You are on page 1of 3

Penyakit kusta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor atau
pakar perubatan bertauliah mengenai kesihatan anda.
Maklumat perubatan dan penjagaan kesihatan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan
jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor/pakar perubatan bertauliah.
Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah kesihatan dan perubatan yang
dialami. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan langsung dengan keadaan
kesihatan anda. Sekiranya anda menyedari tanda/gejala penyakit atau jatuh sakit, sila hubungi
doktor/pakar perubatan bertauliah untuk rawatan segera.


Kusta
Leprosy

Pengelasan dan sumber luaran

Seorang lelaki berumur 24 tahun dari Norway, diserang penyakit Kusta

pada tahun 1886.

ICD-10 A30.

ICD-9 030

OMIM 246300

P. Data Penyakit 8478

MedlinePlus 001347

eMedicine med/1281 derm/223neuro/187

MeSH D007918
Penafian perubatan

Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen juga Leprosy, merupakan penyakit
berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang
daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen
biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan
istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak
stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.
Permulaanya ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membran mukosa yang
berada di trek pernafasan atas; kudis kulit adalah tanda awal luaran.[1] Jika tidak dirawat atau
dilengah-lengahkan rawatan, serangan kusta boleh jadi lebih progresif, menyebabkan kerosakan
kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Berbanding cerita-cerita rakyat, kusta tidak menyebabkan
seluruh bahagian badan jatuh, walaupun ia menyebabkan bahagian organ badan kebas atau
menyebabkan penyakit dari jangkitan; perkara-perkara ini berlaku apabila sistem pertahanan tubuh
semulajadi telah diserang oleh penyakit awal.[2][3] Jangkitan kedua, boleh menyebabkan kehilangan
tisu organ, menyebabkan jari dan ibu jari menjadi lebih pendek dan terbantut, disebabkan kartilej
disedut oleh badan.[2][3][4]
Pada tahun 1995, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan diantara 2 hingga 3 juta
orang telah mengalami masalah kecacatan kekal disebabkan kusta dalam satu-satu masa. [5] 20
tahun yang lepas, 15 juta orang seluruh dunia telah pulih dari jangkitan kusta. [6]
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan
diasingkan di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan
terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk
sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah,
memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti
tinggi dan dadah yang murah.
Selain manusia, haiwan lain yang diketahui mengidap kusta adalah armadilo.(baca: tenggiling
eksotik)

Isi kandungan
[sorokkan]

1Sejarah

2Ciri-ciri klinikal

3Insiden

4Rawatan

5Kumpulan Berisiko

6Perlindungan

7Pautan luar

8Rujukan

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit kusta
sering tinggal dipinggir masyarakat, dan penyakit sering dipercayai disebabkan oleh sumpuhan
tuhan (atau shaitan) atau hukuman.
Kitab Injil mengandungi banyak rujukan kepada "pesakit kusta", yang tidak semestinya berkaitan
dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah kulit
yang berlainan etiologi dan keparahan ( severity ).
Di bawah hukum Yahudi silam, rabai dikehendaki mampu mengenalpasti pesakit kusta. Kaum
Yahudi menggunakan kuarantin untuk menghalang penyebarannya.
Minoriti seperti agote Navarrese sering dituduh sebagai pesakit kusta.

Ciri-ciri klinikal[sunting | sunting sumber]


Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakkannya
menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media
bakteriologi atau kultur sel, tetapu telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M.
tuberculosis, basilus yang menyebabkan batuk kering.
Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M.
leprae disebarkan dari seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui
adalah kadar penularan adalah amat perlahan.
Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi
mempunyai manifastasi klinikal yang luas. Pesakit dikelaskan sebagai mempunyai penyakit Kusta
Pausibakilari atau Kusta Multibakilari. Penyakit Kusta Pausibakilari adalah serdahana dan bercirikan
satu atau lebih makules kulit hipopigmen. Penyakit Kusta Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion
kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan
hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

You might also like