadapat memahami adat
resam dan pantang larang kaum lain dan seterusnyasikap prasangka terhadap
kaum lain dapat dikikis.Selain itu, dalam aspek pengajaran, setiap subjek yang
diajarkan harusmenekankan nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati,
bertoleransi,bertolak ansur, dan bersopan santun. Jika semua kaum dapat
mengamalkannilai-nilai murni ini, perpaduan pasti dapat dicapai.Kesimpulannya,
perpaduan kaum merupakan kunci kemajuan dankemakmuran negara. Langkah-
langkah tersebut di atas harus dijalankandengan sungguh-sungguh dan bukan
sekadar melepaskan batuk di tanggaagar benih perpaduan dapat disemaikan dalam
kalangan pelajar.

You might also like