You are on page 1of 19

PENGENALAN

Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu
'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai
pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah
sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa'

(Chua,1982)
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang
bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi
membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luarbiasa.
(Gearhart dan Weishahn,1980)

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia

Pendekatan Baru Difinisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan


Khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran
pengembangan ( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang
menekankan kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).

Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan


kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan
pendidikan khas seperti berikut :-

kebolehan kognitif

perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial

penguasaan bahasa lisan / pertuturan

pengusaan membaca

kemahiran matematik

kemahiran pertumbuhan asas manusia


kemahiran berdikari

kemahiran keusahawanan

kebolehan penglihatan

kebolehan pendengaran

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,nsemua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan


pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007).
Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yangdirekabentuk bagi memenuhi keperluan
pendidikan bagi kanak-kanak yangberkeperluan khas

.
Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga
perlu diketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah(Jamila K.A
Mohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khasmenyukarkan guru untuk
mengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi olehseseorang murid itu. Tanpa pengetahuan
juag menyebabkan pelbagai lontaran stigmadiberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkan
murid-murid ini dilabelkan sebagaimalas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhal
terdapat keadaandalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.

Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-


kanakberkeperluan khas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan
kepada 8 kategori sahaja dengan merangkumkan beberapa kategor iseperti di bawah;
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS;

KURANG UPAYA PENDENGARAN

KURANG UPAYA PENGLIHATAN

KURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASA

KURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)

KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATAN

KURANG UPAYA PEMBELAJARAN

GANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKU

PINTAR CERDAS

A. DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN


Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah
dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami
kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami
boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan-kebolehan yang berikut:

1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik

i. CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri


yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam
mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

a. Ciri-ciri fizikal

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan
kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah
keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor faktor organik adalah lebih kecil
bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

b. Ciri-ciri intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek


yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai
contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang
pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan
keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak
sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa
yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada
peringkat umur 8 tahun atau lebih.

c. Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap


sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil
daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur
kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-
kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai
mental yang sama dengan mereka.

ii. RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk


menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka
secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi
pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk
memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan,
budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

iii. MATLAMAT

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan


melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-
kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,
bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli
masyarakat yang berguna dan berdikari.

iv.OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya


untuk membolehkan mereka:
1. Menguasai kemahiran komunikasi
2. Menguasai kemahiran bergaul
3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam
sekeliling
4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian
6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif
7. Melibatkan diri dalamkegiatan rekreasi
8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
10. Mengembangkan potensi,bakat,dan daya kreatif serta intelek

v.SASARAN

a. Murid-murid terencat akal ringan yang:


Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah

Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Tiada kecacatan fizikal yang teruk

Tiada mengalami masalah sikap/tingkahlaku luarbiasa seperti hyperaktif
(sukar dikawal),ganas atau mental yang teruk

Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan,jantung dan
lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru)

Terencat Akal

Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia

Autisme

Bermasalah komunikasi

Sukakan rutin

Berada di dunia sendiri

Ekolalia

Cederakan diri sendiri

Kompulsif tanpa tahu kesan

Tidak suka bergaul

Tidak ada tentangan mata

Kerencatan bahasa

Masalah kefahaman

Tidak suka disentuh

Bermasalah interaksi social

Pergerakan berulang-ulang
Palsi Serebrum

Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan

Masalah pergerakan

Masalah postur

Kekejangan

Pergerakan tidak terkawal

Masalah imbangan badan

Masalah komunikasi

Masalah motor halus/kasar

Masalah tulisan

Masalah perkembangan motor halus/kasar

Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa

Kecelaruan pertuturan

Kecelaruan bahasa

Kecelaruan suara

Masalah artikulasi

Masalah kelancaran

Sindrome Down

Gangguan Penumpuan ADHD

Lambat menyiapkan tugasan

Mudah terganggu

Masalah kosentrasi

Masalah mengurus tugasan

Cepat lupa

Impulsif

Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu

Memerlukan pengawasan yang lebih

Masalah menunggu giliran

Hiper Aktif

Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat

Suka ganggu orang lain

Bermasalah Pembelajaran

Pintar cerdas dan Berbakat



Keupayaan umum yang istimewa

Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi

Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi

Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran

Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

MASALAH PEMBELAJARAN

a. LEMBAM ( SLOW LEARNER )

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas


pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenalpasti pada peringkat awal setelah mendapati tidak
dapat menguasai kemahiran3M dalam pendidikan
Walaubagaimana pun,adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas
diperingkat awal perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak
lembam kerana pemasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam
persekolahan pemasalahan mereka dapat dikesan

Menurut Messe(2001),keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu


pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah
dalam memberi perhatian,mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan
mereka. Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan
akibat kecuaian,sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang
berturutan. Di dalam mata pelajaran matematik,mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati
symbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian
matematik.Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan
tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.Tingkah laku
kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan

B. DESLEKSIA

Perkataan desleksia berasal daripada dua perkataan Greek iaitu dys yang bermaksud
kesukaran dan lexia yang bermaksud perkataan. Maka ini memberi maksud kesukaran
dengan perkataan bertulis. Disleksia di definasikan ketidakupayaanmemperoleh pengetahuan
daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat.

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis danmengeja(Sanders


dan Myers.1996). Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitudisleksia visual melibatkan deria
penglihatan,disleksia melibatkan pendengaran dandisleksia visual auditori yang melibatkan
penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai
pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju
sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan.pendengaran dan penglihatan
yang lemah. Kekeliruan juga timbul di manamereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan

Semasa membaca pula, mereka sering berpura-pura membaca dan menunjukkan teks
semasa membaca. Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah; Keliru kedudukan
perkataan Pembalikan perkataan Keliru b.inggeris dengan b.melayu Penambahan huruf
Kependekan perkataan Pembalikan huruf dalam perkataan

PINTAR CERDAS
Kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak yang mempunyai kemampuan yang tinggi
didalam akademik. Mereka sering dianggap sebagai murid yang nakal kerana tidak memberi
perhatian di dalam kelas sedangkan mereka sebenarnya memahami dantelah menguasai
pengajaran guru. Menurut Ross(1993),definisi kanak-kanak pintar cerdas adalah kanak-kanak
dikenalpasti semasa pra sekolah,sekolah rendah atau menengah menunjukkan bakat atau potensi
yang cemerlang dalam pencapaian akademik berbanding kanak-kanakyang sebaya dengan
mereka,sama pengalaman dan persekitaran. Mereka juga menunjukkan prestasi yang tinggi dari
segi intelek,seni dan mempunyai kepimpinanyang luar biasa Perkembangan kanak-kanak
cerdas pintar ini menunjukkan cirri-ciri luar biasa pada umur yang sangat muda berbanding kanak-
kanak biasa. Perkembangan kognitif mereka tinggi dan dapat dikesan semenjak berumur satu
tahun dan menunjukkan perkembangan dalam domain yang luas. Mereka memperoleh maklumat
dengan menyimpan maklumat dengan cepat dan dengan cekap mengingati semula
maklumat.Kanak-kanak ini boleh merancang,memantau dan menilai menggunakan pemikiran
advance pada umur yang muda berbanding kanak-kanak lain.Dari segi emosi,mereka sangat
matang berbanding kanak-kanak lain, mudah kecewa dan menghina rasa takut pada usia yang
muda serta terlalu sensitive

MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK DISLEKSIA

Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah


dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;

a)Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan
yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan
dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya
masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya
kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m w y g j u n m nc e p q h n b d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
thfv

b)Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat
daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-
kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka cenderung menterbalikkan
perkataan seperti;
Batu tuba Gula - lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
pada masa yang sama dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya
seperti berikut;
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam jem cat - cat

c)Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas
kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan.
Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga
kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan
kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau
menyusun sesuatu mengikut susunan.

d)Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
35-89-6
i)Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal
dan pandai mengikat tali kasut
Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas,
bawah serta pengamatan yang lemah

LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA

a) Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal


pada peringkat awal bagi tujuan menanganinya.

b)Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam


banyak hal tetapi tetap disayangi.

c)Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan


semulajadi
d)Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.

e)Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa

f)Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika.

g)Mengamalkan suasana kasih sayang serta bersikap prihatin dalam mengekalkan


suasana harmoni

h)Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik

i)Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
j)Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

B. MASALAH KOMUNIKASI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS

Definisi

Komunikasi ialah satu proses di mana informasi dipindahkan di antara dua atau
lebih individu. Komunikasi melibatkan mana-mana tingkah laku perlakuan sama ada
disengaja atau tidak disengaja dan mempunyai maksud terhadap seseorang mengenai
emosi atau fisiologi seseorang (Dunst, Lowe & Bartholomew 1990). Komunikasi
melibatkan dua hala iaitu orang yang memberi isyarat dan orang yang mentafsir
isyarat. Komunikasi mempunyai dua bentuk iaitu, lisan dan bukan lisan. Terdapat empat
elemen dalam proses komunikasi iaitu penutur mesej, penerima mesej, hasrat bersama
untuk komunikasi dan kaedah untuk berkomunikasi.

Komunikasi boleh dilakukan dalam tiga bentuk iaitu auditori dengan menggunakan alat
artikulasi seperti lidah, bibir, gusi, lelangit dan sebagainya. Kemudian, boleh
ditayangkan melalui visual grafik iaitu menggunakan gambar-gambar ataupun
video. Yang ketiga melaluivisual gestural iaitu menggunakan pergerakan badan dan
muka ataupun bahasa badan.

Manakala, bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk


berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Menurut Heward, W.I &
Orlansky, M.D (1980), Bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh sekumpulan
manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan lain-lain
simbol untuk membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Manakala,
menurut Bloom & Lahey (1978) Bahasa ialah pengetahuan menggunakan simbol untuk
menggerakkan idea dan pendapat. Penggunaan bahasa membolehkan kita
menggenalkan sesuatu objek, peristiwa atau peristiwa tanpa (reproducing) penghasilan
semula.
Bagi ahli linguistik pula, definisi bahasa haruslah ditinjau dari sudut struktur dan
fungsinya. Bloch dan Trager misalnya mentakrifkan bahasa sebagai satu system
lambang pertuturan yang arbitrari digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat
untuk berhubung dan bekerjasama. Dengan definisi ini jelaslah bahawa bahasa itu
adalah pertuturan. Ini bersesuaian dengan pendapat Fries yang mengatakan bahawa
85% daripada bahasa digunakan adalah pertuturan. Bahasa tulisan adalah bahasa
juga, tetapi dianggap sebagai secondary language. Di dalam pertuturan terhimpun
berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan,
rangkai kata, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya yang tidak
tergambar secara jelas melalui tulisan. Dengan demikian, kajian bahasa menjadikan
pertuturan sebagai data utama di samping juga bahan bertulis

KANAK -KANAK AUTISTIK

DEFINISI

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran dalam


interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom
ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami autisme.
Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-
kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Cuba anda bayangkan sekaki
payung, Payung itu mewakili Autisme, dimana dibawa payung itu mengandungi
pelbagai simptom yang berbeza. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai sebahagian
simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma Autism
Spectrum Disorder).

i .Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada
perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos
merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi
dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943
berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan
respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri,
keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza
daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov,
2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television Cause Autism? menyatakan
bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a
person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik
Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a
disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli,
interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established
and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan
ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap,
emosi, sosial, dan sentuhan.

Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk Pencegahan


Autis Pada Anak, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara,
penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka.
Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi
mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya
mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

Diantara kategori-kategori bagi gangguan Autisme ini adalah:

Autistic disorder (juga dikenali sebagai Klasik Autisme)

Sindrom Asperger (juga dikenali sebagai Atypical Autism)

Pervasive Developmental Disorder (tiada spesifikasi tertentu)

*(Pervasive Developmental Disorder can be broken down further to include Childhood


Disintegrative Disorder and Rett syndrome.)

Tidak ada ubatan mahupun rawatan bagi mengubati autisme, namun begitu terdapat
beberapa kaedah untuk membantu anak-anak autisme dalam kehidupan seharian serta
memaksimumkan keupayaan pembelajaran.
Tanda-tanda bagi Autisme.

Terdapat 3 jenis kelakuan pada karektor kanak-kanak Autisme:

1) Kanak-kanak Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam


komunikasi (lisan dan bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

2) Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam autisme. Ibu bapa
biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.
Seawal bayi lagi, anak anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon
atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang
mempunyai autisme adalah kelihatan seperti anak-anak yang normal namun
mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.

3) Kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi respons apabila nama mereka dipanggil
dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga mempunyai
kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka
kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka.
Mereka juga tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku
yang sewajarnya. Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.
Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang
seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih
merbahaya seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat
bertutur berbanding kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih
gemar untuk membahasakan diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri
berbanding menggunakkan kata ganti diri saya. Selain dari itu, kanak-kanak autisme
juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain semasa bemain. Ada
diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika bercakap mengenai sesuatu
cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi cerita bersama rakan
perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak autisme adalah kurang sensitif kepada
rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria
rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang
tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

ii. CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME


Komunikasi dan Bahasa
Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan
dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal
secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya
bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka
hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang
lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal
untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi
kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean
Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak
autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep
pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.
Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk
bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil
tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya
penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka
tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan
memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang
tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa
selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka
dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi
yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang
diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang
sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka
inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

Perangai dan Sikap


Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan
apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala,
kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya
apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan
meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan
melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru
perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka
mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke
dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil
merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti
marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap
sesuatu perkara.

Kesan Sentuhan Fizikal


Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat
sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap
autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang
termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka
terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan
menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka
dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk
menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan.
Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

iii. IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di


sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal
semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka
tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau
perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught
To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak autistik sentiasa
berkurangan, maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami
oleh mereka. Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit.
Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti Apa yang berlaku disini?,
apa yang akan berlaku seterusnya? dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa
adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan
yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti
membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan
Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002)
menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak
memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007) , beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam
memulakan pengajaran untuk kanak-kanak autistik, guru perlu mengikut minatnya
terlebih dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun
lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar
tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian
walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh
diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya
melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar


rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan
mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar
emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke
arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

C. APAKAH TINGKAHLAKU BERMASALAH KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS ?

Definisi Masalah Tingkahlaku

Robert H Woody. The School and the Behavioral Problem Child

Semua tingkahlaku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak-
kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.
Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan dengan oranglain

Secara umumnya, tingkah laku bermasalah dapat dikategorikan kepada tingkah laku
bermasalah positif dan tingkah laku bermasalah negatif.

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh
menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Tingkah laku bermasalah positif bermaksud tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepadanya.
Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak-kanak boleh
menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan orang lain.

Tingkah laku bermasalah negatif adalah jelas iaitu tingkah laku yang menimbulkan
masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh tingkah laku bermasalah
negatif adalah seperti berikut:

i. Disruptif (mengganggu)Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan


pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di
rumah.

ii. Pergantungan berlebihan

Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari, dan
tidak berupaya membuat keputusan sendiri.
iii. Agresif

Tingkah laku agresif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh, suka
memaki hamun, dan sebagainya.

iv. Distruktif

Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas,
mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

v. Kebimbangan

Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh seseorang .

vi. Pengasingan diri

Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga
dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.
vii. Ponteng sekolah

Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa
dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman
permainan.

viii. Enggan ke sekolah

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/44294265/Definisi-Dan-Konsep-Pendidikan-Khas

http://mfz69.tripod.com/PK01.htm

http://ruhanaa115497.blogspot.com/2010/02/definisi-kanak-kanak-bermasalah.html

http://yushazwani.blogspot.com/2010/08/apakah-tingkah-laku-bermasalah-
kanak.html

http://cikgunazifah.blogspot.com/2010/05/masalah-bahasa-dan-komunikasi-
kanak.html

http://faqihufiddin.blogspot.com/2009/02/kanak-kanak-autisme-ciri-ciri-dan.html

You might also like