You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Pentaksiran Pendidikan Seni Visual ini merupakan satu kursus yang menjelaskan
tentang penilaian terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual tersebut.
Penilaian dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi tujuan penambahbaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga dapat mengenalpasti
sama ada guru mengajar dan murid belajar . Justeru, penilaian pengajaran da
pembelajaran perlua dilakukan dari masa ke semasa bagi mempertingkatkan taraf
kualiti pengajaran guru dan pembelajaran murid di kelas.

2.0 Konsep pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti


pengumpulan maklumat, merekod maklumat, interprestasi dan menghuraikan
segala isi kandungan maklumat mengikut keperluan pembelajaran tersebut. Melalui
proses tersebut, guru boleh mengenalpasti tahap prestasi murid dan membuat
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu,
guru juga dapat menilai tahap keberkesanan aktiviti yang dijalankan dan dapat
mengetahui kefahaman murid secara berterusan.

Instrumen merupakan prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak
dapat dijalankan tanpa satu instrumen ataupun satu alat untuk menguji pencapaian dan
pemahaman murid. Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan
yang ditaksir merujuk kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Kumpulan yang ditaksir
ini perlu ditentukan dahulu dari segi tahun persekolahan mereka dan skop pengetahuan
mereka. Ini adalah sangat penting supaya instumen yang disediakan adalah relevan dan
menepati tujuan pentaksiran. Prinsip pentaksiran yang ketiga ialah respons. Respons merujuk
kepada hasil pengujian iaitu jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid melalui
hasilan karya mereka. Respons-respons murid memainkan peranan yang sangat penting di
dalam pentaksiran kerana respons-respons ini mengandungi data-data ataupun maklumat-
maklumat tentang pencapaian murid-murid untuk suatu tempoh pembelajaran, penguasaan
murid-murid tentang satu-satu tajuk atau kemahiran, dan juga keberkesanan strategi yang
digunakan oleh guru. Oleh demikian, hasilan dapatan akhir kerja sangat penting untuk
mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid sebelum melangkah ke tajuk yang seterusnya.

1
3.0 Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata
pelajaran. Azizi dan Mohd Isha (2009) berpendapat bahawa pengujian merupakan proses
penyerahan set soalan piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen atau prosedur yang
bersistem bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau murid.
Oleh demikian, ujian diperlukan bagi setiap murid kerana ia merupakan kayu ukur bagi
mengukur tahap penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran.Ujian ini merupakan salah
satu kaedah dalam pentaksiran yang sering diaplikasikan bagi mendapat bukti maujud dan jelas
tentang prestasi murid.

4.0 Pengertian Penilaian

Rentetan daripada pentaksiran dan pengujian, penilaian pendidikan juga merupakan aspek
pentik dalam mengetahui tahap prestasi perkembangan murid tersebut. Mohd Najib Abdul
Gaffar (2011) berpendapat bahawa penilaian adalah satu proses yang sistematik melibatkan
pengumpulan, penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang pada tahap mana murid
telah mencapai objektif pengajaran guru. Ianya juga dijalankan sebelum, semasa atau selepas
satu sesi pengajaran guru. Ini kerana ia bertujuan untuk mengetahui keupayaan, kemahiran dan
pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar dalam perkara yang hendak diajar kepada
mereka. Penilaian ini juga dapat membandingkan pencapaian murid mengikut tahap masing-
masin. Secara tidak langsung guru dapat membuat aktiviti yang sesuai bagi mewujudkan
persaingan yang sihat dalam kalangan murid melalui penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan
dan diagnostik, alternatif dan sebagainya.

5.0 Jenis-jenis Pentaksiran

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan perancangan dan pentaksiran


yang rapi serta berstruktur supaya sesi yang dijalankan dapat di nilai dengan

2
sempurna. Terdapat pelbagai jenis pentaksiran yang dapat dilaksanakan seperti
pentaksiran autentik, pentaksiran Performane Based, pentaksiran hasil dan
pembelajaran, pentaksiran tindakan dan penambahbaikan, pentaksiran dan
motivasi, pentaksiran aspek sahsiah dan nilai, pentaksiran pembentukan watak,
pentaksiran berbantukan computer dan akhir sekali pentaksiran kendiri. Kesemua
jenis pentaksiran ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran guru mengajar
dan menilai dan tahap penguasaan kefahaman murid akan pembelajaran.

5.1 Pentaksiran Autentik

Pentaksiran Autentik merupakan satu pentaksiran yang menilai melalui pemahaman


yang jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian dalam sesi pegajaran
dan pembelajaran. Penilaian ini dilihat melalui penampilan tugasan yang
dilaksanakan oleh murid kerana penilaian ini berpusatkan murid. Selain itu,
pentaksiran ini dapat dilihat melalui sesi penyoalan sama ada secara lisan ataupun
bertulis. Ini kerana, murid akan menggabungkan pengetahuan sedia ada mereka
dan mengaitkan kefahaman pembelajaran yang berlangsung dengan sebaiknya.
Penggabung jalinan ini dapat meningkatkan tahap kualiti kefahaman murid apabila
ia berjaya menjawab pelbagai jenis soalan dengan jelas dan guru dapat menilai
berdasarkan jawapan tersebut. Rentetan daripada itu, murid akan menghasilkan
tugasan dan portfolio dengan baik dan tersusun. Contoh seperti tugasan akhir
projek tahun 6 bagi subjek Pendidikan Seni Visual, murid diminta untuk membuat
ekplorasi terhadap bidang, bahan dan media yang digunakan semasa penghasilan
karya. Melalui penerokaan tersebut, murid akan menghubungkaitkan pengetahuan
sedia ada tentang corak dengan tugasan yang diberikan. Oleh demikian, guru akan
membuat pentaksiran dan penilaian melalui proses kerja penghasilan karya
tersebut berdasarkan portfolio yang dihantar. Sehubungan itu, guru dapat
mengenalpasti kelemahan dan kelebihan setiap murid dengan jelas.

5.2 Pentaksiran Perfomance Based

Rentetan daripada pentaksiran autentik, petaksiran Perfomance Based dapat


memantapkan lagi penilaian guru terhadap hasil kerja murid melalui portfolio yang
telah dibuat selepas berkarya. Portfolio ini merupakan dapatan hasil kerja murid
yang lengkap berdasarkan penggabungjalinan pengetahuan sedia ada,
pengetahuan baharu, penerokaan alam sekeliling dan alam benda yang digunakan

3
sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Oleh demikian, pentaksiran ini
memerlukan kemahira-kemahiran yang dimiliki murid secara langsung serta
menjana pemikiran yang kritis dan kreatif melalui penghasilan yang berinovasi.
Contoh seperti menghasilkan bahan terbuang seperti botol untuk dijadikan
pelampung atau rakit. Dengan penggabungjalinan pelbagai bidang dan kemahiran,
murid dapat menghasilkan satu hasil kerja yang baharu, bermanafaat serta berguna
di masa kelak. Kesemua proses hasilan kerja akan direkod dan guru dapat menilai
tahap pencapaian murid dengan maksimum.

Selain itu juga, guru dapat mentafsir murid melalui kaedah berpusat di mana murid
akan diberikan peranan dan melalui peranan tersebut mereka akan membuat
simulasi berdasarkan situasi sebenar. Contohnya seperti selepas melakukan aktiviti
membentuk dan membina iaitu membuat topeng, murid diminta untuk merangka
satu dialog berdasarkan watak masing-masing dan dalam perbualan tersebut, murid
mestila mengaitkan kecantikan binatang tersebut dengan bahasa seni visual.
Berdasarkan tugasan tersebut, murid akan menjana idea melalui proses
pembelajaran yang sedang berlangsung dan mengaitkan dengan pengetahuan
sedia ada mereka. Oleh demikian, secara tidak langsung murid akan menunjukkan
kreatviti dalam melakonkan watak dan kritis dalam menghasilkan dialog yang
sesuai dengan situasi sebenar. Dengan ini, karya murid dapat dipersembahkan dan
apresiasi dapatan hasil kerja murid tercapai dengan baik selain dapat mengukur
tahap kemahiran dan penguasaan murid.

5.3 Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Pentaksiran yang berterusan harus dilaksanakan oleh pihak sekolah dan guru
supaya pencapaian murid dapat diukur dari masa ke semasa dan penambahbaikan
boleh dilaksanakan dengan pantas. Oleh demikian, setiap hasilan dapatan kerja
murid mestilah direkod dan eviden di simpan sebagai bukti keputusan murid
tersebut. Ini kerana, proses pengumpulan data aktiviti murid menjadi asas kepada
pentasiran hasil pembelajaran.

Pentaksiran ini dapat menentukan kaedah pegajaran dan pembelajaran yang sesuai
bagi mengatasi masalah kemahiran yang di alami oleh murid tersebut. Penilaian
yang bersifat berterusan serta mempunyai nilai akauntabiliti yang tinggi daripada
guru dapat menghasilkan keputusan peningkatan penguasaan kemahiran secara

4
sistematik dan menyeluruh. Oleh demikian, Montgomery telah memperkenalkan
beberapa jenis pentaksiran hasil pembelajaran seperti Student Learning
Outcomes (SLO) yang menitikberatkan peningkatan kepada ilmu pengetahuan ,
kemahiran dan sikap dan Student Progress Outcomes (SPO) iaitu perubahan
yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya melalui penilaian yang
berperingkat daripada satu tahap ke tahap yang seterusnya. Ini bertepatan dengan
konsep taksiran hasil pembelajaran yang bersifat berterusan maka pembelajaran
juga bersifat berterusan. Seperti contoh kemahiran menggunting kertas di mana
kemahiran ini sentiasa di alami oleh murid dalam melakukan aktiviti seni visual.
Oleh demikian, guru perlu sentiasa membuat aktiviti menggunting secara
berperigkat daripada guntingan yang mudah kepada yang lebih sukar dan setiap
daripada aktiviti tersebut, penyimpanan hasil murid perlu dibuat dan direkod
supaya pencapaian dapat dilihat secara sistematik dan jelas.

Justeru, pentaksiran hasil pembelajaran ini amat penting kepada sekolah , guru dan
murid kerana sekolah mudah untuk mengakses potensi pencapaian murid secara
menyeluruh, guru dapat meningkatkan proses pengajaran yang lebih berkesan dan
murid akan memperoleh kemahiran yang maksimum selari dengan hasil
pembelajaran yang di tetapkan. Pentaksiran juga akan lebih konsisten dan telus dan
peningkatan prestasi dapat dibuat secara berterusan serta sistematik.

5.4 Pentaksiran Tindakan dan Penambahbaikan


Seterusnya adalah pentaksiran dan hasil tindakan yang membawa kepada satu
proses pengawalan perubahan yang dilakukan oleh murid melalui kefahaman
tentang sesuatu kemahiran berdasarkan pengetahuan sedia ada atau pengalaman
yang baharu. Ini kerana, murid akan mempersoalkan sesuatu tindakan yang perlu
mereka lakukan melalui arahan yang diterima. Daripada penyoalan tersebut,
dapatlah seorang guru itu menilai tahap pemikiran murid dan membuat penilaian
secara rawak serta tindakan maklum balas secara pantas supaya murid dapat
menerima tugasan dengan rasional. Ini kerana, tidakan tersebut berlaku disebabkan
oleh sikap ingin tahu murid yang tinggi dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya
mereka akan memperoleh pencapaian yang tinggi. Seperti contoh, guru melakukan
aktiviti lipatan dan guntingan. Guru perlu menunjukkan beberapa contoh corak
yang terhasil daripada lipatan dan guntingan kepada murid dan memberi ruang

5
kepada murid untuk meneroka sendiri corak yang mereka boleh lakukan. Sekiranya
kebanyakan murid membuat peniruan kepada hasil kerja guru, maka tahap
kefahaman murid agak rendah dan sebaliknya akan berlaku jika murid sendiri yang
meneroka aktiviti lipatan dan guntingan tersebut maka tahap pemikiran lebih kritis
dan kreatif.

Berdasarkan aktiviti tersebut, guru perlu memberitahu akan pemarkahan yang


diterima oleh setiap murid melalui hasil dapatan kerja tersebut. Ini kerana,
maklumat yang diberikan dapat menghasilkan maklum balas daripada murid dan
secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap penguasaan pembelajaran
merekake arah yang lebih cemerlang dan guru dapat mengenalpasti kelemahan
dan kelebihan setiap murid dengan lebih cepat dan penambahbaikan dapat
dilakukan secara drastik. Kesan daripada itu, murid akan lebih komited dengan
penghasilan karya serta peningkatan motivasi kendiri dapat diterapkan bagi tujuan
peningkatan dan perkembangan prestasi yang berkesan dan sistematik.

5.5 Pentaksiran dan Motivasi


Setiap individu memerlukan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tugasan
harian dan sekiranya motivasi tidak dibentuk, maka tugasan tersebut kurang
berkualiti dan tidak meninggalkan impak kepada individu tersebut. Oleh itu
pentaksiran dan motivasi ini merupakan satu bentuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang dapat meningkatkan kualiti kendiri iaitu tigkah laku yang lebih
positif dan tindakan yang lebih rasional. Waimah kita sedia maklum bahawa
motivasi tidak dapat dilihat secara zahir akan tetapi kita dapat mentaksir melalui
hasil dapatan kerja tersebut. Sebagai seorang guru, kita hendaklah kreatif dalam
meningkatkan tahap ingin tahu murid akan proses pengajaran dan pembelajaran
yang akan berlangsung setiap kali kelas. Pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan
supaya murid sentiasa tertunggu-tunggu untuk mempelajari kemahiran yang
baharu. Ini kerana, kemahiran seperti seni visual ini bukanlah satu kemahiran yang
mudah untuk diterokai sekiranya murid tiada motivasi diri yang positif maka ia akan
lebih sukar dan sebaliknya.

Ini kerana, guru merupakan penggerak kepada tindakan dan minat seseorang murid
terhadap pembelajaran tersebut dan murid akan bertindak mengikut penggerak

6
tersebut. Sekiranya murid tidak diberi rangsangan postif, maka semangat belajar
akan rendah akan tetapi rangsangan negative juga perlu diberikan sekiranya murid
tidak bertindak mengikut arahan yang ditetapkan. Sebagai contoh guru mengajar
bidang menggambar iaitu melukis bentuk binatang. Bagi permulaan pengajaran,
guru boleh memainkan watak beberapa ekor binatang untuk menarik perhatian dan
minat murid. Apabila perhatian murid dapat di alihkan ke hasil pembelajaran
dengan keterujaan menyoal, maka guru telah berjaya melahirkan sikap ingin tahu
murid. Bagi mempertingkatkan motivasi murid sepanjang proses pembelajaran,
guru boleh membuat sedikit rangsangan positif di mana guru memberitahu bahawa
aktiviti nyanyian akan dilakukan di akhir pembelajaran akan tetapi sekiranya karya
tidak dapat dibuat sehingga habis, maka aktiviti nyanyian akan ditangguhkan.
Berdasarkan rangsangan ini, motivasi murid akan meningkat waimah rangsangan
positif dan negative diberi serentak. Kesan daripada tindakan tersebut, guru dapat
mencapai objektif pembelajaran dan mengetahui prestasi murid dan murid dapat
menguasai kemahiran dengan lebih mendalam serta memperoleh semangat
berdaya saing untuk melakukan tugasan dengan cemerlang dalam suasana proses
pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan kondusif. Justeru, guru perlu
menjadi penggerak yang aktif supaya tindakan pengikut akan lebih positif dan
prestasi akan lebih cemerlang.

5.6 Pentaksiran Aspek Sahsiah dan Nilai

Dalam menggapai prestasi yang maksimum dan berkualiti, pihak sekolah dan guru
perlu juga melihat pencapaian sahsiah dan nilai seseorang murid tersebut. Dewasa
ini, sahsiah dan nilai diri seseorang individu tersebut amat mendukacitakan dan
nilai diri seorang manusia menjadi amat rendah. Oleh demikian, dalam pentaksiran
aspek sahsiah dan nilai guru perlu sentiasa menerapkan dalam kelas supaya murid
terhidar daripada meniru anasir luar yang tidak sihat. Penggabungjalinan agama
dan moral perlu dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi aspek kebersihan, adab semasa belajar, adaab bersama guru, rakan,
alam sekitar dan paling penting kepada agama.

Sebagai contoh semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sentiasa
memperingatkan murid akan kerjasama mereka dalam melaksanakan tugasan dan

7
sentiasa membantu rakan sebaya yanag lemah dalam bebrapa kemahiran yang
dijalankan. Selain itu, sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bacaan doa
belajar perlu di amalkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran lebih di
berkati dan murid sentiasa mengingati PenciptaNYA di mana mereka berada.
Penerapan memberi salam dan ucapan terima kasih juga harus dititikberatkan
supaya murid tahu akan penghargaan dan hormat kepada masyarakat sekeliling.
Nilai kebersihan juga ditegaskan semasa aktiviti dijalankan supaya murid tahu akan
penjagaan kebersihan dan mengelak daripada duduk ditempat yang kotor dan
berpenyakit. Oleh demikian, dalam mengejar prestasi yang cemerlang, guru perlu
menerapkan nilai positif dalam diri murid dan membetuk sahsiah murid ke arah
yang lebih berkualiti sejajar dengan prestasi pembelajaran mereka. Pencapaian
yang cemerlang akan hancur dan tidak bernilai jika sahsiah dan nilai diri yang di
miliki rendah. Oleh itu, pemerhatian yang lebih tajam harus diberikan dalam
membentuk insan yang berkualiti.

5.7 Pentaksiran Pembentukan Watak

Pentaksiran pembentukan watak merupakan satu tahap penilaian yang dibuat


berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Ia dinilai melalui maklumat dapatan
hasil kerja murid daripada proses penghasilan karya dengan mengaitkan asas seni
reka yang diterapkan dalam karya tersebut. Selain itu, proses penghasilan karya
dititiberatkan bagi menilai hasil kerja yang asli daripada pengkarya tersebut tanpa
memplagiatkan hasilan kerja pengkarya lain. Daripada proses tersebut, karya yang
terhasil di nilai berpandukan kaedah formalistik bahasa seni visual yang holistik
serta penilaian dibuat secara moderasi bagi mempertahankan dan
mempertingkatkan kualiti karya tersebut.

Oleh demikian, pentaksiran ini mempunyai beberapa kategori iaitu sikap yang
dilihat kepada pengkarya (murid), perwatakan umum dan perkembangan emosi
pengkarya iaitu murid dimana di nilai melalui penceritaan hasilan karya tersebut
sama ada mempunyai emosi yang sedih, gembira, keliru dan sebagainya atau nilai
kemanusian, keadilan, pemberontakan yang ingin di luahkan oleh murid semasa
berkarya. Walaupun ia kelihatan agak sukar ditafsirkan oleh murid, akan tetapi
terdapat beberapa orang murid yang dapat melahirkan rasa tersebut dengan baik
dan bernilai. Ini kerana minat dan keutamaan murid dalam berkarya sangat tinggi

8
dan ia saling berkaitan dnegan tingkahlaku serta personaliti murid tersebut dalam
penghasilan karya. Rentetan daripada minat tersebut, maka terhasilnya konsep
kendiri iaitu gaya struk lukisan yang menjadi perlambangan murid tersebut.
Sehubungan itu, guru perlu peka akan kebolehan setiap murid dan berusaha
mencungkil bakat serta mengasah bakat sedia ada murid supaya pembentukan
watak dapat dibentuk dengan jaya.

5.8 Pentaksiran Berpandukan Komputer

Dewasa ini, kecanggihan dunia teknologi amat diperlukan oleh setiap bidang
termasuklah bidang pendidikan. Penggunaan komputer sebagai alat bantu
mengajar dan pengrekodan amat diperlukan dan pengaksesan lebih sistematik dan
cekap. Seperti mana yang diketahui, kecanggihan dunia teknologi masa kini amat
pantas dan lebih bijak sejajar dengan ilmu pengetahuan yang lebih bercambah
serta mudah di akses sehingga segala yang sukar menjadi lebih mudah. Antara
kelebihan yang dapat diperolehi oleh guru dan pihak sekolah dengan penggunaan
bahan bantu komputeran ini ialah penyimpanan rekod murid lebih sistematik,
maklumat eviden murid lebih berkualiti, Pengaksesan maklumat murid dapat di lihat
secara berperingkat, penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan cekap dan pantas, proses pengajaran dan pembelajaran lebih
berkualiti dan murid lebih tertarik dan prestasi sekolah meningkat dan lebih maju ke
arah peringkat global. Dengan ini, semua matlamat dapat dicapai dengan mudah
dan sistematik berdasarkan prestasi yang diinginkan.

Selain itu, murid juga akan lebih berkemahiran tinggi dalam membentuk individu
yang berinovasi melalui capaian maklumat yang meluas dihujung jari mereka.
Dengan bahan bantu komputer, proses pengajaran lebih menarik dan murid bukan
sahaja dapat menguasai ilmu pengetahuan azali tetapi juga dapat mempelajari ilmu
yang baharu sesuai dengan dunia global kini. Akan tetapi, pemantauan guru perlu
lebih peka supaya anasir luar tidak berjalan seiring dengan kemajuan ilmu
pengetahuan yang ingin dicapai.

5.9 Pentaksiran Kendiri

9
Konsep kendiri dalah penilaian terhadap diri sendiri sama ada positif atau negative.
Penilaian ini di dorong oleh pemikiran individu tersebut akan kelebihan dan kelemahan yang di
miliki serta penilaian masyarakat luar akan diri mereka.Oleh demikian, dalam konteks proses
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu peka akan latar belakang setiap murid serta
menganalisis murid tersebut diperingkat awal proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
bertujuan untuk mengesan tahap keupayaan murid dan personaliti murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Melalui pentaksiran ini, guru dapat
mengklasifikasikan murid serta merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan tahap murid tersebut. Penilaian kendiri ini membolehkan murid menilai, dan seterusnya
mengenal diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu
gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. Kesan daripada pentaksiran kendiri ini,
murid secara individu dapat mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan
kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran dan ilmu yang di miliki, memberi keyakinan
kepada diri tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaian yang
diperoleh dan mengurangkan kebergantungan murid pada guru dalam kelebihan dan
kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran yang diceburi serta
membolehkan murid sentiasa bersikap kritis dan kreatif dalam menghasilkan dapatan kerja
yang cemerlang serta berinovasi sejajar dengan kemajuan dunia pendidikan terkini. Justeru,
guru perlu peka akan kebolehan murid dan bersama-sama membanting tulang dalam
melahirkan murid yang fleksibal dalam pelbagai bidang secara holistik serta memupuk motivasi
yang tinggi sepanjang hayat mereka.

4.0 Kesimpulan

Secara am, pentaksiran pendidikan seni visual ini amat penting untuk melahirkan individu yang
kritis idea, kreatif pengolahan idea, alat, bahan dan inovasi dalam penghasilan karya yang
dikeluarkan. Walaupun pentaksiran yang pelbagai telah diperkenalkan akan tetapi matlamat
yang ingin dicapai adalah satu iaitu meningkatkan kualiti pendidikan bidang seni visual,
melahirkan murid yang berprestasi tinggi, meningkatkan taraf kualiti pengajaran dan

10
pembelajaran serta melakukan anjakan paradigma yang berterusan selari dengan kemajuan
dunia teknologi yang luas dan canggih kini. Justeru, semua phak memainkan peranan yang
penting dalam menggapai matlamat dan melahirkan murid yang berkaliber sejajar dengan dubia
global pendidikan.

11

You might also like