You are on page 1of 20
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Director General of Education Malaysia KEMENTERIAN ARAS 8, BLOK E8 EEN AN Level 8, Block EB KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E Goverment Complex Parcel E toad aaee PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Federal Government Administrative Centre 62604 PUTRAJAYA, Faks: 03-8889 4548 Laman Web: www.noe.gowmy KP/KPPM/6 Jid. 2 (44) Tarikh: [¥ Januari 2016 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2016 PELAKSANAAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TUJUAN 4. Surat Pekeliling Ikhtisas ini bertujuan memaklumkan pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 3/2012 bertarikh 26 Jun 2012 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) Ke-200, Bil. 3/2012 bertarikh 27 Julai 2012 telah meluluskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum ini juga telah diperkenan dan dipersetujui oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-231 bertarikh 27 Februari 2013. 3. Mesyuarat Profesional Bil. 33/2013 bertarikh 19 Disember 2013 dan Mesyuarat JPP Ke-204, Bil. 1/2014 bertarikn 24 Februari 2014 bersetuju dengan pelaksanaan Tahfiz Model Ulu! Albab di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2014. PELAKSANAAN 4. Bahagian Pendidikan Islam (BP!) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bertanggungjawab untuk melaksanakan pengoperasian TMUA di sekolah bawah pengurusan bahagian masing- masing 5. Sehubungan itu, pengambilan murid Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) yang melaksanakan TMUA diuruskan oleh Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri, manakala kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBP!) dikendalikan oleh BPSBPSK. 6. Untuk membantu dan memudahkan pelaksanaan TMUA di sekolah berkaitan, bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan Pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan (Lampiran 1) TARIKH KUAT KUASA 7. Surat Pekeliling Ikhtisas ini berkuat kuasa pada tarikh ia dikeluarkan. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan dimohon mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di bahagian, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua dan guru besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuan/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF) Ketua Pendaftar institusi Pendidikan dan Guru merangkap Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sk, 10. YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan | YB Timbalan Menteri Pendidikan II Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan Malaysia Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia Lampiran 4 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB DI SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil. 3/2012 bertarikh 26 Jun 2012 dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) Ke-200, Bil. 3/2012 bertarikh 27 Julai 2012 telah meluluskan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) sebagai Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum ini juga telah diperkenan dan dipersetujui olen Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-231 bertarikh 27 Februari 2013. 2. Mesyuarat Profesional Bil. 33/2013 bertarikh 19 Disember 2013 dan Mesyuarat JPP Ke-204, Bil. 1/2014 bertarikh 24 Februari 2014 bersetuju dengan pelaksanaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di sekolah menengah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2014 dengan menggunakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT). Konsep TMUA 3. TMUA merupakan gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, KBT dan kokurikulum dengan menggunakan tiga (3) pendekatan, iaitu: 3.1, Pendekatan Quranik Pendekatan Quranik, iaitu kaedah bagi membolehkan murid menghafaz 30 juzuk al-Quran serta memahami kandungannya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar (BIFFAS) dalam tempoh lima (5) tahun persekolahan di sekolah menengah. 3.2. Pendekatan Ensiklopedik Pendekatan ensiklopedik, iaitu kaedah bagi menyediakan asas kepada murid untuk menguasai pelbagai ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk kepada rakan sebaya. 3.3. Pendekatan Ijtinadik Pendekatan jtihadik, iaitu satu kaedah untuk menyediakan murid yang berupaya memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah dan memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, secara kreatif dan inovatif. Murid diberi peluang untuk menyertai dan memimpin kegiatan kokurikulum dengan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di samping bergiat 4 aktif dalam program khidmat masyarakat. Antara aktiviti Kokurikulum yang dicadang untuk dilaksanakan berdasarkan kemampuan sekolah ialah berkuda, berenang, memanah, robotik dan avionik. 4, Pelaksanaan TMUA adalah secara menyeluruh kepada murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terpilih Matlamat 5. Matlamat utama pelaksanaan TMUA adalah untuk melahirkan golongan profesional, teknokrat dan usahawan hafiz yang mengamalkan ajaran Islam (mutadayyin) dan memiliki pelbagai kemahiran ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Objektif 6. TMUA dilaksanakan bagi mencapai objektif melahirkan modal insan 6.1. menghafaz 30 juzuk al-Quran; 6.2. profesional yang mempunyai asas keagamaan yang mantap berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah; 6.3. berketrampilan, berwibawa dan berkepemimpinan; 6.4. memaksimumkan keupayaan berfikir aras tinggi, kreatif dan inovatif; dan 6.5. boleh menjalinkan hubungan dengan Allah Ta’ala, sesama manusia dan dengan kejadian alam berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Pengoperasian 7. Bahagian Pendidikan Islam (BPI), dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bertanggungjawab untuk melaksanakan pengoperasian TMUA di sekolah bawah pengurusan bahagian masing- masing Kurikulum 8. Sekolah yang melaksanakan TMUA menggunakan KBT, seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat JKP Bil, 3/2012 bertarikh 26 Jun 2012 dan Mesyuarat JPP Ke-200, Bil. 3/2012 bertarikh 27 Julai 2012. Dokumen kurikulum untuk mata pelajaran Hifz al- 5 Quran (Hafazan al-Quran) dan Maharat al-Quran (Kemahiran al-Quran) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) 9. Mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah yang melaksanakan TMUA adalah seperti berikut: Mata Pelajaran Mata Pelajaran Bil Menengah Rendah Bil Menengah Atas 7_| Bahasa Melayu - 1 [Bahasa Melayu Bahasa Inggeris 2_| Bahasa Inggeris z 3_| Matematik 3 | Matematik 4_ | Matematik Tambahan 5._| Fizik/ Biologi 4 | Sains ota 5_| Pendidikan Islam 7_[Pendidikan Islam 6_| Sejarah 8 _| Sejarah | 7__|Bahasa Arab 9__| Bahasa Arab | 8 _| Bahasa Antarabangsa 70 | Bahasa Antarabangsa et [peccanen Josmen an 11 | Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Kesihatan Hifz al Quran 72 [Hie alQuran Maharat al Quran 13. | Maharat al Quran Geografi Kemahiran Hidup | Pendidikan Seni é Pelaksanaan Hifz al-Quran 10. Hifz al-Quran ialah mata pelajaran yang menghendaki murid menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima (5) tahun persekolahan di sekolah menengah di bawah bimbingan guru tahfiz. Pelaksanaan mata pelajaran Hifz al-Quran merangkumi aktiviti berikut Bil Aktiviti Keterangan i. | Tahriri hafazan Aktiviti menulis ayat-ayat al-Quran hafazan baharu dalam buku yang disediakan bagi persediaan tasmik. | Hafazan Baharu | ‘Aktiviti menghafaz ayat-ayat al-Quran yang akan ditasmik (memperdengarkan hafazan) pada keesokan hari iil. Tahdhir Aktiviti menyemak dan memperkukuh ayat-ayat hafazan baharu murid di hadapan guru secara individu sebagai persediaan sebelum aktiviti tasmik. iv. | Tasmik Aktiviti_ murid memperdengarkan ayat-ayat hafazan baharu di hadapan guru secara individu. v. | Murajaah Aktiviti mengulang semula ayat-ayat yang telah dihafaz murid di hadapan guru secara individu. vi. Figh al-Ayat Aktiviti murid menerangkan intisari kefahaman ayat-ayat hafazan yang telah dihafaz. 11 Pelaksanaan Tahriri Hafazan dan Hafazan Baharu pula bermula pada jam 7.00 malam hingga 9.00 malam. Tempoh tersebut juga termasuk solat Maghrib serta Isyak Kesemua aktiviti ini adalah di bawah bimbingan guru tahfiz dengan nisbah seorang guru untuk 30 murid (1:30), Justeru itu, perkara-perkara berikut wajar diberi perhatian, iaitu 111 11.2. Guru Tahfiz yang bertugas bertanggungjawab memastikan setiap murid menulis dan menghafaz ayat-ayat Hafazan Baharu sebanyak satu (1) muka surat. Guru Tahfiz juga berperanan sebagai tempat rujukan murid untuk menyemak bacaan secara seorang demi seorang semasa aktiviti Tahriri dan Hafazan Baharu. Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut: Bil. Waktu Axtiviti menulis ayat-ayat hafazan baharu sebanyak l4 7.00 malam — 7.30 malam satu (1) muka surat secara individu selama 30 minit 7 ee ele menunaikan solat_ Maghrib secara berjemaah selama 15 minit | menghafaz ayat-ayat Hafazan Baharu | 3. 7.45 malam — 8.45 malam sebanyak satu (1) muka surat secara individu selama 60 minit. | eS [4 8.45 malam — 9.00 malam selama 15 minit. menunaikan Solat Isyak secara co 12. Pelaksanaan Tahdhir bermula jam 6.30 pagi hingga 7.10 pagi di bawah bimbingan guru dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh orang murid (1:10). 13. Pelaksanaan Tasmik dan Murajaah dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi di bawah bimbingan guru dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh orang murid (1:10). 14. Aktiviti pelaksanaan Tasmik adalah seperti berikut: Waktu Aktiviti Murid mengemukakan tulisan ayat hafazan baharu yang ingin ditasmik kepada guru. Ayat hafazan tersebut ditulis, sendiri oleh murid dalam Buku Tahriri Hafazan yang disediakan. 7.30 pagi — 8.10 pagi Murid memperdengarkan ayat hafazan baharu sebanyak satu (1) muka surat sehari di hadapan guru secara individu (4 minit : 1 murid). | Aktiviti ini berlaku pada empat (4) hari pertama minggu | pembelajaran 48. Pelaksanaan aktiviti Murajaah adalah seperti berikut: Bil Waktu Aktiviti 1. | 8.10 pagi-8.50pagi | Murajaah hafazan baharu: Murajaah sebanyak dua (2) muka surat sebelum muka surat Tasmik di hadapan guru secara individu (4 minit : 4 muri). Contoh, sekiranya muka surat Tasmik ialah muka | surat 20 maka Murajaah Hafazan Baharu ialah muka surat 18 dan 19. | Aktiviti ini berlaku pada empat (4) hari pertama minggu pembelajaran. Waktu Aktiviti 8.60 pagi—9.30 pagi_ | Murajaah hafazan lama: Aktiviti mengulang hafazan dua (2) muka surat seorang secara bergilir-gilir (kaedah tadarus) sebanyak satu (1) juzuk sebelum Juzuk Tasmik. Setiap murid melakukan murajaah di hadapan guru secara individu (4 minit : 1 murid) Contoh, sekiranya Juzuk Tasmik semasa ialah juzuk dua (2) maka Murajaah hafazan lama ialah juzuk satu (1). Aktiviti ini berlaku pada empat (4) hari_pertama minggu pembelajaran 16. Pelaksanaan Murajaah Mingguan dan Figh al-Ayat: Waktu Aktiviti 7.30 pagi - 8.30 pagi Murajaah Mingguan Aktiviti mengulang bacaan sebanyak empat (4) muka surat meliputi semua muka surat yang telah dihafaz pada minggu tersebut di hadapan guru secara individu (6 minit 1 murid).. Aktiviti ini berlaku pada hari ke lima minggu pembelajaran 8.30 pagi - 9.30 pagi Figh al-Ayat. Aktiviti menerangkan intisari_ _kefahaman _ayat-ayat hafazan yang telah dihafaz oleh murid pada minggu tersebut sebanyak empat (4) muka surat di hadapan guru secara individu (6 minit : 1 murid) Aktiviti ini berlaku pada hari kelima minggu pembelajaran Pelaksanaan Maharat al-Quran 17. Mata pelajaran Maharat al-Quran (Kemahiran al-Quran) merangkumi: Tilawah (Bacaan); Tajwid (Hukum Tajwid); Al 17.2 17.3 17.4 17.5 17.6 Adab al-Quran; lImu Qiraat (Kaedah Bacaan),; Amali Qiraat (Kaedah Bacaan Secara Praktikal); dan Rasm Uthmani (Kaedah Tulisan) 18. Maharat a-Quran diajar oleh guru tahfiz dengan nisbah seorang guru untuk sepuluh murid (1:10). 19. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Maharat al-Quran adalah antara jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Peruntukan waktu P&P untuk Tingkatan satu (1) hingga Tingkatan lima (6) adalah sebanyak dua (2) waktu seminggu. Aktivit PdP mata pelajaran Maharat al-Quran adalah seperti berikut: 19.1. Bidang Tilawah dan Bidang Amali Qiraat Sab’ah (praktikal kaedah tujuh cara bacaan) dilaksanakan secara kaedah Talaggi (berguru) dan Musyafahah (bacaan secara lisan) di hadapan guru secara individu; dan 19.2. Bidang Adab Al-Quran, Tajwid, Manhaj Qiraat Sabah (teori kaedah tujuh cara bacaan) dan Rasm Uthmani dilaksanakan secara kaedah Halaqah (berkumputan). 20. _Agihan bidang mata pelajaran Maharat al-Quran adalah seperti berikut: Tilawah al-Quran A ‘Adab al-Quran v Tajwid v v 7 v ¥ ‘Manhaj Qiraat Sab’ah v 7 ‘Amali Qiraat Sab’ah v v Rasm Uthmani v Sesi Persekolahan 21. Sekolah yang melaksanakan TMUA ialah sekolah satu sesi, Jadual persekolahan murid bermula dari jam 6.30 pagi hingga 4.20 petang. Peruntukan jadual persekolahan murid yang mengikuti TMUA adalah seperti berikut: 06.30 - 07.10 pagi = Solat Subuh = Tahdhir 07.10 - 07.30 pagi = Sarapan 07.30 - 09,30 pagi |= Tasmik, Murajaah dan Figh al-Ayat 09.30 - 10.10 pagi * Kelas Akademik (Fasa 1) 10.10 — 10.30 pagi = Rehat/Dhuha 10 10.30 - 12.30 tengah hari Kelas Akademik (Fasa 2) 12.30 - 13.40 petang Rehat/Qailulah/Makan Tengah hari Solat Zuhur 13.40 — 16.20 petang Kelas Akademik (Fasa 3) 46.20 — 17.00 petang Rehat / Minum Petang Solat Asar 47.00 — 18.30 petang Rekreasi / Ko-kurikulum 18.30 - 19.00 petang Makan Malam 19.00 - 21.00 malam Solat Maghrib Tahriri Hafazan Baru dan Hafazan Baru Solat Isyak 21.00 - 23.00 malam Kelas Persediaan — Prep Minum Malam/itir 23.00 malam Tidur Nota: Bagi sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak penetapan waktu bagi aktiviti Tahriri dan Hafazan baharu adalah mengikut kesesuaian waktu setempat. 22. Bagi tujuan berehat, murid dibenarkan untuk rehat pada jam 12.30 tengah hari hingga 1.40 petang untuk mengerjakan solat zohor, makan tengah hari dan gailulah (tidur sebentar sebelum solat zohor). Peruntukan Waktu Pengajaran Dan Pembelajaran 23, Peruntukan waktu yang ditetapkan bagi TMUA di peringkat menengah rendah KBT adalah seperti berikut: | Bahasa Melayu 6 6 | Bahasa Inggeris 5 4 Matematik 5 4 Pendidikan Islam 6 4 Sains 5 3 Sejarah 3 2 Geografi 3 2 u Kemahiran Hidup 4 2 Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2 1 Pendidikan Seni 2 1 Bahasa Arab 6 4 Bahasa Antarabangsa 3 2 Hifz al Quran 0 15 Maharat al Quran 0 2 Jumlah 50 52 * Nota: 1 waktu = 40 minit 24. Manakala peruntukan waktu bagi TMUA di peringkat menengah atas KBT adalah seperti berikut: Bahasa Melayu 6 5 Bahasa Inggeris 5 4 Matematik 5 4 Pendidikan Islam 4 3 Sejarah 3 2 PJK 2 1 Biologi 4 4 Fizik 4 Kimia 4 4 Matematik Tambahan 4 4 Bahasa Arab 6 4 Pendidikan al Quran dan al Sunnah 4 0 Pendidikan Syariah Islamiah 4 0 Bahasa Antarabangsa 3 1 Hitz al Quran 0 14 Maharat al Quran 0 2 Jumlah 50 52 “Nota: 1 waktu = 40 minit Skim Pinjaman Buku Teks 25. Murid yang mengikuti TMUA KPM mendapat kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks KPM, yang merangkumi Mushaf al-Quran, Mushaf al-Quran beserta terjemahan, Buku Maharat al-Quran dan Buku Rekod Prestasi Hafazan (Daftar Hifz al-Quran). Geran Per Kapita (PCG) 26. Mata pelajaran KBT, iaitu Hifz al-Quran dan Maharat al-Quran diberi peruntukan Geran Per Kapita (PCG) seperti mata pelajaran dalam Kurikulum Kebangsaan. Bahasa Antarabangsa 27. Murid yang mengikuti TMUA hendaklah mengambil satu (1) mata pelajaran bahasa antarabangsa yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Guru Tahfiz 28. Guru Tahfiz disyaratkan memiliki: 28.1. Ijazah Sarjana Muda Tahfiz atau |jazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat atau; 28.2. 28.3. ljazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau |jazah Sarjana Muda Pendidikan Islam atau |jazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab perlu mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia yang diiktiraf oleh Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan; Kelulusan ikhtisas bidang pendidikan. Tugas Guru Tahfiz 29. Guru Tahfiz perlu menjalankan tugas seperti berikut: 29.1 melaksanakan aktiviti P&P mengikut jadual yang ditetapkan bermula 6.30 pagi sehingga 2.00 petang; 29.2. melaksanakan fahriri hafazan dan hafazan baru (7.00 malam hingga 9.00 malam) mengikut giliran yang ditetapkan oleh pihak sekolah; 29.3 memantau pelaksanaan aktiviti qailulah dan solat zohor; 29.4 merekodkan aktiviti Tasmik, Murajaah Hafazan Baharu, Murajaah Hafazan Lama, Murajaah Mingguan dan Figh al-Ayat dalam buku rekod yang disediakan; dan 29.5 Guru tahfiz boleh diberi tanggungjawab sebagaimana guru lain mengikut budi bicara pentadbir sekolah selagi tidak menjejaskan tugas utama mereka, * Nota: Bagi sekolah yang melaksanakan TMUA di Sabah dan Sarawak, pelaksanaan P&P Tahfiz mengikut kesesuaian waktu tempatan. Pentaksiran 30. Pelaksanaan TMUA akan menggunakan pentaksiran sedia ada di peringkat sekolah menengah yang dilaksanakan oleh KPM. Kokurikulum 31. Murid diberi peluang untuk menyertai secara aktif dan memimpin kegiatan kokurikulum sedia ada seperti kelab & persatuan, pasukan beruniform dan sukan & permainan. Kegiatan kokurikulum sedia ada ini diperkukuhkan dengan akitiviti seperti 14 berkuda, berenang, avionik, robotik, memanah dan lain-lain berdasarkan kemampuan sekolah. Makanan Tambahan 32. Murid yang mengikuti TMUA mendapat makanan tambahan untuk membantu meningkatkan daya ingatan seperti kismis, madu dan susu. Makanan tambahan ini dibekalkan sebagai makanan harian Pengambilan Murid Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) 33. Pengambilan murid adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dan yang beragama Islam sahaja. 34. Permohonan murid untuk kemasukan Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) ke SMKA yang melaksanakan TMUA terbuka kepada murid-murid daripada sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kerajaan negeri dan swasta. 35. Pemilihan murid TMUA Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) ke SMKA. adalah berdasarkan kepada syarat-syarat seperti di Lampiran A dan Lampiran B. 36. Bagi memastikan murid yang dipilin mengikuti TMUA berupaya mengikuti PdP yang ditetapkan, pemilihan murid tersebut berdasarkan kepada kriteria tambahan seperti berikut: a. Tingkatan Satu (1): Lulus Ujian Saringan Hafazan (USH) dengan mengambil kira kebolehan membaca al-Quran secara bertajwid dan lancar serta berupaya menghafaz sejumlah ayat dalam tempoh masa yang ditetapkan b. _Tingkatan Empat (4): Lulus Ujian Saringan Hafazan (USH) dan telah menghafaz sekurang- kurangnya lima (6) juzuk al-Quran. 37. Pemilihan kemasukan murid dan perkara yang berkaitan pelaksanaan TMUA di sekolah berasrama penuh diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). 38. Untuk memastikan syarat kemasukan murid Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di SMKA yang melaksanakan TMUA berjalan dengan lancar, semua Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mematuhi perkara-perkara seperti berikut 15 a. Pemilihan murid di SMKA TMUA dipertanggungjawab di bawah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan; b. Memantau pelaksanaan syarat kemasukan murid di SMKA TMUA dalam aspek-aspek berikut: i. penempatan murid di SMKA TMUA; ii, menguruskan aduan yang berkaitan dengan syarat_ kemasukan murid di SMKA TMUA; iii, mengemukakan laporan berhubung pelaksanaan di SMKA TMUA kepada BPI; dan cc. menguruskan rayuan kemasukan murid. 16 Lampiran A DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN SERTA PERTUKARAN MURID DI ‘SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) 1. PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU 141 1.2 Syarat dan Kelayakan : vi vii vil. Warganegara Malaysia Terbuka kepada murid Islam dari sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kerajaan negeri dan swasta Mendapat 5A (dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di ‘Semenanjung dan di Sabah/Sarawak/Labuan. Calon yang layak boleh memohon ke mana-mana SMKA seluruh negara Mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi kemasukan ke Kelas Aliran Agama (KAA) di Semenanjung dan di Sabah/Sarawak/Labuan. Keutamaan akan diberikan kepada murid yang berkebolehan menulis, membaca tulisan jawi dan membaca Al-Quran dengan baik Aktif dalam bidang kokurikulum Lulus Ujian Asas Fardhu Ain. Lulus Ujian Saringan Hafazan (USH) dengan mengambil kira kebolehan membaca al-Quran secara bertajwid dan lancar serta berupaya menghafaz sejumlah ayat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Prosedur Permohonan : Permohonan ke SMKA/KAA hendaklah menggunakan borang SMKAIKAAT1. Borang permohonan boleh diperolehi di sekolah/PPD/SPI/JPN/laman web Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Setiap permohonan hendakiah disertakan dengan salinan slip UPSR, salinan Sijil Kelahiran murid dan salinan Kad Pengenalan ibu bapa murid serta dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan. 17 vi. Setiap borang permohonan hendaklah disahkan oleh Guru Besar sekolah masing-masing. Permohonan hendaklah sampai ke JPN dalam tempoh 14 hari selepas keputusan peperiksaan UPSR dikeluarkan. Permohonan yang tidak memenuhi syarat, tidak lengkap dan lewat diterima akan ditolak atau tidak akan diproses. 1.3. Keputusan wv. Keputusan permohonan yang berjaya akan dikeluarkan 14 hari sebelum sesi persekolahan bermula. Senarai murid yang berjaya akan dipamerkan di PPD dan JPN serta laman web JPN. JPN akan menghantar senarai nama murid yang berjaya ke SMKA/KAA. JPN akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada permohonan yang berjaya. Permohonan yang tidak berjaya boleh membuat rayuan 1.4 Pendaftaran Murid dikehendaki melapor diri pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat tawaran. Murid dianggap menolak tawaran sekiranya gagal mendaftar diri pada tarikh yang ditetapkan. 4.5 Rayuan Rayuan hendaklah menggunakan borang SMKA/KAA/T(/Rayuan yang boleh didapati di Jabatan Pendidikan Negeri Tarikh tutup rayuan adalah 14 hari selepas persekolahan dibuka Murid yang tidak menerima surat tawaran dalam tempoh 14 hari selepas tarikh tutup rayuan dianggap tidak berjaya. Lampiran B SYARAT KEMASUKAN DAN PENGEKALAN MURID TINGKATAN EMPAT KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) 4. Syarat Umum: i. Warganegara Malaysia ii, Murid dari: = Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) - Kelas Aliran Agama (KAA) - Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) = Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) = Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) - Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS) ii, —_Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) iv. Lulus Ujian Saringan Hafazan (USH) dan telah menghafaz sekurang- kurangnya lima (5) juzuk al-Quran. 2. Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA adalah seperti berikut: i. Memperoleh keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut: a. Memperoleh Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran; b. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik dan Sains c. Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Arab; d. Lulus datam mata pelajaran lain. dan fe. Cemerlang dalam Pendidikan Asas Jasmani dan Sains Kesihatan (PAJSK). ii Syarat-syarat yang telah ditetapkan hanya tertakluk kepada permohonan baru dari luar SMKA. i Pemilihan yang dibuat oleh negeri-negeri tidak mengubah dasar yang ditetapkan oleh BPI tetapi menentukan kedudukan pemohon; 3. Pengekalan Ke Tingkatan 4 bagi murid SMKA TMUA i, Pengekalan murid ke tingkatan empat bagi SMKA TMUA adalah berdasarkan kepada syarat-syarat yang berikut 19 Mendapat sekurang-kurangnya 4A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3); Mendapat sekurang-kurangnya B dalam Sains dan Matematik dalam PT3; Mendapat sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Arab dalam PT3; Lulus Mata Pelajaran Lain ; dan Cemerlang dalam Pendidikan Asas Jasmani dan Sains Kesihatan (PAJSK). 20

You might also like