You are on page 1of 5

UJIAN MAC 2017 SET 1

Soalan 1 hingga soalan 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Norhan Hakim telah memenangi dua ________________ pingat emas dalam sukan badaminton.

A. butir
B. biji
C. keping
D. bentuk

2. Kelunakan suara Irsyad ketika mengalunkan lagu Assalamualaikum Ustazah itu telah ___________
para juri professional.

A. mengambil berat
B. membuka minda
C. menambat hati
D. memeras otak

3. Penduduk Kampung Pisang diminta __________________ rumah usang yang berpuaka itu.

A. jauhi
B. jauhkan
C. menjauhi
D. menjauhkan

4. Kebiasaannya ___________________ individu akan cepat stres apabila menghadapi _____________


situasi yang menganggu fikiran mereka.
A. setengah setiap
B. sebahagian satu
C. sesetengah sesuatu
D. sekalian beberapa

5. Kita digalakkan bersukan pada setiap minggu supaya badan sentiasa cergas dan perut kita tidak
kelihatan _____________.

A. leper
B. gendut
C. kempis
D. kembung
6. Pakaian Adam _______________ akibat terkena lumpur ketika bermain bola di padang.

A. congkah-cangkih
B. comot-momot
C. cobak-cabik
D. compang-camping

7. Daging lembu yang kamu rebus tadi masih _______________, jadi daging itu perlu direbus lagi,
kata Ayda Jebat kepada Irsyad.
A. kental
B. liat
C. empuk
D. lembut

8. Naqib ________________ dan sombong semenjak perniagaan tempe goreng yang diusahakannya
itu semakin maju.

A. jauh hati
B. kecil hati
C. lapang dada
D. lupa daratan

9. Permaisuri Hidung Kembang Semangkuk Hayun yang baharu berputera itu sedang ______________
di dalam kamar baginda.

A. bersemayam
B. bersantap
C. bersiram
D. beradu

10. Puan Isma tidak terlayan kerenah anak bongsunya.


Pilih perkataan sinonim bagi kerenah

A. sikap
B. ragam
C. kehendak
D. keinginan
11. Hairi mengemas buku yang berselerakan di atas meja itu setelah selesai belajar.
Pilih perkataan antonim bagi berselerakan

A. bertaburan
B. bersebaran
C. berserakan
D. bersusun

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Monyet peliharaan Irsyad Si Kacak sedang ________________ buah kelapa sebelum memetiknya.

A. memulas
B. memintal
C. menggilis
D. memusing

13. Sebagai _________________ Kampung Tenggelam Timbul, kita perlu membendung masalah
kecurian yang berleluasa akhir-akhir ini, kata ketua kampung.
A. anak buah
B. anak jati
C. anak didik
D. anak bujang

14. Singgahlah ke rumah saya jika berkunjung ke Klang nanti, kata Harris kepada Syukrin.

A. Syukrin dijemput oleh Harris ke rumahnya di Klang.


B. Syukrin dan Harris dijemput berkunjung ke Klang.
C. Syukrin mempelawa Harris ke Klang jika berkunjung ke rumahnya.
D. Syukrin dipelawa oleh Harris ke rumahnya jika berkunjung ke Klang.
Soalan 15 dan 16

Pilih ayat betul

15. A Bila Adib dan Daniel bertemu, mereka pasti bertengkar


B Cikgu Irsyad menerangkan yang murid tadi telah dibawa ke hospital
C Sedangkan Gunung Everest terdaki olehnya, inikan pula Gunung Kinabalu
D Jika sekiranya saya tersilap langkah, tolong tegur kesilapan saya.

16. A Semua adik-adiknya masih belum bersekolah


B Hampir dua suku jam Hazim menunggu ibunya di stesen bas
C Berbagai-bagai usul telah dikemukakan dalam mesyuarat itu.
D Ribuan para peminat bola sepak telah membanjiri stadium sejak petang tadi.

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ketentuan, ajal maut di tangan Tuhan. Adam tidak dapat diselamatan. Perasaan terkilan terbuku
kerana ikhtiarnya untuk memindahkan sumsum tulangnya tidak sempat dilakukan. Hasrat murninya
tidak kesampaian. Namun, Mukhriz yakin bahawa ada hikmah di sebalik semua ini. Bisikan Adam
masih terngiang-ngiang pada telinga Mukhriz pada saat-saat akhir, cikgu, peluklah Adam, jangan
tinggalkan Adam.

Azan yang dilaungkan oleh imam masjid Kampung Teh Bohai sebelum Mukhriz bertolak untuk
meninggalkan daerah tersebut menambahkan kesayuan hatinya. Mukhriz minta ditukarkan kembali
ke kampung halamannya. Biarlah segala kenangan suka dan duka bersama dengan Adam tersimpan
kemas dalam memorinya dapat dilupakan. Bagi Ani, perjuangan sebagai pendidik perlu
dipertingkatkan bukan sekadar diri semata-mata sebaliknya menerangi orang lain.

17. Mukhriz berasa terkilan _______________________________

A. Adam meninggal dunia sebelum waktunya


B. ikhtiar mukhriz tidak dapat ditunaikan
C. penyakit adam tidak dapat dirawat
D. Adam tidak dapat diselamatkan
18. Mengapakah Mukhriz meninggalkan daerah tersebut?

A. Mukhriz ingin melupakan segala kenangan suka dan dukanya.


B. Mukhriz sudah tidak berkhidmat sebagai guru lagi.
C. Mukhriz ingin terus berjuang sebagai pendidik.
D. Mukhriz perlu mendapatkan rawatan di hospital.

19. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas?

A. Adam merupakan anak murid Mukhriz.


B. Mukhriz berada di sisi Adam saat-saat akhir.
C. Hajat Mukhriz untuk membantu Adam tidak kesampaian.
D. Mukhriz telah ditukarkan sekolah selepas kematian Adam.

20. Frasa terngiang-ngiang dalam petikan di atas membawa pengertian

A. terdengar-dengar
B. teringat-ingat
C. terfikir-fikir
D. terbayang-bayang

You might also like