You are on page 1of 4

4.

0 Strategi Penyelesaian Menangani Isu-isu dalam Pendidikan Khas

4.1 Isu Sistem Sosial dari Aspek Pentadbiran

Promosi
Diri

Strategi
Penyelesai
an

Aktiviti Penglibat
Mesra an Ahli
Murid Terapi

Bagi isu pentadbiran ini, strategi yang kita boleh gunakan jika kita sebagai guru pendidikan
khas tersebut, kita hendaklah mempromosikan murid-murid berkeperluan khas ini ke
peringkat sekolah dan seterusnya. Promosi adalah ibaratnya kita menjual dan menonjolkan
bakat sedia ada murid berkeperluan khas ini. Tugas ini digalas oleh guru-guru PPKI supaya
pihak pentadbiran membuka mata mereka tentang kepentingan program pendidikan khas ini
di sekolah dan tidak boleh mengambil ringan kewujudannya. Murid-murid berkeperluan khas
ini mempunyai pelbagai kemahiran yang diterapkan seperti bertani, usahawan dan
sebagainya berbeza dengan murid-murid normal yang belajar secara teori kebanyakannya.
Kemahiran ini yang membezakan dan boleh ditonjolkan dengan menyertai perlbagai
kempen luar sekolah mahupun dalam sekolah dengan mengadakan koperasi pendidikan
khas sendiri dan sebagainya. Hasil pertanian juga boleh dijual dan dijadikan dana untuk
melaksanakan pelbagai aktiviti luar seperti lawatan dan sebagainya.

13
Menurut Datuk Ahmad Fauzi, Ahli Parlimen Setiawangsa dalam ucapannya pada Karnival
Usahawan Pendidikan Khas peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur daripada laporan (Zulfadli, 2016) menyatakan :

Kekurangan yang ada pada diri mereka daripada segi fizikal berbanding insan
normal bukanlah penghalang golongan ini untuk berjaya dalam kehidupan.

(Utusan Melayu, 2016)

Oleh yang demikian, program-program seperti inilah yang harus guru libatkan dalam
kalangan murid-murid berkeperluan khas supaya mereka lebih yakin dan bermotivasi untuk
terus berusaha mencapai kejayaan.

Kemudian, kita juga boleh meminta pihak-pihak luar seperti Ahli Terapi dari hospital
untuk berkolaborasi demi menjaga murid-murid berkeperluan khas ini. Apabila kolaborasi ini
terjalin, maka sekolah turut merasa bangga dengan sokongan daripada pihak luar. Secara
tidak langsung pihak pentadbir juga akan membuka mata tentang pentingnya murid-murid
berkeperluan khas mendapatkan pendidikan. Perkara ini jarang dilakukan kerana masalah
dalam mendapatkan ahli terapi yang agak terhad. Namun, jika ada kemahuan, di situ ada
jalan. Oleh itu, sekurang-kurangnya guru membawa murid-murid yang bermasalah motor
untuk berjumpa dengan ahli terapi sebulan sekali. Pihak pentadbir boleh menjalinkan usaha
sama memantau perkembangan dari semasa ke semasa. Menerusi usaha ini juga, pihak
pentadbir akan lebih menyokong dan memberikan perhatian secara adil antara murid
berkeperluan khas dan murid-murid normal yang lain. Justeru, guru pendidikan khas tidak
boleh berputus asa terhadap sikap pentadbir tetapi mencari inisiatif menarik minat mereka.

Seterusnya, guru pendidikan khas juga boleh mendekatkan warga sekolah dengan
murid berkeperluan khas. Ini termasuklah beramah mesra dan membuat aktiviti bersama-
sama. Dalam hal ini, guru memainkan peranan penting supaya tiada jurang antara
pentadbiran sekolah, guru biasa dan guru pendidikan khas. Pentadbir juga perlu beramah
mesra dengan murid berkeperluan khas melalui program ini. Aktiviti ini haruslah dijalankan
secara berkala sehingga mereka dapat bertegur sapa dan saling menghormati antara satu
sama lain. Menurut Azmi (1999) dalam Aziah (2004) menyatakan hubungan satu keluarga
itu tidak akan terpisah selagi mana ada interaksi yang berlaku. Tiada lagi jurang yang
memisahkan pihak pentadbiran dengan murid berkeperluan khas serta murid normal dan
juga murid berkeperluan khas. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah hari sukan yang
dijalankan secara serentak, hari kantin dan sesi ramah mesra seperti program ice breaking.
Semua program ini membantu mendekatkan pihak pentadbiran dan warga sekolah dengan
murid berkeperluan khas. Oleh itu, peranan guru menjalinkan hubungan baik antara
pentadbiran sekolah melalui aktiviti-aktiviti yang bermanfaat ini.

14
4.2 Isu Sistem Sosial dari Aspek Persekitaran

Perun
tukan
Keraj
aan Kuatk
uasa
Unda
ng-
unda
Strate ng
gi
Penyel
esaian
Panta
uan
Berka
la
Prom
osi
Kemp
en

Dari aspek pendidikan, fasiliti yang disediakan merupakan peruntukan yang diterima oleh
kelas khas sahaja. Maka guru haruslah menggunakan duit tersebut untuk membangunkan
kelas khas yang ada supaya menjadi lebih kondusif dan sesuai untuk murid-murid
berkeperluan khas. Dalam hal ini, pentadbiran dalam pendidikan khas itu haruslah
memberikan komitmen yang tinggi. Tanpa komitmen dan rasa tanggungjawab, maka usaha
penyelesaian ini akan menjadi sia-sia seperti batok di hujung tangga. Duit tersebut tidak
boleh digunakan tanpa ada kepentingan untuk murid-murid berkeperluan khas. Segala yang
dilakukan dengan peruntukan tersebut adalah dengan tujuan meningkatkan kemudahan
yang ada dalam kelas dan program-program yang mampu memberikan murid-murid
berkeperluan khas ini satu nilai tambah dalam pendidikan.

15
Selain itu, bagi mengembalikan semula hak tempat letak kereta orang kelainan
upaya ini kepada mereka yang betul-betul berhak, kita sebagai masyarakat yang prihatin
bolehlah membuat aduan dan cadangan kepada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran
untuk menguatkuasakan undang-undang meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan
orang kelainan upaya. Sebenarnya perkara ini bukanlah perkara baru tetapi telah lama
menjadi bualan pelbagai pihak. Pihak berkuasa haruslah memasang satu kamera litar
tertutup supaya sesiapa yang meletakkan kenderaan di tempat letak kereta orang kelainan
upaya ini boleh didenda. Masyarakat Malaysia sememangnya akan serik apabila diberi
peneguhan seperti denda ini. Selagi mereka tidak dikenakan denda maka tiada perubahan
yang akan berlaku. Hal ini menyebabkan masyarakat kita menjadi degil dan kurang peka
terhadap sekeliling.

Strategi penyelesaian bagi memartabatkan semula kewujudan institusi kebajikan


dalam negara supaya menjalankan tugas dengan optimum adalah dengan membuat
pantauan yang lebih kerap dari pihak atasan supaya mereka yang ditugaskan ini tidak
menjalankan tugas apabila berlaku sesuatu masalah sahaja. Mereka haruslah secara
berkala membuat tinjauan sama ada terdapat golongan baru yang memerlukan bantuan
seperti ini. Melalui pantauan dan tinjauan yang dilakukan, para petugas akan lebih peka dan
melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Ramai pihak yang membuat aduan
terhadap sesuatu kekurangan yang memerlukan bantuan namun kebanyakannya hanya
sekadar aduan. Oleh itu, institusi ini haruslah berganding bahu bagi memudahkan urusan
membantu mereka yang berada dalam masalah seperti orang kelainan upaya ini tidak
disisihkan.

Antara penyelesaian yang boleh dilakukan bagi isu sekatan dalam persekitaran pula
adalah dengan mengadakan kempen-kempen membantu golongan kelainan upaya ini
walaupun dimana mereka berada. Dengan kempen ini, masyarakat mampu untuk sedar dan
menerima sedikit demi sedikit golongan kelainan upaya yang tersisih daripada komuniti ini.
Tambahan lagi penglibatan orang kelainan upaya dalam perniagaan juga dapat memberikan
satu gambaran baik terhadap pandangan masyarakat apabila golongan ini mampu duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan komuniti masyarakat normal ini. Lebih-lebih
lagi generasi muda sekarang ini banyak terlibat dengan pelbagai kempen khidmat
masyarakat sebagai satu hobi mereka dan juga tugasan di peringkat pengajian tinggi.
Kesedaran ini boleh memberikan impak yang positif terhadap masyarakat terutama luar
bandar yang kurang terdedah dengan kempen-kempen seperti ini. Justeru itu, melalui
kerjasama pelbagai pihak, sekatan dalam persekitaran seperti penggunaan bahasa boleh
diperbaiki dan diperhalusi supaya komuniti Malaysia lebih berpengetahuan dan menerima
kehadiran orang kelainan upaya dalam kehidupan setiap individu.

16

You might also like