Professional Documents
Culture Documents
Teks Pengacara Majlis Persaraan
Teks Pengacara Majlis Persaraan
Teks Pengacara Majlis Persaraan
Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Tuan Haji Mawardi PK Ko-
kurikulum SKPBS,.
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Pn Hjjh Rokiah bt Ismail Guru Besar SK Pdg Besar (S). Yang Dihormati
En. Mohammad Saghir B. Mahmud, Guru Penolong Kanan 1, Pn. Bebee Arifa Bt. Said
Rastan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua PIBG SKPBS.
Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi PK Ko-kurikulum SKPBS,.
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan ,Tuan Haji Mawardi PK Ko-
kurikulum SKPBS
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
oleh:
Ustaz Zuraimy B. Ali. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Ko-
kurikulum SKPBS
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Mohammad
Saghir B. Mahmud, ntuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Mohammad Saghir B. Mahmud, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan kepada yang Berusaha Pn Hajjah Rokiah B. Ismail atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati Tuan
Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim YDP
PIBG atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan sajak oleh Adik Abadiah
dan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK
Ko-kurikulum SKPBS
Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan sajak dan multimedia
sempena persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat
memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman PK Ko-kurikulum SKPBS. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman atas ucapan itu tadi.
Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan
persembahan daripada murid Tahun 4 A yang akan menyampaikan nasyid yang
bertajuk Buatmu Guru. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Begitu bersahaja murid-murid anak didik Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman melakonkan watak guru kesayangan mereka.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan
untuk kita semua.
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
kepada Puan Hjjh Rokiah B. Ismail,untuk mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah ,kelas 1 Arif, 1 Bestari, 2 Arif, 2 Bestari,
3 Arif, 3 Bestari, 4 Arif, 4 Bestari, 5 Arif, 5 Bestari, 6 Arif, dan 6 Bestari
Sekarang kita jemput Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Nor B. Ibrahim, Yang Dipertua
PIBG untuk menyampaikan cendamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan
Haji Mawardi B. Othman
Sekarang kita jemput wakil pekerja untuk menyampaikan cendamata kenang-
kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman
Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji
Mawardi B. Othman kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh
bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Mawardi B.
Othman bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang
sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti
Dituai ini.
Di kesempatan ini juga, kami ingin menyampaikan seloka khusus buat yang diraikan
Tuan Haji Mawardi B. Othman.
Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan
menyaksikan upacara menanam pokok sebagai tanda ingatan kita yang tidak akan
luput terhadap yang diraikan Tuan Haji Mawardi B. Othman di SKPBS ini ,