You are on page 1of 2

CHIUNG HUEI YEE PISMP SN JUN 2014

Apakah masalah-masalah yang anda hadapi dalam pelaksanaan


pengajaran Pendidikan Moral di sekolah anda? Bagaimana anda
akan mengatasi masalah-masalah tersebut?

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan


pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. Pertama sekali ialah murid mudah
bosan jika menggunakan kaedah chalk and talk. Murid akan mula membuat
kerja sendiri jika dan ada lagi yang tidur dalam kelas apabila murid berasa
bosan. Apabila guru menegur mereka, mereka akan menumpukan perhatian
tetapi hanya untuk seketika sahaja. Cadangan penambahbaikan ialah guru
perlu menggunakan aktiviti yang pelbagai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu menggunakan strategi yang sesuai untuk murid-
murid sekolah rendah. Murid-murid sekolah rendah suka untuk bermain maka
guru boleh menyerapkan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh menggunakan cerita supaya dapat
menerapkan nilai murni melalui cerita yang digunakan. Dengan
menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik seperti boneka, buku
besar dan sebagainya dapat membantu meningkatkan kefahaman murid.

Masalah yang satu lagi ialah saya dapati murid tidak dapat
mengamalkan nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Saya
dapati murid boleh memahami nilai murni dan juga boleh mengingati nilai
murni tetapi mereka bukan sebenarnya dapat mengamalkan nilai murni
dalam kehidupan seharian. Cadangan penyelesaian masalah ini ialah guru
sendiri perlu menjadi teladan bagi murid-murid iaitu guru sendiri perlu
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, guru
perlu bersopan santu apabila bertutur tidak kira di dalam kelas ataupun di
luar waktu kelas supaya murid-murid boleh ikut tingkah laku guru.

Saya juga dapati sekolah-sekolah kurang mementingkan Pendidikan


Moral kerana mata pelajaran ini tidak diuji dalam peperiksaan. Murid-murid
CHIUNG HUEI YEE PISMP SN JUN 2014

juga menganggap mata pelajaran ini adalah tidak penting maka mereka
mengambil remeh terhadap Pendidikan Moral. Sebagai guru Pendidikan
Moral, saya perlu memberi kesedaran kepada murid bahawa Pendidikan
Moral adalah subjek yang penting dan boleh digunakan dalam kehidupan
kita.

You might also like