You are on page 1of 3

1PENJAGAAN KESIHATAN ORAL

Penjagaan kesihatan oral melibatkan penjagaan dan pembersihan keseluruhan mulut


dan gigisecara sempurna. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh salah sebuah
badan bukan kerajaan (NGO) mendapati kebanyakan penduduk dewasa
di Malaysia mengalami masalahkesihatan oral akibat daripada penjagaan oral yang
tidak sempurna. Kesihatan oral meliputi penjagaan, pembersihan dan perapian
keseluruhan bahagian mulut iaitu gigi, lidah, gusi, lelangitdan bahagian dalam pipi.
Berdasarkan kajian, hanya 23 peratus sahaja plak yang dibersihkandengan menggosok
gigi berbanding dengan penjagaan keseluruhan kesihatan oral.Kesihatan oral amat
penting kerana bahagian tubuh badan ini merangkumi struktur dan fungsi gigi dan gusi
yang normal. Kesihatan oral secara setempat pula menjamin sistem pernafasan,
pengunyahan dan penghadaman makanan, menghidu bau-bauan, rasa, pertuturan
dankaedah menelan. Pertumbuhan struktur oral mula berlaku di dalam janin sewaktu
berumur tiga minggu dalam kandungan ibu sehingga kepada pertumbuhan gigi bongsu
ketika dewasa. Pelbagai pihak juga turut me mberi pendedahan kepada cara dan
langkah untuk menjagakesihatan oral bermula daripada memberus gigi. Setiap
individu seharusnya mempunyai asasdalam penjagaan kesihatan oral terutama
bahagian gigi sehingga ke hari ini. Namun tidak semua pihak tahu akan penyakit-
penyakit sampingan yang mungkin akan dialami sekiranya tidak mengamalkan
penjagaan yang sempurna. Antara penyakit yang diakibatkan oleh ketidaksempurnaan
penjagaan kesihatan oral adalah kerosakan gigi (karies gigi), penyakit gusi
(periodontium), kanser mulut, maloklusi dannafas berbau (halitosis). Penyakit-
penyakit ini didapati berpunca daripada bakteria dan plak-plak yang terkumpul yang
tidak dapat dibersihkan melalui amalan memberus gigi. Bakteria dan
plak tersebut akan terperangkap dan akan menyebabkan penyakit-
penyakit tersebut terjadi. Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makanan atau
minuman yang mengandungi gula juga
akanmenyumbang kepada kerosakan gigi sekiranya tidak dibersihkan selepas me makan
ataumeminum bahan-bahan berkenaan. Tabiat merokok dan minuman beralkohol turut
merupakanantara punca yang menyumbang kepada kerosakan gigi.

Kerosakan gigi atau juga dikenali sebagai karies gigi adalah hasil tindak balas antara
plak dangula yang menghasilkan toksin. Akibat daripada tindak balas tersebut
permukaan luar gigi yangdikenali sebagai enamel akan menjadi retak dan
menyebabkan gigi berlubang dan karies gigi.Masalah ini tidak berpunca daripada
jumlah pengambilan gula dalam makanan tetapi kekerapan pengambilan gula dalam
pemakanan. Bakteria yang terdapat di dalam mulut akan
menukarkangula kepada kanji dalam makanan kepada asid yang akan menghakis gigi s
ecara perlahan.Penyakit gusi merupakan suatu keadaan gusi yang mudah berdarah, mer
ah dan bengkak.Contohnya penyakit periodontal, iaitu penyakit yang melibatkan gusi
dan tisu yang menyokonggigi dan ia berpunca daripada toksin yang dihasilkan
oleh bakteria. Maloklusi pula merupakansuatu keadaan susunan gigi yang tidak teratur
iaitu gigi berlapis, gigi jongang, gigi terbuka didepan dan gigi jarang. Maloklusi
berpunca daripada tabiat buruk individu sendiri iaitu sukamenghisap punting atau jari
semasa kecil. Penyakit ini juga disebabkan oleh kehilangan gigi susuterlalu awal,
keturunan (perbezaan saiz rahang dengan gigi) dan bilangan gigi lebih atau
kurang.Akibat daripada maloklusi ini ialah menjejaskan penampilan dan ke yakinan
diri individu yangmengalaminya dan juga memberikan kesan kepada sistem
penghadaman individu berkenaan.Masalah nafas berbau atau dikenali juga sebagai
halisitosis ini berpunca daripada penjagaankebersihan mulut yang tidak sempurna
yang menyebabkan bacteria dan plak akan terkumpuldidalam mulut. Nafas berbau
boleh menyebabkan individu tersebut mengalami tekanan perasaan,sentiasa merendah
diri, kurang berke yakinan dan akan menjauhkan diri daripada orang lain.Masalah
mulut kering atau xerostomia adalah satu keadaan di mana penghasilan air liur
adalah berkurangan berbanding normal. Masalah ini sering berlaku apabila kepada
individu apabilaumur meningkat. Wanita lebih kerap mengalami masalah mulut kering
ini jika dibandingkandengan kaum lelaki. Antara faktor-faktor yang menyebabkan
masalah mulut kering adalah disebabkan oleh masalah kesihatan
seperti diabetes, pengambilan ubat-ubatan tertentucontohnya ubat-ubatan untuk darah
tinggi dan stres atau rawatan perubatan seperti radioterapi,tabiat bernafas melalui
mulut dan juga kurang minum air.Akibat daripada penjagaan yang tidak sempurna
juga akan me mberikan impak terhadap tahap
kesihatan seluruh badan kerana melibatkan fungsi penghadaman, pengunyahan dan pen
cernaan bahan makanan yang merupakan sumber utama dalam kehidupan setiap
individu.Pelbagai langkah boleh diambil bagi mengelakkan daripada mengalami
komplikasi oral yang boleh diamalkan oleh setiap individu secara sendiri. Antara
langkah yang boleh diamalkan adalah melalui pengamalan teknik memberus gigi
dengan betul, pengambilan bahan kumur yang boleh me mbantu menghapuskan
bakteria tersembunyi, mengamalkan sistem pemakanan yang betul, dan juga
pengamalan gaya hidup yang sihat seperti mengurangkan merokok dan
me minumalkohol. Penggunaan ubat gigi berfluorida dapat me mbantu memelihara
ketahanan gigi. Hal inikerana fluorida adalah sejenis bahan mineral
menghalang kerosakan gigi dengan menguatkanlapisan enamel gigi dan menyebabkan
ia lebih tahan kepada serangan asid yang dihasilkan oleh bakteria.Penggunaan
berus gigi juga haruslah dititik beratkan dengan mengambil kira saiz, jenis bulu berus
gigi dan kekerapan menukar berus gigi tersebut. Akibatnya pemilihan berus gigi
yangtidak bagus juga akan menyebabkan penyakit gusi bengkak dan berdarah. Selain
itu, penggunaanflos juga adalah merupakan salah satu langkah yang bijak. Flos boleh
diibaratkan seperti seutastali yang dapat me mbersihkan sisa-
sisa makanan yang terperangkap di celahan gigi untuk menghalang pembentukan
bakteria dalam mulut. Namun masih ramai yang tidak mahu atau tidak tahu bagaimana
untuk menggunakan peralatan seumpama itu. Mengamalkan minum air
mineralsecara kerap juga dapat me melihara mulut daripada mengalami xerostomia. Ma
nakala bagimengelakkan nafas berbau kita boleh mengamalkan pengumuran dan juga
pengunyahan gula-gula bagi memelihara nafas sentiasa segar dan nyaman.
Pemeriksaan gigi secara berkala juga boleh diamalkan untuk me mantau tahap
kesihatan gigi dan mulut daripada pakar pergigian.Kesihatan yang baik bermula di
mulut. Ini kerana permulaan proses pencernaan
makananataupun permulaan sistem penghadaman berlaku di dalam mulut kita. Keboleh
an untuk mengunyah dan menghadam makanan juga merupakan satu faktor penting dal
am menjagakesihatan oral. Kesimpulannya, mulut yang bersih dapat mengurangkan ris
iko mendapati penyakit gigi seperti periodontitis yang boleh menyumbang kepada
permulaan penyakit seriusseperti penyakit jantung dan kencing manis. Terlebih
dahulu, kita perlu menukar persepsi kitatentang kepentingan penjagaan gigi dan
berhenti me mandang ringan terhadap tahap kesihatangigi. Apabila kesedaran diri telah
disemai dalam minda kita, kita akan lebih bersungguh-sungguhuntuk memiliki tahap
kesihatan gigi yang terbaik. Oleh kerana itu, memberus gigi adalah pentinguntuk
mengekalkan mulut dan gigi yang bersih dan sihat.

You might also like