You are on page 1of 13

Bab 5 Kerjaya

3 komponen

1. Perkhidmatan Inventori
2. Perkhidmatan Maklumat
3. Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

Perkhidmatan Inventori

o sumber untuk membantu pelajar mengenali,


memahami dan menerima keadaan diri sendiri
o mengumpul, menganalisis dan menggunakan
data-data psikologi dan sosial yang objektif
dan subjektif mengenai diri pelajar

Peranan Kaunselor:

1. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap


pelajar
2. Bertanggungjawab mengumpulkan dan
merekodkan butir-butir yang berkaitan dengan
penilaian dan tafsiran minat pelajar
3. Memerhatikan perangkaan dan corak
kehadiran pelajar untuk tujuan perancangan
program bimbingan
4. Menyelaraskan dan mengemaskinikan rekod-
rekod pelajar supaya dapat digunakan untuk
tujuan perancangan dan perkhidmatan
bimbingan
5. Mengumpul maklumat pencapaian akademik
pelajar untuk memerhatikan pola-pola
perkembangan diri pelajar-pelajar secara
keseluruhan
6. Menjalankan kajian dan memberikan tafsiran
atau menjalankan kajian yang perlu untuk
membantu perkembangan diri pelajar

Perkhidmatan Maklumat

o menyediakan maklumat mengenai pendidikan,


pekerjaan dan sosial
o merangkumi bahan-bahan mengenai dunia
pekerjaan, struktur dan organisasi, keperluan
yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan,
ganjaran, tahap pendidikan, kualiti diri dan
pengalaman yang dapat menolong untuk
berjaya dalam pekerjaan itu.

Maklumat Pendidikan
o segala jenis bahan yang membincangkan
segala jenis peluang pendidikan dan latihan
yang boleh dan bakal digunakan.
o contoh: jenis pendidikan, bentuk, kandungan
program, syarat-syarat kemasukan,
perbelanjaan yang diperlukan, keistimewaan,
kemudahan dll
Maklumat Pekerjaan

o bahan-bahan yang membincangkan tentang


tugas, syarat kemasukan, suasana pekerjaan,
gaji dan ganjaran-ganjaran lain, peluang
kenaikan pangkat, masa depan pekerjaan dll

Maklumat Sosial
o maklumat yang dapat membantu individu
memahami keadaan manusia dan alam
sekeliling sesuatu pekerjaan

Pengumpulan Maklumat

1. Pengguna Utama
2. Keadaan Masyarakat Setempat
3. Kakitangan yang akan menggunakan
maklumat
4. Bagaimana maklumat digunakan
5. Maklumat yang telah terkumpul
6. Sumber tempatan
7. Peruntukan kewangan

Di mana mendapatkan maklumat

o Agensi kerajaan: Jabatan Tenaga Rakyat


o Syarikat-syarikat Swasta
o NGO: Persatuan Kaunseling Malaysia,
CUEPACS, Kelab-kelab
o Institusi-institusi pendidikan: MRSM, IKM,
IPTA dll
o Dictionary of Occupational Titles

Penilaian Maklumat

o Ketepatan maklumat
o Maklumat yang kemas kini
o Faedah atau kegunaan maklumat
o Menarik perhatian
o Ketelitian maklumat

Penyebaran maklumat

o Pusat Sumber
o Hari Kerjaya
o Seminar Kerjaya atau Ceramah Kerjaya
o Lawatan
o Perkhemahan Kerjaya

Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya

o untuk membantu membuat keputusan


o membantu mencapai kematangan pemilihan
pendidikan dan pekerjaan
o menggunakan maklumat kerjaya dan
maklumat inventori
o berpandukan teori-teori kerjaya seperti teori
Holland, Super dll
Kenapa Perlu Kaunseling Kerjaya?

Menurut Mizan(1992),

1. Klien tidak dapat bertanggungjawab sendiri


untuk membuat keputusan
2. Klien mempunyai kurang maklumat dan tidak
tahu apa yang ia tahu untuk membuat
keputusan
3. Klien mempunyai beberapa pandangan yang
bercanggah tentang dirinya dan tentang kerjaya
yang diminati dan yang dikehendaki
4. Pertelingkahan pemilihan antara pilihan sendiri
dengan pilihan individu penting di sekeliling
mereka seperti ibubapa.
5. Pertelingkahan antara nilai positif dan negatif
tentang sesuatu pekerjaan
6. Memerlukan pengukuhan

Menurut Healey (1982),

1. Matlamat yang tidak realistik


2. Tidak memahami konsep pekerjaan atau sistem
pekerjaan yang ada
3. Tidak sanggup melibatkan diri kepada sesuatu
pilihan
4. Melihat masalah secara berpecah-pecah atau
tidak menyeluruh
5. Mempunyai maklumat yang tidak tepat atau
melihat masalah dengan tidak tepat
6. Rasa cemas diri yang tinggi

Teori-teori Kaunseling Kerjaya

Teori Holland

o Menganggap bahawa minat kerjaya merupakan


sebahagian daripada personaliti keseluruhan
seseorang individu
o Membahagikan personaliti individu dan
persekitaran pekerjaan kepada 6 jenis iaitu
Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,
Enterprising, Conventional.
o Menekankan kepada pemadanan personaliti
dengan persekitaran
o Contoh : Individu Realistik sesuai bekerja
dalam persekitaran Realistik

Andaian

1. Personaliti setiap individu adalah berbeza-beza


2. Personaliti adalah hasil daripada baka dan
persekitaran
3. Setiap individu mempunyai definisi, imej dan
nilai yang tersendiri terhadap setiap pekerjaan
4. Individu yang berminat didalam sesuatu
pekerjaan akan mempunyai sifat keperibadian
yang sama atau hampir sama lalu mereka akan
menyelesaikan masalah dengan tindakan yang
sama atau hampir sama
5. Kepuasan, kestabilan dan pencapaian didalam
bidang kerjaya boleh diramalkan berdasarkan
interaksi individu dan persekitaran pekerjaan

6 personaliti Holand

Realistik:

o mempunyai kemahiran bersukan dan


mekanikal
o lebih suka bekerja di luar bangunan daripada
di dalam bangunan
o menggunakan kebolehan dan kekuatan fizikal
dalam menyelesaikan masalah
o bersifat pratikal, maskulin, berterus terang,
tekun materialistik dan jujur
o mempunyai kebolehan yang tinggi jika bekerja
dengan benda, binatang, alat dan peralatan
teknikal
o kurang berkebolehan dalam sosial dan
pendidikan
o contoh; jurutera, pilot, tentera, ahli sukan,
petani, nelayan

Investigatif:
o sukakan pengetahuan, mempunyai kebolehan
matematik dan saintifik tetapi lemah dalam
kebolehan memimpin
o bersifat analitikal, berwaspada, kritikal,
mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi,
berdikari, intelektual, pasif, pemalu dan
pendiam
o menggunakan kecerdasan dalam
menyelesaikan masalah
o Contoh: ahli sains

Artistik:

o suka aktiviti yang bercorak bebas, tidak


bersistematik dan suka kepada perkara-perkara
yang tidak jelas dan kabur.
o mencipta bentuk-bentuk dan hasil-hasil seni
o bersifat emosional, feminin, imaginatif,
tergesa-gesa, kurang bersosial dan sensitif
o Contoh: pelukis

Sosial:

o suka berurusan dengan orang lain, bersifat


riang, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi
dan suka menjadi pemimpin.
o suka melibatkan diri dalam aktiviti
memberitahu, melatih, membentuk, merawat,
menyedarkan orang lain, memberi nasihat,
tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling
o tidak suka kepada aktiviti yang melibatkan
peralatan mesin dan aktiviti yang terlalu teratur
dan bersistematik
o Contoh: Guru

Enterprising:

o suka terlibat dalam aktiviti yang menggunakan


orang lain untuk mencapai matalamat
o menonjolkan sebagai seorang yang suka
mengembara, berani mengambil risiko, ingin
menguasai orang lain, agresif, berkeyakinan
diri, petah bercakap.
o lemah dalam kecekapan saintifik
o Contoh: pengurus

Konvensional:

o sukakan aktiviti yang bercorak teratur dan


sistematik
o sentiasa mematuhi peraturan, kemas, taat
perintah, teliti, berpendirian teguh
o tidak imaginatif, tidak berdikari
o Contoh: kerja perkeranian

Teori Super
o merupakan teori perkembangan vokasional
o berpendapat bahawa konsep kendiri
merupakan kuasa pendorong yang
mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang
o Pemilihan kerjaya adalah suatu usaha yang
merealisasikan konsep kendiri seseorang itu.

Andaian

1. Manusia berbeza dari segi minat dan


personaliti

2. Individu-individu boleh menjawat beberapa


jenis pekerjaan disebabkan kebolehan, minat
dan trait personaliti yang berbeza

3. Setiap pekerjaan memerlukan corak kebolehan,


minat dan ciri-ciri personaliti yang tertentu.
Oleh itu seseorang individu boleh menjawat
beberapa jenis pekerjaan dan beberapa
individu boleh melakukan satu jenis pekerjaan

4. Pemilihan pekerjaan, pesekitaran di mana


individu hidup dan bekerja dan konsep kendiri
berubah dari masa ke semasa apabila
pengalaman baru diperolehi. Oleh itu membuat
pilihan dan menyesuaikan diri dengan situasi
baru merupakan satu proses yang berterusan.
5. Terdapat lima peringkat hidup iaitu
pertumbuhan, penerokaan, pengukuhan,
pengekalkan dan kemerosotan.

6. Pemilihan kerjaya ditentukan oleh taraf


sosioekonomi ibubapa, keupayaan mental,
sifat-sifat peribadi dan peluang-peluang
pekerjaan yang ditawarkan kepada seseorang.
7. Perkembangan individu melalui peringkat-
peringkat hidup tertentu boleh dibimbing
dengan membantu proses kematangan,
keupayaan dan minat seseorang individu.

8. Proses perkembangan vokasional merupakan


suatu proses perkembangan dan pelaksanaan
konsep kendiri. Setelah seseorang membina
konsep kendirinya, dia akan memilih pekerjaan
yang sejajar dengan konsep kendiri itu dan
menolak pekerjaan-pekerjaan lain.

9. Proses kompromi di antara individu dan


faktor-faktor sosial, di antara konsep kendiri
dan realiti diperolehi daripada maklumbalas
dari pembelajaran

10. Kepuasan kerja dan kepuasan hidup


bergantung kepada sejauh mana seseorang itu
dapat menggunakan kebolehan, minat, ciri-ciri
personaliti dan nilai-nilai yang menjadi
pegangannya.
Peringkat kehidupan

1. Peringkat Pertumbuhan ( dari lahir 14 tahun)

o pertumbuhan fizikal dan psikologi


o mula membina sikap dan tingkahlaku
yang menjadi asas konsep kendiri
o pengalaman digunakan sebagai asas
pengetahuan semasa membuat pilihan
kerjaya

2. Peringkat Penerokaan (15 24 tahun)

o mula menyedari kepentingan pekerjaan


o ada tiga tahap iaitu

a. Fantasi
b. Tentatif
c. Realistik

3. Peringkat Pengukuhan ( 25 44 tahun)


o individu akan melakukan beberapa
percubaan
o lebih setabil selepas memperolehi
pengalaman dan kemahiran bertambah
o memilih pekerjaan yang paling sesuai

4. peringkat Pengekalan ( 45 64 tahun)

o memperbaiki keadaan pekerjaannya


o terus berusaha mencapai kepuasan
o berusaha nebgubahsuai perasaan tidak selesa

5. Peringkat kemerosotan ( 65 keatas)

o bersara
o lebih mementingkan pengekalkan jawatan
daripada memperbaikinya.

You might also like