You are on page 1of 2

Ketiadaan bekalan elektrik telah menjadi salah satu masalah dalam

pengelolaaan pertandingan badminton. Pertandingan badminton


berlangsung selama 5 hari iaitu Namun, pada 8 April 2017, gangguan
bekalan elektrik telah menyebabkan pertandingan pada hari tersebut
ditangguh. Oleh sebab terdapat dua peserta yang tidak dapat hadir untuk
bertanding pada hari lain dan bekalan elektrik telah dipulihkan,
pertandingan dijalankan seperti biasa. Para AJK mengalami keadaan
tergesa-gesa kerana kebanyakan AJK telah dimaklumkan bahawa
pertandingan sudah ditangguh. Namun, AJK sudi hadir untuk bertugas
dalam masa yang singkat.

Selain itu, terdapat kesilapan dalam jadual perlawanan. Contohnya, dalam


perlawanan beregu wanita dan perlawanan perseorangan wanita, terdapat
seorang peserta, Agnes wong telah mengalami keadaan di mana jadual
telah dijalankan secara serentak. Seterusnya, masalah dalam perlawanan
perseorangan telah dikesan. Sebagai contoh, terdapat empat perlawanan
beregu lelaki tiada dalam senarai semasa perancangan.

Di samping itu, para AJK tidak mengetahui peraturan dan undang-undang


permainan badminton. Hal ini demikian kerana, mereka belum menghadiri
kursus kepegawaian dan kejurulatihan. Masalah seperti pengiraan mata,
posisi kedudukan yang betul semasa servis dan cara menilai garisan
keluar dan masuk bulu tangkis. AJK juga tidak mengetahui cara mengisi
borang pemarkahan dengan betul. Tambahan pula, AJK urus setia juga
menghadapi masalah untuk mengagihkan peserta untuk masuk ke
gelanggang.

Cadangan:
Bagi mengelakkan masalah gangguan bekalan elektrik, setiap AJK perlu
sentiasa dalam keadaan yang sedia terutamanya pada hari pertandingan.
Kebanyakan AJK menganggap pertandingan telah ditunda tetapi bekalan
elektrik telah dipulih dalam masa yang singkat. Oleh itu, pertandingan
badminton dijalankan seperti biasa. Seterusnya, penyebaran maklumat
tentang pertandingan badminton perlu disebarkan dengan segera. Hal ini
adalah untuk memaklumkan peserta-peserta bahawa jadual waktu
pertandingan.

Selain itu, masalah seperti kesilapan dalam jadual perlawanan boleh


dielakkan sekiranya AJK menyediakan jadual perlawanan awal dan
membuat penyemakan secara teliti. Bukan sahaja itu, AJK juga boleh
berjumpa dengan pensyarah Encik Zainal bin Mohd Amin supaya
melakukan penyemakan sekali lagi.
Sementelahan itu, para AJK perlu mencari maklumat tentang peraturan
dan undang-undang secara mendalam dan bukannya hanya bergantung
kepada kursus yang akan diberikan. AJK yang mahir dalam peraturan dan
undang-undnag badminton harus memberi taklimat secara ringkas kepada
AJK yang kurang mahir.

You might also like