You are on page 1of 2

Refleksi penyeliaan

kedua

Pada 06 Mac 2012, pengajaran dan pembelajaran saya telah dipantau oleh
pensyarah pemimbing En. Mohd Faizal bin Hassan. Ini adalah penyeliaan yang
kedua beliau. Beliau telah memantau bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Hari ini
saya mengajar Perkataan KV + KVKK bagi murid tahun 3.

En.Faizal telah memberikan beberapa idea untuk menjalankan pengajaran dan


pembelajaran dengan berkesan. Beliau telah memberikan banyak pendapat dan
komen terhadap pengajaran dan pembelajaran saya. Beliau menyatakan kelebihan
dan kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya.

Pertamanya, beliau perpendapat bahawa set induksi sangat menarik. Hal ini
kerana dalam set induksi, saya menutupkan mata murid dan memberi jagung
dengan bawang untuk menyentuh. Murid-murid merasakan bentuk benda yang
dipegang itu dan meneka nama benda tersebut. Justeru saya memberikan beberapa
maklumat kecil berkaitan benda tersebut bagi murid untuk mengenalpasti. Set
induksi ini sangat menarik serta telah membawa murid untuk berfikir. Namun
terdapat juga kelemahan pada bahagian ini. Beliau mengatakan bahawa saya terlalu
cepat memulakan pengajaran. Beliau mencadangkan supaya boleh menanya
beberapa soalan tentang pembelajaran lepas sebelum memulakan pengajaran.

Seterusnya dalam langkah 1, saya telah menggunakan sayur-sayuran


sebenar seperti terung, bawang, jagung dan kerang untuk memperkenalkan
perkataan KV+KVKK. Selain itu, saya menggunakan komputer riba dan kad imbas
bagi mengajar perkataan KV + KVKK. Murid-murid telah berminat dan berseronok
untuk memegang dan merasakan bahan-bahan sebenar. Justeru semasa mengajar
perkataan KV+KVKK telah dapat mengaitkan dengan pengalaman murid. Mereka
telah dapat mengaitkan penggunaan sayur-sayuran dalam pengalaman harian
mereka. Murid-murid telah memberikan respon yang baik sepanjang pengajaran dan
pembelajaran.
Seterusnya sebagai aktiviti pengukuhan, saya telah menyediakan aktiviti
stesan. Aktiviti stesan telah dijalankan di luar bilik darjah. Pensyarah telah memuji
atas pelaksanaan aktiviti di luar bilik darjah. Stesan pertama adalah memadankan
perkataan dengan gambar dalam kotak mancis. Murid telah membuat dengan
sungguh dalam aktiviti ini.

Stesan kedua adalah diadakan dalam bentuk permainan. Murid memasukan


gelang dalam kon untuk mendapatkan soalan. Aktiviti ini telah dapat menarik minat
murid. Namun terdapat kelemahan darisegi soalan yang disediakan. Dalam stesan
ini murid dikehendaki menulis perkataan KV+KVKK berdasarkan gambar yang
didapat. Murid telah menghadapi sedikit kesukaran untuk menulis. Hal ini kerana
saya tidak memberi latihan menulis semasa langkah 1.

Stesan ke tiga adalah murid menyusun suku kata menjadikan perkataan


KV+KVKK dalam kad prima. Pensyarah telah berpendapat bahawa suatu bahan
bantu mengajar yang kreatif. Seterusnya stesan ke empat. Dalam stesan ini murid
sangat seronok untuk main kerana saya mengadakan permainan gelang. Murid-
murid sangat seronok untuk main kerana aktiviti ini dijalankan dalam bentuk
pertandingan.

Kelebihan yang lain yang dikatakan oleh beliau adalah saya telah
mengutamakan penglibatan murid dengan bagi peluang kepada murid untuk
menandakan hasil jawapan rakan semasa aktiviti pengukuhan. Justeru, semasa
penilaian, murid menulis perkataan dalam kad imbas berdasarkan kad gambar yang
ditunjuk oleh guru. Penilaian jenis ini dapat menilai hasil penguasaan murid dengan
terus. Selain itu beliau juga mengatakan bahawa, perbualan atau komunikasi antara
murid dengan guru sangat baik.

Melalui penyeliaan ini saya telah berasa amat bersyukur kerana mendapat
banyak pengetahuan yang berfaedah tentang pengajaran dan pembelajaran
daripada pensayarah. Kelebihan-kelebihan dapat meningkatkan keyakinnan diri
saya dalam melaksanakan praktikum dengan sesungguhnya. Justeru, kelemahan-
kelemahan dapat membantu saya bagi menilai diri sendiri serta dapat
mempertingkatkan lagi kualiti pengajaran saya.

You might also like