You are on page 1of 8

MZU3117 Muzik Malaysia

TAJUK 10 Muzik Bentuk Tarian Utama - Menora

Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Menora

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi,


harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)
3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)

Kerangka Tajuk

Menora

Alat-alat Ensembel
Konteks (Elemen Menora) Menora

Rajah 1: Kerangka Menora

54
MZU3117 Muzik Malaysia

10.1 Pengenalan

Menora merupakan satu bentuk teater tari rakyat yang berasal dari Selatan
Thailand. Namun begitu, menora juga dipersembahkan di semenanjung Malaysia
dan Kelantan. Bentuk teater ini terdiri daripada unsur ritual, gerak tari yang
diolah,muzik instrumental, nyanyian, cerita dan lakonan.

10.2 Konteks (Elemen Menora)

Terdapat pelbagai elemen menora yang menjadi asas kepada


persembahan menora, antaranya ialah:
1. Panggung
2. Tarian Menora
3. Penggunaan cerita
4. Perwatakan
5. Kostum Menora

10.2.1 Panggung

Merupakan tempat sesebuah persembahan diadakan. Dahulunya, tiada


pentas khas untuk menora kerana pemain menora merantau dan menyampaikan
persembahan di halaman sahaja. Kini, menora dipersembahkan di panggung yang
berbumbung.

Gambar 1: Penari menora melakukan persembahan di panggung

55
MZU3117 Muzik Malaysia

10.2.2 Tarian Menora

Tarian ini terdiri daripada gaya gerak tari tertentu yang digabungkan
antaranya ialah gerak tari sembah guru (taa wai khruu), tanduk kerbau (taa khor
khwaay), bunga mengembang (taa bua thuum) dan buka tari (bert taa). Kini,
pelbagai gerak tari ciptaan terhasil sehinggakan 12 posisi asas menora yang asal
sukar dikenalpasti dalam persembahan.

10.2.3 Penggunaan Cerita

Elemen ini menerengkan jalan cerita persembahan. Dahulunya terdapat 12


buah cerita asal tetapi kini, pelbagai cerita direka mengikut kesesuaian. Antara
cerita- cerita dalam menora ialah: Nang Menora (Phrak Si Suthon),Sang Thong,
Chang Kurop, Khrai Thong/ Chala Wan, Laksana Wong/Lak Kena Wong, Phra Rot/
Rothasen dan Phrak Ampai Mani.Penggunaan cerita bergantung pada ketua
rombongan, jumlah ahli dan kelancaran ahli rombongan. Namun begitu,
penggunaan cerita makyung juga diterapkan dalam persembahan menora di
Kelantan.

10.2.4 Perwatakan

Perwatakan merupakan gambaran sifat, perangai dan budi perkerti yang


dibawa oleh pelakon. Dahulunya, persembahan menora hanya terdiri daripada 3
orang pelakon lelaki iaitu perwira (hero) puteri (heroin) dan peran (pelawak). Watak
sampingan tidak dilakonkan dan hanya disebut dalam penceritaan. Kini, watak
perwira dan peran masih lagi dilakonkan oleh lelaki manakala puteri dilakonkan
oleh perempuan. Watak-watak sampingan juga dilakonkan untuk memeriahkan lagi
persembahan.

56
MZU3117 Muzik Malaysia

10.2.5 Kostum Menora

Menurut lagenda, kostum menora yang dipakai oleh perwira/pemain menora


utama berasal dari pakaian raja iaitu mahkota diraja (sert atau kecopong di
Kelantan), baju manik yang bersilang (sang wang), gelang tangan (kamlai kean)
loket pada tali pinggang (phan neng). Dahulunya, pemain tidak memakai baju
didalam kostumdan menitik beratkan unsur tarian tapi kini pemakaian t- shirt
diadaptasikan dan lebih menitik beratkan unsur lakonan.Di Kelantan, terdapat juga
pemain utama menora memakai pakaian formal seperti baju kemeja berlengan
panjang,kot dan tali leher. Namun, terdapatjuga pemain menora utama yang masih
mengekalkan tradisi kostum tetapi mahkota menora ditukarkan dengan mahkota
makyung dan watak lain memakai kostum berunsur budaya Melayu seperti baju
Melayu, Kebaya dan lain-lain.

Gambar 2: Pakaian pemain menora semasa persembahan

Anda dikehendaki mencari bahan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat
berkaitan Menora.

57
MZU3117 Muzik Malaysia

10.3 Alat-alat Ensembel Menora

Ensemble Menora yang lengkap dikenali sebagai khruang dontrii dan dimain
oleh sekumpulan pemain muzik yang dikenali sebagai luuk khuu atau nak dontrii.
Ensemble ini terdiri daripada:
1. Sebuah geduk (klong)
2. Sepasang gedombak (tab)
3. Sepasang canang (mong)
4. Sebuah kesi atau ching
5. Sebatang serunai Thai (pi)
6. Beberapa (tiada had) pasang buluk krek (trek atau khrap)

Lima jenis lagu digunakan dalam persembahan menora iaitu :


1. Pleeng khab naa man
- Nyanyian lagu puitis oleh pemain menora di belakang tirai panggung.
2. Pleeng naa thread atau naa krek
- Lagu yang dinyanyikan secara puitis dengan iringan krek dan cing
tanpa tarian
3. Pleeng rai thread atau rai krek
- Lagu puitis tetapi seni katanya lebih puitis dari lagu naa thread.
4. Pleeng tab
- Lagu puitis sama seperti rai thread tetapi dinyanyikan sambil menari.
5. Pleeng tone
- Lagu instrumental dengan tarian.
6. Lagu wayang kulit (Kelantan)
- Digunakan berleluasa di Kelantan sehingga diadaptasikan dalam
makyung dan menora

58
MZU3117 Muzik Malaysia

10.3.1 Geduk (klong)


Geduk merupakan sejenis alat membranofon berbentuk tong pendek,
mempunyai 2 muka berkulit kambing betina atau anak kambing dan diperbuat
daripada kayu nangka.

10.3.2 Gedumbak (tab)


Gedumbak merupakan sejenis alat membranofon berbentu piala, berkaki
dan diperbuat dari kayu nangka.Muka piala ditutup dengan kulit kambing di
Malaysia manakal kulit monyet atau kucing digunakan di Thailand. Manakala
sebelah hujung kaki dibiarkan terbuka.Gedumbak di Kelantan dimainkan tidak
diikat manakala di Thailand gedumbak diikat. Gedumbak yang kecil (anak)
dikenali sebagai tab phoor atau gedumbak jantan di Kelantan dan luuk chap di
Thailand. Manakala gedumbak besar (ibu) dikenali sebagai tab mae atau
gedumbak betina di Kelantan dan luuk term di Thailand.

Gambar 3: Geduk Gambar 4: Gedumbak

59
MZU3117 Muzik Malaysia

10.3.3 Mong
Mong seakan-akan canang dimainkan berpasangan dalam sebuah kotak.
Dahulunya, mong berbentuk bujur dan diperbuat dari besi. Kini, mong bebrbentuk
bulat, berbusut dan diperbuat dari tembaga.

10.3.4 Kesi
Kesi atau ching iaitu alat idiofon yang diperbuat daripada tembaga atau
campuran perak dan tembaga.Dahulunya, saiz kesi besar iaitu garis pusat 5cm
dan kini, lebih kecil iaitu garis 3.7cm.

Gambar 5: Mong Gambar 6: Kesi

10.3.5 Serunai Thai (Pi)


Serunai Thai (Pi) merupakan alat erofon yang memainkan melodi ensemble
yang diperbuat dari kayu nangka (6 atau 8 lubang jari) dan mempunyai rid (pipit)
dari 4 atau 6 atau 8 lapisan daun.

10.3.6 Krek
Krek merupakan alat idiofon yang mengawal tempo dalam ensembel
menora. Di Thailand, krek dikenali sebagai khrap atau trek. Terdapat 2 jenis krek
iaitu khrap phuang diperbuat daripada kayu keras serta diikat 10 keping sekali dan
khrap khuu yang diperbuat daripada buluh tua. Hanya krap khuu digunakan di
Malaysia

60
MZU3117 Muzik Malaysia

Gambar 7: Serunai Thai (Pi) Gambar 8: Krek

Bincangkan dalam kumpulan secara OLL

Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.

RUJUKAN

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.

Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku
1, Pulau Pinang: The Asian Centre.

61

You might also like