You are on page 1of 13

SULIT 2 021

2016

Bahagian A
[20 markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dalam ayat- ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Titah perintah _______________ akan patik laksanakan , kata Tun Mutahir


kepada Sultan Melaka
A beta
B beliau
C tuanku
D baginda

2. Selepas makan, saya dan datuk duduk di beranda. __________ berbual tentang
rancangan esok.
A Kita
B Saya
C Kami
D Kalian

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Mak Cik Chiam ___________________ kuih pau untuk dijadikan hidangan minum
petang ahli keluarganya.
A menanak
B merebus
C mengukus
D menjerang

021 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 3 021
2016

4. Datuk sangat ___________________ akan cucu-cucunya yang sudah lama tidak


pulang ke kampung.
A rindu
B segan
C hormat
D gembira

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Di belakang rumah Pak Cik Lim ada beberapa __________ serai.


A rumpun
B jambak
C batang
D gugus

6. Penerangan pegawai kesihatan itu tentang pembiakan aedes sangat __________.


A jelas
B cerah
C nyata
D terang

7. Lembu itu nampak garang tetapi sebenarnya sangat ________________.


A liar
B buas
C ganas
D jinak

021 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 4 021
2016

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Kasut yang baru dibeli oleh kakak bertumit ____________________.


A tipis
B tinggi
C rendah
D panjang

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Burung murai itu membuat sarang di __________ dahan pokok.


A celah
B tengah
C pangkal
D belakang

10. Kelas tambahan mata pelajaran Bahasa Melayu akan diadakan _______________
cuti sekolah nanti.
A dari
B pada
C kepada
D daripada

021 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 5 021
2016

11. Suasana _________________ di dalam kelas Enam Sejahtera itu tiba-tiba senyap
apabila Cikgu Shahril Hakim lalu.
A huru-hara
B sorak-sorai
C kacau-bilau
D hiruk-pikuk

12. Lee Tho Hai berusaha untuk mengambil bola yang _______________ di kolam
renang itu.
A terbuai-buai
B terapung-apung
C tersangkut-sangkut
D tergantung-gantung

13. Cik Hashimah _____________________ mata pelajaran Matematik di sekolah ini


sejak tiga tahun lepas.
A dipelajari
B mengajar
C mempelajari
D mengajarkan

Soalan 14
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi
14. Ibu bapa perlu mendidik anak- anak supaya menjadi insan yang berguna kepada
bangsa dan negara.
A Ibu bapa perlu dididik anak- anak supaya menjadi insan berguna kepada
negara dan bangsa.
B Insan yang berguna kepada negara dan bangsa perlu mendidik ibu bapa serta
anak- anak.
C Negara dan bangsa perlu mendidik ibu bapa dan anak- anak supaya menjadi
insan berguna.
D Anak- anak perlu dididik oleh ibu bapa supaya menjadi insan yang berguna
kepada bangsa dan negara.

021 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 6 021
2016

Soalan 15 hingga 16
Pilih ayat yang betul.

15. A Bermacam remaja pada masa kini semakin bijak.


B Gulungan tikar mengkuang itu diletakkan di dalam stor.
C Pertandingan itu melibatkan pelbagai ramai masyarakat.
D Ahli petani disarankan untuk meningkatkan hasil pertanian mereka.

16. A Kasut itu tidak untuk berjoging.


B Pemuda yang kacak itu tidak sepupu saya.
C Tali pinggang daripada kulit ular itu tidak untuk dijual.
D Bukan Shuib yang meminjam buku-buku itu tetapi Jepp.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Sejak dahulu lagi, masyarakat Melayu terkenal dengan hasil kraf tangan yang
menariknya. Setiap negeri di Malaysia pasti popular dengan hasil kraf tangan yang
tersendiri. Contohnya, negeri Kelantan yang terkenal dengan perusahaan batik
sementara Terengganu dengan songketnya. Dalam pada itu, negeri Perak pula terkenal
dengan labu sayung dan seni tekat. Semua hasil kraf tangan ini amat tinggi nilai
seninya serta dikagumi oleh pelancong dari luar negara.
Menurut sejarah, seni tekat berasal dari India dan China. Pada zaman dahulu,
seni tekat dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja- raja
atau istana. Masyarakat biasa tidak berkemampuan untuk memakai pakaian yang
bertekat. Terdapat beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh tukang pandai menekat.
Antaranya ialah tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Antara peralatan yang digunakan untuk proses menekat termasuklah jarum,
benang emas atau perak, kain baldu, kayu pemidang serta labuci. Kayu pemidang
biasanya berbentuk segi empat, digunakan untuk meregangkan kain baldu yang
hendak ditekat. Menyulam benang emas dan perak di atas kain baldu memerlukan
kemahiran dan ketelitian. Hal ini demikian kerana corak tekat yang terhasil tidak
kemas, kasar, serta tidak cantik jika dilakukan secara tidak cermat.

021 [Lihat halaman sebelah]


SULIT
SULIT 7 021
2016

Antara barang perhiasan yang sering ditekat ialah kipas pengantin, bantal
pengantin, selipar pengantin, tepak sirih, kusyen, beg tangan dan sebagainya. Barang-
barang yang sudah ditekat dengan benang emas akan kelihatan lebih cantik dan indah.
Masyarakat Melayu perlu menurunkan kemahiran seni tekat ini kepada generasi muda
supaya warisan ini tidak pupus ditelan zaman.

17. Dari manakah seni tekat berasal?


A Perak
B China
C Kelantan
D Terengganu

18. Mengapakah seni tekat terhad pemakaiannya untuk golongan istana sahaja pada
masa dahulu?
A Seni tekat ini hanya dibenarkan untuk golongan istana
B Seni tekat ini untuk golongan yang tinggi dalam masyarakat
C Rakyat biasa tidak berkemampuan untuk mendapatkan seni tekat ini
D Rakyat biasa tidak dibenarkan menggunakan kelengkapan yang digunakan oleh
golongan istana

19 Yang berikut merupakan peralatan yang digunakan dalam seni tekat, kecuali
A tali
B kain baldu
C benang emas
D kayu pemidang

20 Pilih pernyataan yang benar.


A Kelantan terkenal dengan perusahaan songket.
B Kemahiran dan ketelitian diperlukan dalam pembuatan seni tekat. C
Masyarakat biasa berkemampuan untuk memakai pakaian bertekat.
D Pakaian yang berunsurkan seni tekat digunakan oleh golongan bukan istana.

KERTAS SOALAN TAMAT


021 [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 021
2016 1

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang
diberi.

pada untuk kepada dengan

dalam dari tentang sejak

Media massa harus memainkan peranan yang penting dalam usaha mewujudkan masyarakat
berpengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan ______________
media massa __________________ rakyat. Secara tidak langsung, sebilangan besar rakyat
negara ini didedahkan ____________________ maklumat-maklumat terkini. Hal ini sangat
penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan masyarakat berpengetahuan
_________________ mencapai wawasan 2020.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya :

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Jawapan : Bersawah padi ialah pekerjaan utama kaum Banjar di Kampung Sungai Merbuk.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT
SULIT 021
2016 2

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Nah, ambil pelampung ini kalau kamu


hendak bermain di air.

__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT
SULIT 021
2016 3

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan flora dan fauna. Kewujudan flora dan fauna
ini menjadi penyeri alam dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Salah satu pokok
yang unik dan hidup subur di negara kita ialah periuk kera.

Terdapat sekurang-kurangnya 70 spesies periuk kera di Asia Tenggara.


Kebanyakannya tumbuh subur di persekitaran Gunung Kinabalu, Sabah. Pohon ini juga
boleh didapati di Sri Langka, Madagascar, New Guinea dan Australia Utara. Walaupun
mempunyai pelbagai spesies, tetapi fungsinya tetap sama. Cuma saiz dan warnanya sahaja
sedikit berbeza.

Keunikan pohon ini ialah ciri-ciri aneh yang dimilikinya berbanding dengan pokok-
pokok lain. Pokok periuk kera mempunyai sebuah kantung seakan-akan trompet yang
mampu memerangkap serangga. Pokok ini akan menjerat serangga yang berjalan di atas
permukaannya dengan sejenis cecair yang melekit. Cecair itu akan menyebabkan serangga
tersebut tergelincir lalu masuk ke dalam mulut periuk kera. Serangga tersebut akan
dihadamkan oleh enzim yang dikeluarkan oleh pohon itu sendiri. Justeru, pokok periuk kera
digolongkan sebagai pokok karnivor.

Kantung yang dimiliki oleh pokok periuk kera sering disangka sebagai bunga kerana
struktur mangkuknya turut menyerupai kuntuman bunga. Kini, telah ada usaha-usaha untuk
mengkomersialkan periuk kera ini.

a. flora dan fauna bermaksud ______________________________________________

[ 1 markah ]

b. Apakah tumbuhan yang unik dan hidup subur di Malaysia?

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT
SULIT 021
2016 4

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah


ditunjukkan sebagai contoh.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan


flora dan fauna.

Terdapat tujuh puluh spesies periuk kera di


betul
Asia Tenggara.

Pokok periuk kera mempunyai pelbagai


salah
fungsi yang berlainan.

Pokok periuk kera digolongkan sebagai


pokok omnivor.

[ 2 markah ]

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT
SULIT 021
2016 5

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Sabtu, 30 Januari 2016


8.00 pagi
Pada tahun ini ayah membawa kami membeli-belah di Kuala Lumpur untuk persiapan
menyambut Tahun Baharu Cina. Kami berasa sangat teruja untuk membeli belah di
sana.
10.00 pagi
Kami tiba di Kompleks Beli-belah Sogo. Ibu membeli pakaian dan kasut baharu untuk
kami. Kemudian, ibu membeli beberapa jenis makanan di tingkat bawah.
1.00 petang
Ayah membawa kami sekeluarga menjamu selera di Medan Mara yang terletak di
sebelah Kompleks Pertama. Kami makan di Restoran Kari Kambing Ana. Restoran ini
terkenal dengan masakan kari kambing. Ayah juga membeli sate kajang yang dijual
berhampiran restoran ini.
2.30 petang
Kami sekeluarga mendaftar masuk di Hotel Angkasa yang terletak di sebelah Pudu
Sentral. Bangunan hotel ini sangar besar dan biliknya sungguh selesa.
4.00 petang
Kami pergi ke Pasar Seni untuk membeli-belah. Ibu telah membeli dua helai ceongsam
untuk dirinya dan adik perempuan saya.
8.00 malam
Kami berkunjung pula ke Jalan Petaling. Suasana di Jalan Petaling sungguh sesak
dengan pengunjung. Apabila hari semakin lewat malam, kami pun pulang ke hotel.

a. Perkataan menjamu selera dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

_______________________________________________________________________

[ 1 markah]

b. Di manakah penulis sekeluarga tinggal semasa berada di Kuala Lumpur?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[ 2 markah]
c. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan tersebut?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[ 2 markah]

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT
SULIT 021
2016 6

d. Pada pendapat anda, mengapakah suasana di Jalan Petaling sungguh sesak dengan
pengunjung?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[3 markah]
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Di manakah aku berada,


Kini aku terpaksa merantau tidak tentu arah,
Aku berteriak sekuat hati,
Tetapi tiada sesiapa menghirau,

Suatu hari nanti,


Aku mungkin kelaparan atau kehausan,
Aku mungkin menjadi mangsa dunia yang semakin maju,
Perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab,
Mereka menebang hutan sesuka hati,

Bilakah manusia yang kejam ini akan sedar,


Bilakah manusia akan berubah,
Walaupun kecil aku bersedia menyumbangkan jasaku,
Akulah yang memindahkan debunga tumbuhan,
Akulah yang membantu tumbuhan mengekalkan zuriatnya,
Wahai manusia,
Kasihani aku yang semakin tidak bermaya ini,

a. Aku tinggal di _________________________

[1 markah]

b. Siapakah yang menjadikan aku mangsa dunia yang semakin maju?

_________________________________________________________________________

[ 1 markah]

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT
SULIT 021
2016 7

c. Berdasarkan sajak, apakah peranan utama aku?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

[ 2 markah]

Perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab,


Mereka menebang hutan sesuka hati,

d. Nyatakan maksud bait-bait sajak di atas.

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________________

[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

[Lihat halaman sebelah]


021 SULIT

You might also like