You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SERAI

23000 DUNGUN TERENGGANU

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah


(JPMS) Kali Ke-3 2016

Tarikh : 7 September 2016


Hari : Rabu
Masa : 1.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

2. En.Abdul Razak b.Jusoh (PKTD)


1.
2. En.Che Mohd Zaibidi b.Che Ngah (PKHEM)
3. En.Mohd Aripien b.Muda (PK KOKU)
4. En.Baharudin b.Ismail (PKPK)
5. Pn.Nuraznida bt.Shafei Setiausaha
6. AJK JPMS

AGENDA

1.0 : Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 PK Pentadbiran selaku pengerusi mengucapkan terima


kasih kepada guru yang hadir kerana sudi meluangkan
masa dan dapat memberikan kerjasama yang baik.
1.2 Beliau mengharapkan agar data dan maklumat yang
diperolehi tepat dan betul. Beliau juga memaklumkan
tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk
pengemaskinian data Sistem Pengurusan Sekolah -
Pengurusan Guru (e-operasi)

2.0 : Ucapan Setiausaha JPMS

2.1 Terima kasih kepada semua AJK yang hadir.


2.2 Tujuan mesyuarat JPMS kali ini diadakan untuk :
i. pengemaskinian maklumat perjawatan guru dan staf
melalui e-operasi
ii. pengemaskinian data APDM (enrolmen murid terkini).
iii. pengemaskinian data EMIS (aset alih dan tidak alih
kerajaan)

3.0 : Pembenatangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat


1
3.1 Minit mesyuarat diterima dan disahkan tanpa sebarang
pindaan.

4.0 : Perkara berbangkit

4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0: Pengemaskinian dan pengesahan data sekolah

5.1 PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua


guru dan staf yang telah mengemaskini perjawatan
individu.Terutamanya pengisian ruangan mukim, gaji serta
maklumat pasangan.
5.2 Segala makluman mahupun info terkini berkenaan data-
data rasmi sekolah akan dimaklumkan melalui aplikasi
Whatsapp Rasmi sekolah bagi membolehkan pencairan
maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas.
5.3 Sekiranya terdapat sebarang perubahan sila maklumkan
kepada PK Pentadbiran bagi tujuan pengemaskinian.
5.4 PK HEM meminta guru penyelaras APDM dan semua guru
kelas mengemaskini enrolmen terkini murid kelas masing-
masing kerana data tersebut juga dapat diakses melalui e-
operasi dan menjadi bahan rujukan yang sangat penting
bagi unit HEM menentukan kelayakan murid untuk
mendapat bantuan.
5.6 PK Pentadbiran sekali lagi menegaskan semua data dan
maklumat yang terdapat dalam e-operasi sangat penting
kerana ianya diguna pakai oleh KPM dalam menentukan
status kedudukan guru (keperluan perjawatan) dan ABM
sesebuah sekolah.
5.7 Setiausaha selaku Guru Data membuat semakan bersama
guru aset sekolah berkenaan kedudukan dan keadaan aset-
aset yang masih ada dan yang telah lupus. Keadaan
infrastruktur bangunan juga diambil kira bagi pengisian
ruangan yang perlu dilengkapkan dalam EMIS Online.
5.8 Guru Data akan berhubung dengan guru aset dari semasa
ke semasa memandangkan EMIS Online hanya melibatkan
pengemaskinian infrastruktur sekolah.

Makluman

6.0: Hal-hal lain

6.1 GDM memohon kepada semua guru dan staf supaya


sentiasa memaklumkan sebarang maklumat atau
perubahan terkini mengenai perjawatan masing-masing

2
supaya dapat diisi dengan segera di dalam sistem e-
operasi terutama berkenaan urusan kenaikan pangkat.

Makluman dan tindakan semua guru

7.0 : Ucapan penangguhan

7.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh,

-----------------------------------------------
(NURAZNIDA BT.SHAFEI)
Guru Data / Setiausaha JPMS
SK Pulau Serai, Dungun.

You might also like